Rindu .

Assalammualaikum W.B.T.




Aku rindu nak solat berjemaah bersama sama setiap waktu.
Aku rindu nak buat Dhuha & hajat setiap kali time rehat.
Aku rindu untuk baca mathurat selepas subuh & sebelum asar.
Aku rindu juga nak berebut rebut mengaji beramai ramai selepas maghrib.
Aku rindu nak baca almulk sebelum tidur sama sama dengan ahli dorm.
Aku rindu nak bangun malam qiyamulail .
Aku rindu semuaa itu . Rindu sangat.
Sungguh kat sini tiada lagi berjemah macam kat asrama Sam1.
Aku rindu nak pakai tudung labuh macam dulu :')
Paling aku rindu ukhwah persahabatan kawan kawan form5 .
Kawan kawan 5Ibnu sina tak pernah aku lupakan.
Kawan kawan dunia akhirat aku Rahma,Ezza,Miraa,Pqa,Zaty.
YaAllah rindunya untuk sama sama kumpul pahala & saham akhirat macam dulu.
Sungguh,disini semuanya buat bersendirian tapi alhamdulillah Allah kurniakan kawan yang terbaik.
Kawan yang sering mengingatkan aku kepadaNya,
Kawan yang tidak putus putus ajak aku ke arah kebaikan,
Kawan yang sering mencegah melakukan kemungkaran,in shaa Allah
Kawan yang aku rasakan , aku memang sangat memerlukan mereka.
Terima kasih Allah.Terima Kasih sahabat . 
Semoga kita sama sama dapat menggapai redhaNya dan kumpul saham akhirat .
Terima kasih Syafi,Hawa,Intan,Farah,Farahana,Nur,Iman,Aina,Ieqa untuk segalanya .
Tak lupa juga untuk levelmate aku Maisara .
Mudah mudahan kita sama sama dapat kumpul pahala kann .
In shaa Allah segala urusan Allah permudahkan kann :P

Segala gala gala serigaalaa :P

Assalammualaikum and hi !


Sekian lama tidak mengupdate blog. Perrgh last week sumpah busy busy busy memanjang sampai otak ni sangat penat dan tak larat lagi nak berfikir jauh. Guess what ? Starting  jumaat,sabtu,ahad,isnin and this rabu memanjang segala bagai common test. Fuhhhh ! Semput bukan. Alhamdulillah selesai 3 test tinggal test Economics and lab test for Accounting Information System (AIS) . zzzz . Semester ni aku kurang rajin . Sumpah benci perasaan macam ni . Yeahh, dahlah semester ni scary sangat X) Segala gala galanya serabut termasuk aku sendiri . hihihi . Harini je dapar rehatkan otak sikit , esok dah kena study and stay up for Test Economics :')

Ehemmm, semalam tetibe adalah seorang member aku dia text aku . Dia text aku punyalah panjang ucapan dia untuk birthday aku. Gelak guling guling lah aku. Birthday aku lama lagi lahh weyhh! HAHA . Bila aku tengok balik mesej tuh seriously rsa nak tergelak sorang sorang macam orang gilaa sudah. It's okay dude, I'm appreciated your wishes :) Don't worry and thanks anyway . hee. Sumpah kelakar . Okay fine aku syok sendiri . zzzzz . I'm bored actually ! Nih lahh kita, bila ada banyak free masa , macamtuh je biarkan , bila takde masa mulalahh kecoh kann . *sigh*





Segala yang terlintas .

Assalammualaikum W.B.T 

Firstly, aku tak tahu kenapa aku tulis entry pasal nih, tapi sebenarnya aku memang dah lama nak tulis benda nih cuma aku tak berapa nak berani . Okay, sejak akhir akhir nih aku adalah stalk beberapa and tengoklah beberapa juga kawan kawan lelaki sekolah aku. I mean my boy-friend 'kawan lelaki' sekolah Samone . Sila jangan salah faham, bukan stalk tuh maksudnya aku usha segala bagai tentang dia . Aku just salute and respect to them . Nak tahu kenapa aku rasa diorang sangat bagus sebab segala kata kata tak kisah lah tweet ke status facebook ke semuanya bagi aku tk sia sia . 

Bila kita tengok balik, mana ada lelaki zaman sekarang yang umur macam aku 20tahun nak fikir pasal politk lagi apetah lagi nak kaji pasal agama . Okay, seriously aku rasa diorang bagus. Bila diorang selalu ambik tahu perihal current issue kat Malysia ni and yeahhh benda itu semua yang aku tk pernah terfikir & terlintas kat fikiran nak fikir. Tengok, aku bangga betul bila diorang macamtuh. Barulah boleh gelar ex-Samone (sekolah agama) . Semua dah besar-besarkann kawan-kawan. Pemikiran pun dah besar sampai kalau nak tengok diorang buat joke pun melibatkan politik . Opps, sorry actually tk nak story banyak pasal politik kat sini, Scary maa :3 Sekali lagi aku nak kata , ini takde kena mengena dengan hati & perasaan ye, harhar . Aku just suka cara diorang bawak diri and in shaa Allah semuanya akan jadi bakal Imam yang terbaik. I hope *big smile*

Kadang kadang aku tertanya-tanya kenapa lah lelaki boleh berfikiran macamni, semua benda diorang fikir. Fikir pasal negara, agama, politik,ilmu and semualah. Ohh, jealous much to them . Then, Yeahh . Bila fikir balik, lelaki dikurniakan 9 akal & hanya 1 nafsu tapi perempuan sebaliknya, 9 nafsu & 1 akal . Alhamdulillah, sepatutnya aku bersyukur sebab banyak hikmahnya Allah kurniakan kita macamni. Sebab itulah perempuan ni tak boleh nak jadi pemimpin & bakal ketua keluarga or apa- apa ketua sebab kita ni dikurniakan 9 nafsu. So, mungkin segala keputusan yang kita bakal buat akan melibatkan nafsu. So that's why segala tanggungjawab, ketua, bakal Imam lelaki sebagai pemimpin dan yang patut buat segala keputusan adalah lelaki, sebab meraka hanya dikurniakan 1 nafsu dan boleh berfikir dengan 9 akal . Dan sebab itulah lafaz talak jtuh kat tangan lelaki bukan ? hee .

Perempuan pulak dilahirkan lebih beremosi sebab bila sedih menangis, bila marah menangis, walhal bila gembira pun menangis. Hati perempuan ni lembut sebab itulah dia dikurniakan 9 nafsu. Dan siapa kata tanggungjawab wanita ni kecik je. Cuba kita tengok tanggungjawab ibu kita, senang ke ? Mengandung,melahirkan,menjaga,mendidik . Sama je taraf kesusahannya . Hee . Fuhh, aku just tulis apa yang terlintas dalam fikiran aku. Then, kalau nak tambah apa yang terkurang silakan . So, kali ini entry aku  agak serious, sedikit ilmu barangkali :) Sharing is caring, right? 

P/S : Aku rindu sangaat zaman sekolah menengah, rindu samone juga :D . Rindu magnificent7 batch 93.Rindu classmates 5IbnuSina .Paling rindu Cikgu Hajar & Ustzah Mas .

Semester paling tough

Assalammualaikum W.B.T and hi guys !
Tak tahu kenapa aku rasa semester ni panjang sangat . Banyak sangat dengan masalah dan tak pernah berhenti dari masalah . Lepas satu masalah satu lagi timbul . Actually aku kena join Team Building under Kumuda Club tapi aku tak join. Yes ! Aku bukan suka suka atau sengaja tak nak join apetah lagi aku ni tak suka nak menyusahkan orang & bagi orang marah. Miza, Im really really sorry sebab tak dapat join korang . Last minutes plak , mesti dia marah sangat. Taktahu nak explain macam mana lagi dengan dia :'(

Dan semester ni juga lah banyak dah airmata habis. Dah kering pun rasanya. Assignment Bel lepas satu, satu plak ada kerja . Sekarang dah start buat assesment 2 role play about problem that usually occured in our company. Biasalah kalau takde kena reject bukan Bel namanya. First attempt dah kena rejected sebab lectr kata our situation tuh too common . Hmmph, tak kesah pun kena rejected asal dia tak melenting depan kitaorang sudah. Alhamdulillah dia okay harituh. Then kami pun buat lagi sekali. And guess what pukul 6.40a.m Jumaat itu baru aku dapat lelapkan mata then pukul 8a.m dah bangun sebab ada class pagi. Sakit kepala tak payah ceritalah kan, rasa macam dah give up habis nak belajar untuk this semester. Tapi Allah marah orang yang cepat putus asa, Cnad :')

Ni belum masuk cerita pasal kolej lagi, macam macam lah berlaku sebenarnya. First thing pasal kecurian tapi alhamdulillah dah selesai. Pasal lain lahh banyak and I don't really know what happened actually kat Uitm aku sampai semua sibuk bercerita sini sana siap jadi trending topic kat twitter. Selagi aku percaya Allah ada disamping kita and Allah akan sentiasa jaga kita in shaa Allah everything will be going okay. Yassin,solat,doa,ayat kursi jangan pernah tinggal,. Allah baru nak uji sikit tapi kita dah melatah. Iman kita mana perginya kann . *self reflection*
Satu lagi benda baru yang aku belajar untuk semster ni , KAWAN . Alhamdulillah aku tak pernah tersalah pilih kawan. Ketawa bersama, menangis bersama. Yess, this semster lebih banyak menangis bersama. Thankss sangat kat korang yang sentiasa ada kat sisi aku. Bak kata Intan, kita kann Buddies takkan terpisah. Yess, kita memang takkan terpisah dunia & In shaa Allah di akhirat juga . Aku sayang sangat kat diorang. Dan sesuatu telah berlaku, Serious aku sendiri tak boleh terima . Be tough guys! . Cnad sentiasa ada untuk korang . Lupakn kisah hitam .Allah tarik nikmat ada hikmahNya. Harap semuanya baik baik saja . Kita Kawan jadi everything we will share together .bukan setakat ilmu tapi semuanya :) Macam macam berlaku, kita buat baik kat orang salah. Kita percaya sangat kat orang pun salah . Jadi bila orang dah buat jahat kat kita salah ke kita balas balik ? Memang salah tapi entahlahh speechless. Aku harap kitaorang semua dapat jadikan pengajaran tentang hal ni. Susah lah kalau kita dah bagi onehundred percent kepercayaan kat orang , orang tikam belakang kita. Okay, memaafkan memang berat tapi melupakan mungkin takkan pernah . Bukan aku yang rasa semua nih tapi kawan aku. Berat mata memandang lagi berat bahu memikul . Semoga awak tabah, wahai sahabat ! 


YaAllah aku percaya pada perancanganMu, aku percaya pada segala qadha& qadarMu.
YaAllah jangan jadikan dugaan begini semakin melemahkan kami, tapi biarkanlah kami semakin terus dekat denganMu.
YaAllah semoga kehidupan kami kembali seperti biasa,kembali tersenyum gembira tanpa terus melupakan nikmatMu
YaAllah sesungguhnya kami tidak kuat, Iman kami sentiasa lemah jadi tolonglah Kuatkan Iman Kami . 

Twenty

Assalammualaikum W.B.T


Yess , I'm officially twenty . Yeaahh ! Kalau dah masuk dalam angka 2 maknanya aku bukan lagi tergolong dari kalangan remaja gitu. Kiranya dah masuk golongan dewasa lahh ni , zzzz. Okay serious talk bila umur dah masuk 20tahun , banyak benda nak kena fikir. Banyak benda nak kena fkir, banyak benda nak kena buat, banyak tanggungjawab nak kena pegang dan banyak benda yang kita buat kena pada umur kita yang dah masuk lingkungan 20an . 

Dan seriously kalau tengok muka, perangai,gaya sungguh tidak melambangkan kematangan as twenty years old. Ni belum lagi tengok dah pandai buat kerja rumah ke, pandai masak ke, menjahit, jaga hati orang tua, jaga kewangan dll . Huuii bila dah 20tahun ni rasa macam masuk satu alam yang mana semuanya rasa berat semacam. Kalau nak aku cerita pasal tanggungjawab memang panjang berjela lah sebab semakin banyak tanggungjwab  yang nak dipikul .

Sekarang apa yang ada dalam fikiran aku bila aku dah 20 tahun memang banyak .

First, aku belajar pandai pandai sebab nak dapat kerja yang bagus.

Second, aku nak dapat kerja yang bagus mengikut apa yang aku impikan selama ini ditambah dengan gaji yang lumayan.

Third, Gaji yang banyak itu memang sangat diperlukan untuk zaman sekarang memandangkan gaji itu bakal disumbangkan untuk parents tercinta & maybe untuk kegunaan bakal masjid yang akan didirikan .Wahhh , bunyi macam scary habis.

Forth, dah kena fikir pasal poltik , aku bukan tak nak fikir tapi kena fikir sebab apa , time aku 21 tahun aku ni dah kira layak untuk mengundi . Yess starting now, aku kena lah buat kaji selidik tentang benda alah ni X) Seriously, aku confused bab bab politik bagai . Serabut je .

Fifth, Kena pandai buat kerja rumah. Buat kerja rumah bukan setakat mengemas, mesin baju,sidai baju tapi yang paling utama nih haa MEMASAK . Frankly speaking, aku ni bukan lah kira terror sangat nak masak pun , kalau takat buat benda senang boleh lah itupun ada mak & adik yang tolong sekali masak . Nanti kalau dah jadi isteri orang ada ke mak mertua nak tolong ? Kena maki tak reti masak lagi lahh . So kena improved skill memasak ni :P 

Sixth, kena jaga family . Bab jaga family ni aku mention sebab aku anak kedua dr 7 orang adik beradik . And yess yang pertama kakak. So family aku takde abang . Jadi kira aku & kakak aku lah yang bertanggungjawab nak jaga family. Jaga family ni kira aku jaga adik adik aku lah , nasihat mana yang patut . Eceeh even aku rasa aku pun macam tingtong je , tapi kalau bab nak ajar adik aku dr segi pelajaran , no hal . Dengan hati terbuka aku ajar. Takde hal, ilmu yang aku dapat apa salahnya bagi kat adik aku plak .Hee. Nak mintak kakakmu ajar mengaji pun boleh, haha . Tapi nak bertaranum tuh gua tak reti lahh -_-'

Seventh, ni yang paling payah aku rasa . Role model untuk adik adik aku . Fuhhh tough tahap tk ingat . Takde lah hebat mana aku, tapi kalau kakak aku tuh bolehlah jadi contoh untuk adik aku yang lain . Study pun kat oversea bukan . Aku takat kat Lendduu je pun . Hee . 

Actually banyak lagi aku nak share tapi disebabkan kesuntukan masa kann . Next time aku sambung balik lah kalau aku ada idea lagi . Yess, ni hanyalah pendapat aku tentang kehidupan aku as twenty . Nampak macam serabut bukan :P Okay ignore it ! . 

Random entry

Assalammualaikum W.B.T and hi guys !

Sebenarnya aku dah lama tak menulis di blog since mid term break lagi disebabkan masa agaklah kritikal . Macam biasa, alhamdulillah mid term break aku berjalan dengan lancar . Fuhh rasa macam nak cuti lama lama je , hee . Ohh . Nak tau first time rasa macam homesick je. *sigh* Tapi nk buat camne nak kena teruskan semester4 ini lagi . Assignment Bel ? So far so good lah , sebab lectr nak kata reject product aku taklah . Hopefully . Beliau just suruh aku research more about plastic and convince audience how good plastic bottle more than glass bottle . Okayy. Pencarian masih diteruskan and aku tk buat script langsung ni untuk presentation . Totally I'm not ready yet -___-'

And guess what?? Presentation this tuesday okay *faint* Seriously nervous like butterfly in my stomach . zzzz . Bukan setakat butterfly, tiger, elephant ada kat stomach ni . LOL . Nak buat script je terus blank and aku sangat memerlukan munirah . Sebab dia kamus bergerak BI aku , but now she's not here . Weekend ni dia, dayu and wani pergi cameron . Sobsobsob . Diorang tinggalkan aku sorang sorang tau . Trip ke Cameron ni under Kolej . Siapa ada jawatan kat level lah kena join . Actually aku kena join tapi disebabkan aku ada assignment Bel aku tolak lahh. Hmmphh , memang nak ikut sebenarnya tapi takde rezeki barangkali . F.O.C plakkk . 

Okay, stop talking about assignment X) Ehh nak tau tadi aku jenguk blog Maria Elena tau , pergghh perggh . Seriously aku terus terasa macam nak kahwin, hee . Maria Elena siapa? Ohh dia ni youtuber yang  famous lah juga macam MatLuthfi and Kyopropaganda. Aku pernah sekali je tengok video dia kat Youtube :P . Itu pun roomate tunjuk . Berbalik kepada blog Maria Elena aku rasa kalau korang tengok pun memang terasa indahnya perkahwinan itu . Tak silap aku 3 kali rasanya dia buat kenduri kendara . Ehh nak tau lebih lanjut just read her blog  Maria Elena , Psst follow lah sekali . Dan aku rasa korang juga boleh tau pasal penghijrahan dia since dulu dia tak macam sekarang . Ehh one more thing , I really really really like her languange . Superb Bi . 

Hmmphh, that's all from today . I wish every single thing that I do , Allah will make it easier and I know Allah always by my side . So just keep praying to Him and In shaa Allah everything will going smoothly . Btw, yesterday maisara dah selamt sampai kat Termerloh, Pahang . Mai dapat PLKN , so have a fun there sayang, take care . Hee . Sudahlahh nak solat zohor dulu . YaAllah buangkanlah kemalasan dalam diri ini , sebab semakin hari semakin malas nih , X) Peaceee . Ehh please Ignored my broken english and grammar .