Sentap

Assalammualaikum W.B.T

Bismillahirahmanirrahim.

YaAllah, sentap sangat hati ini. Terkejut. Lain rasa hati ini.
Pertamanya, mari sedekahkan alfatihah untuk saudari Adibah Norkhairy,17 serta parents dia.
Terus terang aku memang tak kenal arwah ini.Tapi tadi mak long aku tepon mak beritahu yang salah seorang guru Jawi meninggal dunia accident kat sungai Buloh.
Accident dalam perjalanan pulang hantar anaknya balik dari Kedah.
Norhayati (ibunya Adibah) yang mak long aku kenal.
Lepastuh bila aku nampak tweet Mato sedekahkan alfatihah & solat jenazah ghaib untuknya so aku assume yang mereka mungkin kenal antara satu sama lain.
Sejujurnya aku memang tak kenal arwah ini, tapi tadi aku tengok account twitter,blog dia.
Allah, rendah dirinya aku. Sungguh beliau layak untuk Jannah. Sungguh Allah sayangkan dia.
Sentap dengan diri sendiri yang jauh sangat beza.
Dan aku masih lagi dipanjangkan usia untuk beribadah kepadaNya kerana banyak lagi benda yang perlu diperbaiki.
Tapi aku tak kuat untuk hadapi hijrah ini berseorangan.
Mungkin doa, mengadu padaNya. Ubah diri kena mula dari diri sendiri.
Aku rasa aku seperti kembali pada aku yang dulu. yang alpa,leka,lalai dengan hiburan.
Allah, bantulah dan hadirkanlah sahabat yang boleh buat aku terus beristiqamah kejalanMu.
Kerana aku takut, jalan yang aku pilih ini masih tak cukup kuat kerana berseorangan.

WaAllahualam. Back to basic as His servant. Inn shaa Allah everything will be fine.
YaAllah, pupuklah hati ini kejalanMu sekali lagi. Moga aku tidak tersungkur di tengah jalan lagi.

Alfatihah juga untuk semua yang telah meninggalkan kita. Orang baik baik Allah sudh ambil mereka, kita masih menunggu masa sahaja. Cukupkah untuk dibawa segala amalan menghadapnya? Muhasabah.

Penutup

Assalammualaikum W.B.T


 Dah nak penutup 2013 bukan?Sekejap je. Masa semakin sekejap. Umur pun semakin meningkat. Cuma itulah amalan, pahala,dosa pun ada yang bertambah & berkurang. Macam itu juga aku. Banyak lagi yg perlu diperbetulkan secara keseluruhannya. Banyak juga kisah hidup suka duka tahun 2013 ni. Haaa. Tengok storyline kat tepi blog tuh banyak sangat post utk tahun 2013.

Tapi adalah juga peristiwa yang memang aku rasa aku paling ingat tahun 2013.


*Nightmare bila subject BEL313 dapat dengan Miss Roslina. Takut.Cuak. Tapi alhamdulillah result subject dia bagi tiptop. Unexpected. Trauma tak ingatlah. Nak gelak pun ada. Dan sem itu jugalah antara result aku yang best setakat ni. Alhamdulillah.

*Event INSAN, gabungan student Uitm & KUIM . The best ever moment with them. YaAllah tak terkata banyak sangat ilmu agama yang dikongsi bersama. Salute sangat dengan diorang! Rindu nak ada event macam tuh. Kurang dah involve sekarang. Hmmm.

*Setelah sekian lama tak jumpa dengan kawan sekolah menengah akhirnya aku lepak dengan diorang utk kesekian kalinya tahun ni since lepas SPM punya result tak jumpa. Haa, jumpa juga si Finie Azhar sekali. Lepas ni tak taulaa bila nk jumpa kan.

*Yang paling aku ingat last sem punya final memang dugaan habis sebab tengah final tak sihat pulak. Ya Allah hanya Allah yang tahu betapa peritnya nak studynya,batuk,demam semualah.Memang time tuh nak give up habis! Thanks to you yg banyak bagi advice, support masa tengah takde mood nak study utk marketing.Dengan tidur awal lepastuh banyak pun larat tak larat. Ehh result mkt harituh memuaskan je. A- .

Tahun 2013 yang kita tak sangka akan kewujudannya dan hampir habis. Alhamdulillah dah nak penutup tirai yang banyak suka,duka,tawa,tangis. Thank you so much for always made my year became so good! Alhamdulillah.

Thankyou miza! Dan juga geng housemates yang gila-gila.
Takde gambar bersama. Nanti kita lepak sekali yaa.


Dan awak yang sentiasa disamping saya. Huwaa. Sahabat selamanya orait! Terima kasih untuk segalanya tahun ini. Terima kasih kasi pinjam bahu untuk bersandar,telinga untuk mendengar,mulut untuk nasihat, tangan untuk dipegang dan hati untuk disimpan. Thank you so much. Really appreciated that!


Formal attire *presentation case studyFAR*
Kita gaduh, kita baik.
Kita tak puas hati, kita senyap.
Kita tak serasi tapi sehati.
4 rakan 5 sahabat
sentiasa di hati.
The one and only sahabat aku yang dari dulu. dulu dulu lagi. Haa. Terima kasih banyak'2 untuk nasihat segala nasihat, kata'2 semangat, kongsi cerita yang kekadang ntah siapa'2 masuk je topik kami. Kawan paling cool, yang santai yang aku boleh cerita segalanya kat dia. Yaaa. itulah dia, awak. haha. Awak yang sama juga macam saya. Yang banyak kekurangan sini dan sana . Dan yang saling melengkapi antara satu sama lain & awak jugalah yang paling saya rasa selesa untuk cerita segalanya. Terima kasih, Afini Azhar. Akak hutang awak banyak sangat ni.haha.

Sorry cilok gambar si cinderella.haha XP



Dan kawan cnad yang kat samone tuh. Rindunyaa. Bila ntah nak jumpa. Tadi Rahma baru tepon. Budak degree semua tengah busy final. Bittaufiqawannjah korang. Rahma memang rajin tepon kitaorang , tknk kasi loss contact kan? Masing'2 pun busy sekarang. Dengan aku yang takdak whatsapp memang tak tau perkembangan diorang. hee. Maafkan saya! Inn shaa Allah ada rezeki kita jumpa.

Akhirnya, alhamdulillah untuk tahun yang bermakna bersama orang'2 yang menjdikan tahun aku bermakna. cewaah. Moga penutup tahun ni dan pembuka tahun 2014 baik2 sahaja untuk semua . Inn shaa Allah.
Moga diberi peluang untuk terus beribadat,istiqamah, ditingkatkan pahala, ditambahkan iman dan dikurangkan dosa. Istiqamah yang sangat perit. Moga diberi kekuatan.

Dan untuk penggalas amanah & tanggungjawab selamat menjalani dengan baik amanah Allah.
Kalau ada kesilpan itu perkara biasa, yang penting cuba untuk baiki setiap kelemahan. Good luck utk semua exco'2 aspuri 2014. *besar dah adik orientasi 2010 aku*. AnisMs buat leklok. Aku perhati kan kau.haha.




Hai untuk segala ujian & dugaan.
Bye untuk segala kenangan & kepahitan.
Terus tersenyum dan kuat. 

Cuti

Assalammualaikum W.B.T

I'm home. Finally. Sebulan bertapak kat Lendu. Rasa macam sekejap je. Tak rindu rumah langsung. Ini tak tipu. Haha. Sebab sejak duduk rumah sewa ni dah rasa macam duduk rumah sendiri. Alhamdulillah rumah sewa yang fully furnished memang banyak sangat membantu aku. Syukur. Cuti mid term. 2 minggu . Tak tahu apehal lama sangat cuti kali ni. Biasanya cuti 1 minggu je. Mungkin gabung dengan dengan mid term , chirtsmas, new year sekali. Relaxlah, baik nikmati mid term break untuk kali terakhir dengan lama. Bahagia sekali bukan? haha

Mid term break kali ni tak rasa nak enjoy sangat pun. Seriously. Sebab rasa macam dah banyak enjoy kat sana. Haa. Tv tak payah cakap memang selalu tengok kat sana. Siap dah hafal isnin-ahad ada cerita apa. Habislah. Mak risau aku asyik tengok tv je kat sana. Aku kata dengan mak 'orang buat assignment sambil tengok tv lah' hehe. Mana tak risau dahlah tengah study kat sana kang aku terlalai terleka dengan rancangan tv. Mum.Orang janji! Study takkan dilupakan! Inn shaa Allah. *grins*

Cuti ni tak sah memang tak sah kalau takde kerja lecturer bagi. Assignment Costing,Ent,Far. Yang paling aku risau dengn assignment Ent. Yelah nak kena create new product kan. Ntah jadi ke tidak. Harapnya jadilah our Digital Money Boxes. Nak gelak pun ada sebab benda ni agak impossible nak buat. Hope so benda ni jadi, *laugh* Report atau proposal Ent in progress lagi. Far kali ni aneh. Seriously.Dah macam orang nak ambik spm sebab aku kena revise balik segala chapter since aku part one til part five. Itulah dulu belajar tak focus langsung sebab itu basic acc dulu pun tak berapa ingat. Bukan yg dulu, yang sem lepas pun ingat'2 lupa . Huwaa. Last sem dah ni Cnad XP

Tipulah kalau tak takut. Tadi salin balik jawapan past sem quest, kenalah buat balik segala comprehensive,bank reconcilition,budget. Okay! Ni baru account, belum lagi gabung dengan taxation & costing yang sem sem lepas punya. Sumpah takut. Sempat ke nak cover balik segala chapter ni :( Harap'2lah mid term break kali ni rajin. Sila rajin. Sehari mesti sentuh buku harapnyaa. 

Moga segalanya dipermudahkan untuk last semester ni.
Naik cuti kena present case study 2 pula.
Harapnyaa semuanya okay ! :) Inn shaa Allah, ameen.

Hati

Assalammualaikum W.B.T


Macam macam yang dah berlaku. Sampai macam ada jarak antara sini dan sana. Salah siapa. Salahkan marahkan orang yg bersalah? Salahkan terkilan dengan benda yang kecil. Susah sangat ke nak pulihkan hati ni bila sakit hati. Bila fikir balik jawapannya, aku manusia biasa. Tiada kesempurnaan. Hati mudah rapuh. Tapi orang yang buat salah di sana juga manusia kan? Tidak sempurna. Kita sama. setaraf. Khilaf terlalu banyak tanpa sedar. Lupa. Manusia ini masing masing tidak sempurna. Sebab itu kita perlukan antara satu sama lain.

Seribu kemaafan aku pohon atas segala kesalahan tanpa sedar, dan kehilafan tanpa diingin. Aku macam kamu semua juga. Aku kadang kadang terlupa kita ni semua tak sempurna . Maaf lagi aku pinta. Kadang kadang muhasabah diri adalah jalan terbaik. Mengingatkan sesama diri. Sahabat, terima kasih atas peringatan. Ya Allah, sahabatlah antara orang yg paling penting dalam hidup aku kat sini. Beruntungnya aku dapat sahabat macam korang. Mengingatkan bila terlupa. Memaafkan bila tersilap. Berbaik sangka sentiasa. Bukan sahaja dekat Allah lillahita'ala tetapi kepada manusia sendiri.

Betul. Susah kan nak berbaik sangka. Mesti ada rasa sekelumit kecil 'rasa yang tak enak' terhadap seseorang atau sesuatu perkara yg boleh dipanggil 'su'uzhon'. Tapi kita boleh usaha berbaik sangka. Sedikit demi sedikit. Inn shaa Allah mampu. Allah, kita manusia. Hati mudah rapuh. Iman pula mudah goyah. Apatah lagi dalam kehidupan sebagai remaja sebegini. Syaitan kiri kanan tak pernah bahagia lihat kita gembira beribadat padaNya. Tapi, aku percaya Allah ada. Allah ada tak kira bila masa kita susah mahupun senang. Nak tak nak, rajin ke tidak je nak menghadapNya. Muhasabah diri .

Hati, sila lah pulih.
Hati ,sila lah kembali seperti dulu.
Hati, berbaik sangkalah.
Hati, moga aku sentiasa menjaga kau.
Hati, moga aku dapat menjaga hati orang lain.
Hati. Hati. Hati. Besar sungguh peranan kau.





Dan sahabat. Awak semua sangat baik terhadap Cnad. Moga Allah kekalkan ukhuwah kita walau macammanapun kita yang dulu, kini dan selamanya. Sayang korang kerana Allah. Rinduu . Terima kasih atas segala peringatan yang membuatkan diri ini semakin dihargai. Terima kasih. Di sudut hati, aku terlalu menghargai dan menyayangi korang. Dunia mahupun akhirat.

Ini gambar kita ambik dr facebook Farah. Farah, minta maaf kalau ada buat silap. Kita sayang awak. Kita sayang semua. Sayang kita tau :)


Korang semua, kalau nak masuk syurga jangan lupakan aku yeaaa. *smile*

Hidup aku

Assalammualaikum W.B.T


Semester baru masuk. Semuanya baru.
Persekitaran baru. Cara hidup baru.
Cara pembelajaran baru. 
Dan semuanya juga sudah berubah. Berubah. 
Susah juga nak adapt this situation alone. Nak survive sorang'2. Ingat senang ke.
K susah. Seriously.
Bukan budak kolej lagi. Status aku sekarang NonResident.
Duduk rumah sewa , alhamdulillah housemates semuanya satu course.
Tp bukan satu class. *gelak*
Guess what? This sem banyak class pagi. Dah 2 kali class pagi.
Fuhh kelam kabut gila takde siapa yg bertanggungjawab nk kejut aku. Padan muka.
Hidup suka depend kat orang macamnilah jadinya Cnad.
Hmm. Suka sangat depend kat orang. 
Bila dah tak duduk satu rumah dgn classmates mestilah kena survive sorang'2.
Payah mana pun, tak perlu depend kat orang tiap masa. 
Sigh. I hate myself right now.
One more problem is when we need to make a group for a certain subject.
Dah tak duduk kolej. Group presentation pun payah nk bentuk.
Masalah sana. sini. Malas nk cakap. Payah. Payah. *nangis*
And I felt like...........
Hmm cepatlah segalanya settle. Baru first week ni. First week untuk last sem.
Kenapa macam payah. Belum lagi masuk bab subject this sem. 
Lecturer semua tegas. Subject this sem banyak membaca. Harap'2 okay.
Inn shaa Allah. Harapnyaaa.

For the last, I hope everything gonna be okay. Really hope that.
Inn shaa Allah try to survive alone. Not alone. Allah always by my side. No matter what,right?
And yaa. I miss my partner last sem. haha XP This sem we're not going to be a  partner more. 





Le story

Assalammualaikum W.B.T



Earphone in . We are own the Night by The wanted #NowPlaying

So, hi there! Hari ni selasa. Jumaat dah jejak Melaka balik. Alhamdulillah everything was settled. Course registeration, timetable. Done. Barang'2 rumah sewa. Eceeh sem akhir ni aku duduk rumah sewa wehh. Okay. Admitted it. Terujaa juga nak duduk rumah sewa. Pengalaman baru, moga dapat belajar ilmu baru macam memasak ? Haha. Dan housemates aku semua bukan satu class dengan aku . Lagi best! Ehemm, bukan apa bila lain class ni, ilmu yg diajar oleh lain lectr mesti lain so boleh share ilmu yg berbeza. Ni paling aku suka . hee. Guys, kita berjaya sama'2 okay untuk last sem ni. Pulun habis tau. 

Next song. Cun saja by Sleeq. #NowListening

Cuti semester? No comment at all. Takde buat apa benda pun kat rumah haa. Tengok tv,makan,tidur,movie,layan lagu, dan yg seangkatan dengannya. Okayy. Buat kerja rumah adalah sikit.kahkah. Nak jugak selit. Ni Jiha dah bertapak kat rumah bukan main sembang semua nak flashback time dorang orientasi F1. Batch aku yg conduct time tuh. Tahun depan batch dorang yg kena conduct orientasi. Harap dorang dapat buat lg best,gempak,cool and happening dari batch aku. Bagi budak'2 form1 anggap benda tuh kenangan mahit (manis+pahit) hahaha.So, selamat maju jaya bakal'2 pemimpin asrama . Haa. Lari topik jauh betul. Flash back sangat kan. *grins* Kesimpulannya , aku rasalah kan cuti sem yg paling bosan kodd. hmmm. hmm. 

Okay, papehal sabtu ni semua yg terlibat dengan Muet termasuk aku dan kawan'2 uitm yg seangkatan dengan aku . Good luck guys! Takut sebenarnya. Sekarang kat rumah nampak aku lek je. Bajet cool. Nanti jumaat malam konfem nervous. fuhh. Grammar utk essay yang sangat takut sebenarnya sebab markah untuk grammar banyak di ambil kira kan. Dulu time buat assigment Bel pun lecturer dah tegur. Tapi alhamdulillah, cuti ni adalah cover sikit grammar. Study yg basic punya je. Belajar secara online. Haha. Tak ahh. Minta tolong one of my friends ajar grammar. Thank you so much to you-know-who-you-are . *smile*. Really appreciated it. Banyak pahala awak share ilmu tau. May Allah ease everything for us on this saturday. 


Last but not least, mohon maaf atas salah silap. Banyak sangat salah silap rasanya. hmm.hmm. Inn shaa Allah will do better day by day. Doakan aku tau. and yaaa. hi part6. Be nice, please ! 








SMA

Assalammualaikum W.B.T 





Setelah dijanjikan di previous entry aku nak update one entry special for candidatesSMA.
So, here.
Bittaufiq wannajah untuk semua candidates SMA sam1, batch 97.
E.O.B Extraordinary Batch right?
Jadi buat yg terbaik untuk SMA ni, pakat ramai'2 dapat mumtaz tau.
Banggakan parents, ustazah n ustaz.
Aim for Mumtaz soffi yaaa. I believe that you guys can do it!
SMA ni bukan setakat baca and hafal je,
Kau baca, fahamkan maksud, buat soalan dan tulis balik.
Baru betul'2 benda tuh boleh melekat kat kepala.
Kalau setakat hafal, tak faham maksud, tak faham soalan.
Nothing. useless. 
Speaking based on experience ehh Cnad? Hee.
It's not enough yet.
Doa jangan pernah putus, solat sunat, hubungan dengan Allah-manusia.
Haa. Bila kita gabung usaha plus doa barulah sempurna.
May Allah ease everything for u guys !


Dear Adik,
Buat leklok untuk SMA ni tau.
Kasi mumtaz paling tinggi kat Sam1.
Baru aku salute tinggi kat kau, Jiha. Hikhiks.
Tadi salam tangan aku, aku bg aura dah tuh :P
Haaa. Perasan! 
And again tafsir hadith sila dapat highest tau. Favourite subject aku tuh. hee

Dear AnisMs and Syaii,
Disebabkan aku acah'2 kamceng dengan korang so nama korang terselit kt sini.hee
Ehh AnisMs td nampak kau kat Sam1. Ingat tak? :P
Syaii thankyou for the Anthem . 
K back to the main topic .
Selamat Maju Jaya untuk SMA tau .
Hafal. Hafal . Hafal. Dan tidurrr. XP
Gurauu. 
Takpe, aku doakan korang yaa.


Last but not least, Moga Allah permudahkan segalanya,
Moga Allah beri kekuatan ingatan 
Moga Allah beri idea yg baik. Inn shaa Allah.
Dan moga soalannya senang difahami . Ameen . 

Nasihat ikhlas dr ex Sam1 :)



Alhamdulillah

Assalammualaikum W.B.T


Alhamdulillah everything went well. Syukur ke hadrat Allah ta'ala.  1st Nov harituh result untuk semester5 dah keluar. Awal dr biasa. Nervous bukan main tak payah ceritalah. Memang uitm paham yg aku tengah nervous, dia send result by email dalam 10.30p.m 30 Oct dah keluar result. Pehh. Alhamdulillah lega yg amat. Admit it. Result menurun tp okaylah. So, next semester kena tingkatkan pointer and cgpa lagi. Inn shaa Allah. Focus Cnad ! So, tinggal lagi satu semester je nak bertapak kat Melaka. Hopefully, Allah will ease everything  for next semester. Congratulations to all Uitm's students for the result. And Maisara & Afini you guys doing very well for the first semester. Proud for both of you . 

Dan sekarang another 2 weeks to go for MUET test. Cuak tak cuak. Cuak laaah wehh. Alhamdulillah, masih dalam process selak'2 modul MUET. T-T Dahlah kita nih tk expert sangat . Harap'2 dipermudahkanlah 23.11 nanti. Inn shaa Allah. Paling takut Listening and reading. Listening memang kena bukak telinga betul'2 and need fully concentrate. Kalau mengelamun sikit je aku rasa parah tertinggal. Reading ya Allah, essay dia panjang'2 dan topic essay semua yg fakta punya. Kekadang tk faham maksud ayat. Haiyaa. Takpe. Du'a sempat lg nih. hee

Last but not least, harini first paper untuk spm . Good luck to all candidates SPM. Doa bebanyak sebelum mula exam. Study'2 juga , tanggungjawab lain jangan lupa yaa. and next week SMA pula. SMA next entrylah wish. haha. Kalau rajin buat entry lg. K. Moga Allah permudahkan segalanyaa. Daa. 

It's done

Assalammualaikum w.b.t

All praised to Alllah.
Everything went well, yesterday .
Thank you Allah for ease everything to us .
Done speaking Muet.
Tawakal lillahita'ala it's the best way , now .
So, let's do our best for the rest of MUET .
which are reading,listening,writing .

Alhamdulillah :)
Allah, berikanlah apa yg terbaik untuk kami . Ameen.

Dugaan

Assalammualaikum W.B.T





Pernah rasa marah?
Pernah rasa depressed?
Pernah rasa down?
Pernah rasa diri sendiri tak guna?
Kita manusia. Tak kan pernah terleps dari semua perasaan tuh.
Kuat mana pun iman kita, akan goyah juga bilamana ujian datang.
Aku pun macam tuh. Aku lagi mudah jatuh .
Jatuh air mata bila ada dugaan walaupun tak berat mana.
Jatuh segala semangat .
Jatuh segala perasaan .
Jatuh . Jatuh . Jatuh.
Sungguh aku lemah. Aku tak kuat bila ada ujian.
Tapi aku percaya semua yang berlaku atas perancanganNya.
Satu je. Time dugaan macamni ingat Allah. Ingat Allah.
Ada sebab kita diuji macamni. 
Mungkin kafarah dosa.
Mungkin untuk menguji keimanan kita.
Mungkin Allah nak melihat sejauh mana kita terus berhubung denganNya . 
Mungkin juga kita dah jauh denganNya . Tersentak kat sini.

YaAllah jagalah hati kami dari segala penyakit hati,
YaAllah jagalah hubungan baik kami antara manusia dan juga denganMu,
YaAllah Kau berikanlah kami kekuatan atas segala ujianMu ini,
YaAllah Kau peliharalah dan teguhkanlah Iman kami . 
Amin Ya Rabbalalamin.

Bila aku tengah takde mood, mesti aku susah nak senyum.
YaAllah, aku tknak macamni. Aku harap kau suburkanlah senyuman di bibirku.
Dan aku harap, aku akan sentiasa jaga hubungan baik sesama manusia . Ameen. 
Self reflection. Self reminder. 

Sesungguhnya Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri mengubah keadaan jiwanya .( Surah Ar-Rad : 11)

Have faith in Allah, have faith on Him.
So please be tough and please be strong,
With all His Love you can't go wrong - UNIC.


SELF REFLECTION IS THE BEST WAY .

End of semester

Assalammualaikum w.b.t

Serious lama tak jejak blog. Alhamdulillah everything was done. Done final exam for fifth semester. Praise to Allah, He plan everything very well and give us strength to overcome all difficulties during final exam. Yes. I'm home . Home sweet home. Hahaha. Acah'2 macam baru habis exam semalam dan baru start cuti semester hari ini. Idaklah. Almost 1 week dah bertapak kat rumah. Nothing to do . Boring everytime. Fuhh, cnad tak bersyukur apa nih :( Masa lapang pun salah satu nikmat Allah bg untuk kita lebih menghargai masa. Astaghfirullahalazim . No plan yet for this precious semester break. Btw, cuti ni kena ulang alik Melaka lah sebab MUET . Cuak tak payah cakap tapi totally not ready yet.

Acah'2 nak bukak modul Muet cuti nih, nak baca The Star and NST online *sebab kat rumah takde maknanya beli newspaper ni* nak tahu current issues. Selalunya speaking nih based on current issue. Haiih , satu pun tak buat lagi, Mana effort , cnad? Cemana nak speaking nanti. Inn shaa Allah, boleh buat perlahan'2 agaknya. Nervous gilaa. Butterfly in my stomach . Takpe, Allah tengok usaha . May Allah ease eveything . *smile* Deep sigh . 

Cuti ni semua sepi je kawan'2 . No plan at all. Semua dah sambung study untuk budak degree. Mesti payah ahh nak jumpa semua lagi. Semalam lepak'2 kat group class 5 Ibnu Sina. Alhamdulillah semua dah sambung study, Lain tempat, lain negeri, lain Uni , Lain course. Aku dh lama tak join conversation dgn diorang. Gelak ketawa segala sebab dah lama tak online. Poyo'2 busy final harituh dengan last week before final banyak gila test, quiz, assignment. Rinduu dengan diorang. Tenggelam timbul je aku kat group Kelas 5A. Sorry you guys. Thousand apologies. Haiih bila boleh gathering together macam dulu kat sekolah. Immposible eh?

Cerita pasal kawan, sebenarnya banyak gila gambar nak share kat blog. Gambar dengan kawan kat uitm. Time raya, time open house rumah aina, time Anugerah, time sambut birthday Iman. Macam'2laah. Nak share semua kalau boleh. Semester 5 ni banyak sangat lepak dengan diorang. Bila dah banyak lepak, dah banyak lah kenangan yang tercipta. Next semester, terakhir bertapak kat uitm. Lepak dengan dorang. Hmm. Terasa dah kesedihan tuh actually. K lah taknak cerita sedih. Takpe, enjoy je last moment dengar diorang. huhu. Moga Allah redha persahabatan kami. 4Rakan5Sahabat :)
Here, there are many memories that we were draw together . Take a look then.
Celebrate birthday Iman kat pantai tanjung bidara
Us.
Open house rumah Aina *background serabut* *baju aku sama je colour* haha

Raya with classmates kat Melaka.
Geng kereta time raya. Anas si drive . 











Time Anugerah Dekan . Coursemates.


















With Paan . Dia 4flat. Proud of her.
Me and Farah. Dia pun 4flat juga .














































Enough for today. Alhamdulillah segala kenangan yang tercipta takkan aku lupakan. Actually time anugerah tuh supposedly, ada Iqa n Intan but both of them didn't came . So, adalah rasa tak best. But It's okay. Kalau ada rezeki lagi inn shaa Allah . K . Pehh. Lenghtly entry ever. *grins* 

Semester bakal tamat

Assalammualaikum W.B.T




Seminggu lagi nak tamat semester 5 untuk kali nih. Tamat untuk segala class, test, quiz, assignment, presentation.
Perlu ke seronok eh? Takut sebenarnya, semester ni banyak main .
Semester ni banyak hadap laptop layan tahhahpe hape cerita yang tak gain knowledge langsung.
Deep sigh. 
Deep sigh.
Deep sigh here and there .
Test satu boleh kata semua paper tak best resultnya.
Test dua lecturer dalam process marking lagi. Allah. Seriously, takut. 
Carry marks. Can I get higher marks for carry marks like before? *hmmmm.
Ya Allah. Tawakal dan doa je sekarang.
Alhamdulillah setakat nih assignment Marketing dan presentationnya sahaja belum selesai.
Yang lain dah lepas cuma this week test costing,Bel and quiz for taxation are waiting for me .
I hope Iwill study hard for these three test *serious face*
No facebook, no twitter, no movie , say NO to everything that will distract me to study.
Dan du'a , du'a , du'a .
Macamnilah kita nak final je baru nak buat ibadah betul'2 . It's me :(
Tahu itu tak patut tapi entahlah. Haraplah istiqamah dalam dirini kuat. Tapi payah juga nak kuatkan.
Papehal, maybe ni last update sebelum jejak dewan for first paper . on 27/9 nih. LAW's paper.
Jadi nak mintak maaf kat sesiapa yang kenal kat diri ni, sungguh tak sempurna. Harap maafkan kalau ada menyinggung perasaan. Halalkan segala ilmu yang di share, segala makan minum.
Doakan untuk aku, classmates (mac1105B), roomates,coursemates (D.I.A)
May Allah ease everything for us and keep praying to Him no matter what. 
Don't ever forget Him even though we are so busy to prepare our final exam.
Allah yuftah Alaikum , rabbi yassir wala tu'assir. Rabbi tahmin bikhair inn shaa Allah.
Put our trust on Him. Everything gonna be okay. Night. *esok balik Lendu* *tears drop*
Last but not least, gambar kat atas takde kena mengena plak dengan entry aku. *gambar sekadar perhiasan*


Saat'2 akhir

Assalammualaikum W.B.T


Fuhh lamanya tak menaip kat sini. Beberapa minggu terakhir nak final exam untuk semester5 rasanya macam tak cukup tanah je gayanya. Assignment tuh kena submit, assignment ni kena submit, kena present lagi. Test dan quiz segala . Belum lagi masuk kelas yang lecturer nak ganti sebab nak kejar chapter. Busy tak payah nak katalah . Since balik dr cuti raya aku dah tak jejak rumah. Tak de masa nak jejak sebab weekend dah macam weekdays untuk aku kat sini.

Dan dah lama juga tak jejak internet. Sedih kodd duduk sini lama sangat tak balik . Broadband siap kena potong sebab tak bayar. haha. Tapi ahamdulillah mak baru bayarkan brodband tadi. Desperate gila sebab banyak benda nak kena siapkan pakai line internet. Nampak tak internet memang penting untuk kehidupan seharian kat sini.. ceeeh. 

Sebenarnya tak nak cerita panjang lebar saja nak jejak sini, sebab macam berhabuk semacam je blog nih. Cehh acah'2 ada yang baik hati habiskan mas dorang kat sini nak baca kisah hidup aku lah ni. *perasan memang no satu* . Btw, kali ni aku mungkin tak rasa cuti semester sebab time cuti semester aku akan menetap di Lendu , MUET weh. Disebabkan aku tak berapa nak handal BI so aku kena struggling study MUET dengan dorang yang expert. So, takde cuti semester untuk kali nih. Tak sedih pun. haha XP. K poyo.

Hmm. Good luck untuk semua, untuk diri sendiri yang esok ada quiz costing, khamis ada pratice forum, sabtu ada test account, rabu ada real forum, sabtu next week ada test taxation and costing. Ditambah dengan workshop MUET. Rushing kodd nak ke test nak ke workshop lagi. Tak payah pergi workshop MUET lah camni :P Dan only two days for study week . *deep sigh*.First Paper LAW , last paper MKT. *senyum*
Got to go. Taxation tutorial menanti. Costing nak kena revise balik apa yang dah study tadi untuk quiz. May Allah ease everything. Rabbi yassir walla tua'asir. Rabbi tammin bikhair :)

Allah berilah kemudahan kepada kami untuk final yang akan datang .



Short story of yesterday

Assalammualaikum W.B.T




Alhamdulillah.
Tiada kata yang mampu aku ucapkan selain alhamdulillah.
A meaningful day for me. My friends. Classmates. Levelmates. Coursemates.
Congratulation to my sahabat for be one of 4Flat's students. Proud of them.
Anugerah Dekan ni ada 2 sidang. Sidang pertama untuk course Account,Masscom,Public Admin and Computer Science.
Alhamdulillah overall, student faculty account penerima anugerah terbanyak.
227 out 239. Nama huruf S memang penerima agak'2 terakhirlah.
Batch account kitaorang 4flat dalam 10 orang. Alhamdulillah.
Mudah'2an semua akan kekalkan kejayaan ini. Inn shaa Allah.
FOUR WORD FOUR FLAT - Belajar itu jihad fisabillillah *senyum*
Teringat kata'2prof Madya Sabariah semalam, Dean's List tak semestinya pndai. 
Tak dapat DL bukanlah tidak pandai. Itu semua rezeki Allah tentukan .
Tadi time Law pun, madam Salmiah kata . Dean's List dah dapat, moga kita akan dapat masuk dalam Allah's List pula. Inn shaa Allah madam. 
Dan kejayaan juga salah satu nikmat Allah paling ternilai.
Bila'2 je Allah boleh tarik . Kena ingat juga utk diri sendiri.
Mudah'2an Allah permudahkan & lancarkan urusan aku & kawan'2 sampai grade. Ameen
Ada rezeki dapat Anugerah Naib Canselor. Inn shaa Allah.
Terima kasih Allah atas rezekiMu. Terima Kasih kawan atas doa kalian. May Allah bless you.


Kawan



Assalammualaikum W.B.T

Balik meeting on laptop. On facebook . Guess what, zaty and ezaah post link blog. I'm so touched .

Serious rindu korang. Tak terkata. Allah terima kasih kerana kurniakan aku sahabat yang baik seperti mereka kat uitm nih.

Bila lepak'2 dengan 9 sahabat (termasuk aku) semalam time open house rumah Aina, riuh rendah tak boleh nak kata. Sumpah rindu time sekolah nak lepak reramai dengan dorang.

Allah, syukur atas kurniaanMu. Sahabat yang Engkau kurniakan tiada calang'2 dan tiada pengganti. 

Mereka pelengkap aku. Mereka yang sempurnakan aku.
Ketawa sama'2 banyak kali tak payah cakap kan korang ? haha.
Menangis? Hahaa. 2 kali pernah menangis depan dorang. 
Pertama, time dapat result quiz Costing yg teruk gilaa terus tak jadi nak study group sesama.
Pastuh malam tuh dapat text dari Iqa cakap Lectr pilih 2 quiz tertinggi. Lega hati.
Kedua, lepas presentation bel assignment1 (time part4). Rasa macam worst presentation ever. Ini pun aku menangis. Budak'2 kemain kann. Iqa give me a hug, lagilaaah air mata. Pehhh. End of the story.

Kisah aku dengan kawan Sam1 banyak sangat.
Memory full already. So, can't describe one by one. Haa.
Banyak banyak banyak sangaat kenangan kami.
Ketawa memang terbahak'2 sesama dalam kelas,bilik prep, toilet, Dm, kantin semuaalaa. Rindunyaaa *jerit*
Menangis? Hmmm. Menangis sampai mata bengkak bila akhir form5 aku rasa. haaa. Cehh. 
And they really know who I am, what I like and I doesn't like and what my habit and so on. 


Dan kalau nak dibandingkan kawan mana yang bagus, kawan mana yang aku paling sayang.
Kawan uitm or kawan sam1? 
I do love both of them. Yes. No doubt.
Betul, kawan yang lama tak pernah luput dari ingatan.
Kawan yang sekarang apetah lagi kan. Dah ada depan mata kan tapi still jumpa gaya macam bertahun tak jumpa. haha.

I think enough for today. Pagi'2 buta update blog lepas settle kan assignment Bel. Update semata'2 sebenarnya nak bagitau kat kawan'2 Sam1 yang Cnad tak pernah lupa kat korang, tak pernah lupa nak rindukan korang, tak pernah lupa nak ingatkan korang. Moga ukhuwaah kita berkekalan atas keredhaanNya. 
Allah, esok class Law pepagi. #Dunia4Rakan5Sahabat6Teman . 

Allah redha ilah persahabatan kami. 




4Rakan5sahabat. Iqa,Iman,Intan,Nur,Syafi,Paan,Farah,Aina and Cnad
6Teman. Rahma,zaty,fqa,amira,ezah,cnad

     Goodnight. May Allah bless us . World and hereafter. Inn shaa Allah. Missing you guys big time.                         

Happy birthday

Assalammualaikum W.B.T 

Hai awak. Happy birthday to you. 18 already right? Hee. Dah matured lah. 


Tadaa. Cuba kira belon tuh ada berapa. Cukup tak 18. Kalau tk cukup, awak muda lagi. 

Dalam belon tuh ada semua perasaan yang tak berapa best dalam hati awak, jadi akak bagi belon ni supaya awak boleh terbangkan dan hilangkan segala perasaan yang tak best dalam hati . 

Supaya awak tak payah nak pendam'2 lagi dalam hati . Cewah. Macam jiwang. Sengal je .

Supaya kali ni jadi birthday awak paling best. cool je. Takde perasaan sakit hati. 

Sorry hanya mampu wish. If we are at the same Uitm, for sure we can celebrate it together. -cilok wish awak bg dulu. haha.

Hemm semoga segala doa yang awak pohon kat Allah di makbulkan.

Moga niat awak time mula'2 MDS , Allah makbulkan. Aim for Jannah jom sesama. 

Dan persahabatan kita everlasting . Jaga elok'2 ikatan persahabatn kita nih.

Here , some note to you . Simple note. Buat lepas Subuh tadi sebab tak nak tidur after subuh. haha.



Cadang tak nak wish. Nak buat'2 lupa je. Nak wish paling akhir.

Tapi tak sampai hati plak. Hee. 

Ameen . Ameen . Ameen. Semoga Allah makbulkan segala doa akak untuk Finie.


Afini Azhar.

Ehh good luck for upcoming test. I mean Our common test.

Duduk rumah tak study kan. Haduhh. haha

Study leklok. 

Nothing much that I can do for you. Just simple entry. Sempoi entry. 

'Friendship everlasting' - 3 and half years. 

Moga Allah redha persahabatan kita. Berlandaskan iman & takwa. Inn shaa Allah 

Again. Happy bornday. Happy special day. sweet 18 . 

Kali terakhir

Assalammualaikum W.B.T

Accepts you as you are
Believes in you
Calls you just to say 'Hi'
Doesn't give up on you
Envisions the whole of you
Forgives your mistakes
Gives unconditionally
Helps you
Invites you
Just be with you
Keeps you close at heart
Loves you for who you are
Makes a difference in your life
Never judges
Offers support
Picks you up
Quits your tears
Raises you spirit
Says nice things about you
Tells you the truth
Understand
Values you
Walks beside you
Xplains thing you don't understand
Yells when you don't listen
Zaps you back to reality.



a FRIEND. a TRUE FRIEND . Guys, thank you so much for being with me almost 3 years :) It enough to say that you guys know me well and treat me nice . Gonna miss our last iftar and hang out together . *tears drop* Yes, alhamdulillah everything was going well according on His plan. Last iftar. Last gathering together. But it doesn't mean that our relationship will END . MAC1105B always in my heart <3

Jack,Anas,Aliff,Azwan,Fizie,Epul,Izzul,Fudhail,  *Azrul,Faiz* Tak de dalam picturee.
Me,Paan,Intan,Aina,Iqa,Farah,Abel,Iman,Nadz,Nor,Fiza,Fatin,Syafi,Mira,Syeera,Nadh,Finaz .



Cerita punya cerita

Assalammualaikum WBT

Ni entry aku kat rumah. haha. Saja nak show off yang aku kat rumah bukak puasa, sahur segala kat rumah. Cewaah alhamdulillah. Esok dah bertapak balik kat Melaka. Ughh next week schedule class kembali pack dengan segala assignment, quiz and test. Harini penat berchinta dengan Law. Baru sampai chapter3 buat nota. Belum baca, kaji case, ingat section. Fuhh, takpe cari Ilmu itu jihad :). Test Law, selasa untuk multiple choice punya question. Hari Rabu untuk essay plak. Berhari hari je lagi. Harap dapat pulun habis. Inn shaa Allah.

Kali ni aku bukak puasa kat rumah tanpa kakak dan adik aku. Ceeh baru angan'2 nak gathering together fr iftar sebab kakak baru dari Jordan. baru acah'2 nak sweet buka puasa sesama satu family. Tapi malangnya, dia kat KL sekarang sebab Isnin ni nak lapor kerja. Wuhuu dah besarlah nak kerja enn. Jadi pendidik (pengajar) kat WangsaMaju. Okay boleh pow duit lah lepasni *grins*. Dan adik , tak tahu kenapa dia poyo sangat gaya macam rumah jauh, sebab tak balik rumah even budak asrama boleh balik pilihan. Aku yang nun di Melaka terhegeh'2 balik. Nampak macam anak manja plak XP.

Dan aku buat entry ni sebab aku terasa macam dah busy habis next week, next 2 week, minggu raya, minggu after raya  Huwaaa. Guys, doakan aku dan kawan'2 dapat buat yang terbaik untuk segala quiz, test. Inn shaa Allah. Ehh, good luck juga untuk Maisara & Afini sebab diorang pun dah start busy dengan test sekarang. Study hard dan berdoa banyak'2 moga dipermudahkan . Test and quiz ni penting sebab nak kasi dapat higher carry mark. Bila carry marks tinggi, nak capai A dalam final exam pun inn shaa Allah dipermudahkan.

Sampai sini jelah aku menaip, nak lepak'2 kat alam maya beberapa jam sebelum Isyak and kembali buat nota Law tanpa jemu. Aku rasa Ramadhan ni banyak sangat masa kalau nak study, before sahur, after sahur, after subuh, before bukak puasa. Ceehh penat tak penat je sebenarnya kan. Moga Allah bagi kekuatan. untuk diri ini dan sahabat yang lain. Tambah pahala untuk di dunia mahupun akhirat. Ameen! Ehh last but not least, alhamdulillah atas segala rezeki dan nikmatMu pada aku & keluarga. Untuk kakak juga, tahniah dapat kerja. Kerja molek'2 naaa. Kerana Allah .

Kisah Ramadhan aku

Assalammualaikum

Hi . Home sweet Home. Cewaaah. Angan'2 belaka. *sigh*. Lately ni schedule class serabut habis sebab banyak replace class. Sebab cuti puasa, cuti Jerebu, Muet , lecturer meeting, lecturer pergi hospital, bla bla bla.. Memang suka bila class cancel. Yeaah suka on that time jelaa. After that day, mula lah nak susun schedule , nak cari segala free time, gap class, class kosong sampai round ke tingkat 2 blog B tak jumpa class. Finally class ended kat tepi tangga je bersama lecturer. Hahaha. Experience tuuh time Ramdhan.

Haiyaa mula'2 cerita je dah nampak macam serabut kan aku nihh -.-. Berbalik pada cerita balik rumah. I will be at home tomorrow . Yeaaay Imma happy girl now :P Setelah aku berfikir panjang, I have decided to go back home. I miss my home badly, my parents, my family especially my naughty little brother. Nak sahur kat rumah. Nak buka puasa kat rumah. Hee Orait. Esok tiket pukul 11pagi dari AG sentral. Yess. Kalau fikir kat rumah je terus senyum lebar *grins*Daaan balik rumah ni tak boleh nak tangan kosong. Need to bring Law's book because test around the corner. *faint*

Inn shaa Allah harap nafsu malas tak menguasai diri time Ramadhan . Ameen. Alhamdulillah masih berada di bulan Ramadhan , rasa macam tenang je bulan mulia katakan. Guys, how's your Ramadhan?

'Banyak topup Ilmu & pahala?'
'Nafsu berjaya kuasai diri tak ?'
'Ibadah wajib diiringi dengan sunat tak?'
'Niat Ramadhan dah diperbetulkan ke ?'
'Atau Ramadhan ni hanya dapat lapar dan dahaga sahaja? '
'Banyak mana dah baca quran & tadabbur? '
'Ke dah ada yang sakan bershopping raya walau Ramadhan baru permulaan?'

*tepuk dada tanya diri sendiri, tanya hati, tanya iman. Muhasabah diri penting kalau kita nak improve lagi apa yang kurang dalam diri kita *

Kat atas tuh selingan sikit sempena Ramdhan ni, kita je yang boleh evalute diri kita macammana, ibadah kita cukup atau tidak. Ramadhan once in a year, guys! Time ni laah bonus kita nak hapus segala dosa dan tambahkan lagi pahala :)  Enough for today. Dah berjela jela juga aku membebel pasal aku yang mana tak datangkan apa'2 kebaikan *sigh*

Ramadhan bakal tiba

Assalammualaikum.
Ramadhan bakal tiba. Tahun ni bulan Ramadhan jatuh pada Rabu 10 July 2013. Ya Allah, rinduunya Ramadhan. Allah, moga Engkau panjangkan usia kami untuk terus beribadah,mencari keredhannya, berjumpa dengan Malam Lailatulqadar dan yang paling utama mencari ketakwaan dalam bulan yang mulia ini. Bila cerita pasal Ramadhan terus teringat novel Hlovate 'Contengan Jalanan'. Kisah dorang pergi travelling kat negara luar time Ramadhan. Waaa. Rinduu nak baca novel tuh. Dan novel Hilal Asyraf , Sinergi juga pasal puasa kat Jordan tapi tak banyak sangat kisahnya .

Ayat ni aku ambik dari Sinergi : Ramadhan adalah tempat rehat di tengah'2 perjalanan yg panjang. Kehidupan kita ni adalah satu perjalanan dan Ramdhanlah tempat rehatnya. Dalam Ramadhan kita disediakan pelbagai peluang utk mengambil bekalan Rohani. Lebih penting bagi sesiapa yang berusaha memenuhkan rohaninya dengan bersungguh, maka dia akan dapat bekalan yang terhebat semasa hendak berangkat meneruskan perjalanan. Ingat ! Ibadah ramadhan bukanlah 1hari atau 1 minggu malahan 1 bulan . Carilah ketakwaan dalamnya . 

Dan semoga Allah sampaikan kita kat bulan Ramdhan ini. Ameen. Pilihlah. Ubahlah. 
Andai yang dulu tak pernah sahur time puasa, bersahurlah utk keberkatan (lambat'2kan sahur)
Andai kita yang free hair cubalah bertudung time bulan mulia ini ( Fake it till you make it)
Andai dulu baju ketat dan singkat apa salahnya labuhkan dan longgarkan.
Andai dulu sehari sehelai sahaja dapat selak alquran apa salahnya lepas solat 5 waktu kita baca
Andai dulu tidak pernah baca terjemahan alquran, jom kita sama'2 tadabbur alquran *notetomyself*
 Dan jom kita sama'2 cari pahala untuk tarawih , solat'2 sunat malam (qiyam) manatahu rezeki kita terjumpa malam Lailatulqadar . Allah Maha Kuasa bukan . 

Ya Allah sungguh tak sabar bukan nak buat semua ibadah time Ramdhan. Ini bulan mulia. Jangan lepaskan .


"Whoever prays during the nights in Ramadan with faith and seeking his reward from Allah, will have his past sins forgiven." 4 days to go for Ramadhan :).

Nota kaki : Guys, let's pray for our brothers and sister in Mesir, Syria and Palestine. May them always on Allah's protection. Ameen.








Assignment oh assignment

Assalammualaikum .

Minggu ni aku jejak rumah. Khamis plak tuh. Siapa kata aku tak happy memang tipulah kan . Tapi masalahnya assignment berlambak ohhhh. Memang bertimbun juga buku aku bawak dan ada juga buku yang aku tinggal. Almaklumlah nak angkut semua ampun maaf dipintalah sebab naik bas . zzzzz.

Assignment ohh assignment. Kenapa berlambak sangat. Kenapa banyak sangaat. Fine! Dah masuk minggu ketiga kan mesti busy. Ditambah lagi class yang kena replaced sebab cuti Jerebu . Huwaaa. *crying* Tapi masalahnya penyakit yang paling teruk ada kat diri ni adalah MALAS .  *ketuk kepala*

::MAF ada 2 questions past semester chapter standard cost card. Isnin ada class. Tak siap lagi. Banyak tinggal sebab ada yang taktahu.
::FAR ada 2 questions past semester juga. Satu dah siap buat awal'2 time last weekend sebab tengah bosan. Satu lagi dah buat juga tapi macam biasa account punya soalan mesti ada yang stuck kan. Isnin pun ada class lepas class costing selepas gap 2 jam. Fuhh
::BEL dah start buat assessment satu. Masalah group dah setel. Lecturer bagi satu article bias, suruh keluarkan claim and reason , contention and objection. Guess what? Aku tak siap lagi. Cadang nak siapkan kat kolej. *devil laugh* . Masih confused sikit pasal assessment ni.
:LAW kena buat presentation. Disebabkan group aku letak nama group yang kedua so kenalah present yang kedua. Ni lagilah buku tak bawak balik nak buat as reference. Cadang juga nak siapakan kat kolej . Ha Ha. Semester ni Law semua relate dengan Account. Nasib minat .

See? Berlambak ke bertimbun assignment aku. Duduk rumah makin malas . Timing salah lah , balik rumah time banyak assignment plak XP . Esok balik Melaka . Huwaaaa. Assignment be nice, please. 

Weekend aku

Assalammualaikum .


Mesti orang pelik aku  nih gaya je duduk kolej , mahasiswi cenggitu tapi rajin je update entry. Bosann. Weekend yang bosan kembali di Melaka. Malam ni bosan wehh. Ehh, sebenarnya aku update entry nak bagitahu kat sini, Melaka Jerebuu . Jerebu tapi tak tahap kritikal lah. Pepagi tadi bangun, usha dari tingkap dah tak nampak bukit nun sana dan nampak samar'2 je bumbung library. Kritikal ke tak jerebu tuh? 

Dan nak dijadikan cerita lagi, aku kan class petang, taxation. Alhamdulillah class meriah betul. Cewaah, ikhlaskan hati pergi class dan belajar benda baru. Tapi bab nak redah tuju ke kelas tuh, jerebu tak payah cakap lah. Ada lah juga dikalangan student yang sudah mula pakai mask. Yelaa, bahaya bukan sebab asap dia macam tebal je eventho baru 100 something ketebalan nya kat Melaka kalau nak banding kat Johor 500 something, if I'm not mistaken sebab semalam tengok berita kat tv3. Yang lawaknya time kitaorang lalu Unit Kesihatan (UK) adalah 2 orang abang jaga UK agaknya bagi mask kat kiami. Ha Ha , macam lawak. Okaii, tak lawak actually tapi utk kesihatan.

Dengar juga cerita ada yang masuk hospital pasal jerebu nih tapi tak sure lah berita ni betul ke tidak, moga kami semua inn shaa Allah selamtlah hendaknya. Fuhh stop talking pasal jerebu, papehal kami kena redah juga jadi harapnya jerebu nih moga semakin berkurang. Berbalik pada cerita weekend aku. Esok event kolej. Sekali lagi, ikhlas kan hati pergi event kolej. Pasrah dah sebenarnya. Ha Ha . Tapi malas nak fikir dah sebab aku pun sah'2 masih bertapak kat sini. Malam ni bosan gilaa. Aduuhh. Petang tadi dah siapkan tutorial Taxation, tadi dah study Marketing pastuh buat tutorial Account. Then berhenti dah. Sambung esok . Jadinya bila dah berhenti bosan balik -.- Alih'2 online itu pun Bosan with capital B .

Dah sampai sini je. Saja lepak sini bagi hilangkan bosan. Lifeless lah aku kat kolej nih. Psst, moga semester5 aku akan semakin rajin :') Doakan semoga Allah permudahkan segalanya untuk sepnjang semester ni. Inn shaa Allah . Bye. Night guys.


Cerita Sedih

Assalammualaikum W.BT.
Ini entry sedih . Sedih untuk diri sendiri jelaah. Banyak sebab aku sedih sebenarnya . *menangis* . Wehh ni dah masuk minggu ke2 jejak Melaka, dan aku bercadang nak jugalah blaah tak nak lepak sini bila weekend . Tapi disebabkan sebab'2 yang tak boleh langsung nak elak akhirnya aku decide duduk je sini untuk weekend kali nih lagi. Previous entry aku bagitahu aku duduk kolej sorang'2 tak balik tapi this weekend hambek kau satu bilik, satu level, satu kolej semua tak balik. Nak dijadikan ceritanyaaa ....
First reason, Class aku hari jumaat start lepas solat jumaat dan habis hampir Asar. Class Taxation. Aku pernah mention juga kat previous entry hari Jumaat aku habis class lambat. Ingat lecturer nak tukar schedule tapi lecturer kat setakat nih kita still class pada masa & hari yang sama . Remuk jantungkuu wehh. Lepasni mungkin berpuluh kali aku fikir bila nak balik rumah. Actually kitaorang nak change class buat malam tp lecturer kata nak bulan Ramadhan nanti nak tarawih segal payah. Point taken. Setuju. So, sehingga ke minggu ini tiada perubahan untuk class Taxation hari Jumaat. Menangislah keluar air mata hijau, kuning, merah pun still kena pergi class Cnaad . Ha Ha .

Second reason,Kolej. Okayy previous entry again aku ada cerita kolej aku masih tiada status tetap , illegal bukan legal apetah lagi. Rayuan lah kodd title Kami. Sabtu pagi ada event kolej. First event kolej for this semester. Dan semalam ada meeting kolej MT kolej dah warning awal2 siapa yang rasa'2 status pun macam tenggelam timbul je kat kolej ni jangan nak berani'2 lah skip event kolej . Pehh. Sentap sikit ahh. Baru nak raise hand bagitahu tak nak join event this saturday. Angan'2 jelaa Cnad. Dahlah result kolej taktahu, event plak taknak pergi . *ketuk kepala* Sedar  diri sendiri sebelum orang lain sedarkan :|

Third reason, aku HOMESICK. Haa, hambek kau aku tulis semua guna capital letter. Korang'2 ingat korang je homesick, aku even umur dah boleh jadi bini orang ada juga perasaan Homesick. Aku pun manusia wehh . sob sob sob. Aku nak balik rumah jugaaa :( Ingat AnisMs dengan Afini je homesick aku pun samalahh -.- . Semenjak dua menjak ni macam homesick je. Bosan duduk sini agaknya , makan pun macam tak teratur je . Duhhh. Sumpah rindu rumah, rindu TV kat rumah, Ha Ha, dan rinduu Najmi. Waaa . Lamanya tak jumpa dia, nasiblah alat komunikasi dapat bantu kami berhubung. Ni tak balik mungkin dalam 1 minggu, 2-3 kali call mak. Kalau ada kredit laah. hee .

Forth reason, jumaat ni bersamaan 21June time maghrib ( act aku tak sure masa dia ) , my one and only sister akhirnyaa jejak sini, Malaysia setelah 4 tahun bertapak di bumi Anbiya. Dan aku? Aku kat mana lagi kalau bukan kat Kolej kayangan Tun merah. Sigh. How I wish I can be there with her , together after years we are not seeing each other. Okaii . Tunggang terbalik ayat. Tapi tolonglaah dah lama kodd cita'2 aku nak tunggu dia kat Airport . Ni kalau dia Terbaca mahu terharu . Kah kah . Sebenarnya inilah reason paling utama aku nak balik rumah. Aku nak sama'2 dengan family aku ambik dia kat Airport. Lepak sana. Haihhh . Takde peluang lahtuh. Redha jelah. Memang aku dah pasrah habis ni . Baru acah2 nak tangkap gambar troli bag dia kononya macam orang balik haji tuh. Hahaha . Niat salah memang padan muka laah XP
This is ME .

Don't cry because it over but keep smile because it happened. La tahzan inna Allaha ma'ana.
Nak dijadikan cerita sedih laptop ni boleh plak mati time aku update entry. Laptop dah season kann . Bye.