Semester baru lagi

Assalammualaikum W.B.T


Hai, mood study kembali semula. Next week dah start semester baru. Ya Allah syukur alhamdulillah registration course dah settle walaupun pada permulaan nya agak serabut sebab dia limitkan class A-U utk semua yg lulus semua subject last sem. Padahal sem lepas diorang dah buat pre register sebab tak nak bagi susah student nk on9 class. Tapi last'2 pre register tuh not valid pun. But it's okay, tarik nafas lega sebab dh selesai.   Be postive and positive things will happen *senyum Cuma sedihlah sebab sorang kawan aku tak sempat register class sama. Tetiba rasa bersalah kat dia. hmmm.


Azzam semester 5? Banyak sebenarnya. Disebabkan aku gagal capai keputusan yang memuaskan aku harap sem depan aku tak main main. Ya Allah sumpah takut sangat. Aku nak, diri aku yg dulu. Yg focus dlm kelas, masa tidur yg sedikit, tak lagha dengan phone. Jaga hati aku, Ya Allah *nangis. Sumpah banyak lagha, banyak merungut sangat. Nawaitu hilang entah kemana, Cepat je putus asa. Aku rasa seminggu aku kecewa, tak leh move on dgn result. Allahu. Aku bersyukur tapi aku masih tak redha. TERUK. Alhamdulillah, okay dh sekarang.


Alhamdulillah, jadual semester depan pun agak memuaskan masa kelas. Harap dapat gunakan dengan baik masa dalam kelas & masa free. Inn shaa Allah. So please Cnad 'kill the killer paper'. Walau apapun bangun balik, jangan terus jatuh. Sebab aku memang mudah kecewa sebenarnya. Cuma aku pendam, tak reti nak luah sangat. Allah je faham susah senang jatuh bangun aku. Harap semester ni tak main main macam dulu inn shaa Allah. Jumaat ni pun nak balik rumah sewa dah. Barang apa tak kemas langsung. huhu. Suka tangguh kan, haiish. Harap lagha aku yang banyak'2 kat rumah aku tinggal. 


Last but not least, 3/3 result SPM nak keluar. Ya Allah moga Kau kurniakan kejayaan kepada adik aku, Siti Najihah dan sepupu aku Nurhidayah dan kawan kawan batch diorang. Inn shaa Allah moga semua lulus cemerlang dan perjalanan nak sambung belajar dipermudahkan. Ameen. Ya Allah, moga Kau beri pinjam nikmat kejayaan kepada mereka. straight A dan lulus cemerlang atas usaha doa dan tawakal mereka. Ameen . Ya Rabbal alamin *senyum.




Bismillahirrahmanirrahim my challenging journey will begin next week :) May Allah bless.
Ya Allah kurniakan kesabaran yang tinggi utk kami menghadapi segala ujian.
Ya Allah jauhkanlah kami dari lalai & leka dalam mengejar ilmuMU.
Ya Allah hindarilah kami dari kesibukan dunya yang melaghakan hidup kami.
Moga nawaitu menuntut ilmu keranaMu. ameen ameen ameen. Bidznillah



Happy birthday awak






Assalammualaikum W.B.T



Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Dayuu
Happy birthday to youu
I LOVE YOU .
Hai awak. Lama tak jumpa kan?

Did u miss me?

Ntah bila nak jumpa lepasni.

Awak, dah 22 tahun laa.

Semoga sentiasa dimurahkan rezeki,

Diberi kesihatan, diberi kekuatan untuk terus hidup lagi.

Hidup yang makin tough! 

Yang makin susah sini dan sana.

Semoga menjadi anak yg solehah, bertanggungjawab dan baik kepada mak awak tauu.

Semoga sentiasa berada didalam lindungan Allah ta'ala, diberkati dunia dan akhirat.

You know what? I miss u so badly.

Please take good care of yrself.

Doakan aku weh! Aku tak kuat macam diploma dulu.

Aku rindu kau yg selalu kasi kata'2 semangat, kata'2 positive kat aku.

Moga ada rezeki jumpa lagi .

Tapi tak tau bila kan? 

Last but not least, aku minta maaf selama aku kenal kau kalau aku ada sakitkan hati kau,

moody tak tentu pasal, selalu nk debate pasal benda tak penting.

Kau je yang tahan & paham bila moody aku sampai. 

Doakan aku tau . AKU SAYANG KAU WEH !

BFF kita

Assalammualaikum W.B.T 






Kawan study.

Kawan lepak.

Kawan redbull.

Kawan gossip.

Dari awkward gila jadi 'terbiasa' terus dengan dia nih.

Dari 'kita, awak' terus ke 'Kau,aku'.. I,You pun pernah masuk. *rojak punya bahasa

Dari diploma sampai ke degree.

Alhamdulillah utk semuanya awakk.

Siapa sangka dulu kat Diploma satu geng,satu class tapi tak serapat kat degree nih.

Tak sangka langsung kann? *senyum.

Bersyukur sangat utk persahabatan nih.

Banyak sangat benda aku belajar dari farah. 

Tengok kelebihan dia, menambahkan lagi semangat utk aku tambahkan kelebihan aku.

Ada keburukan dari dia, dari situ aku cuba baiki apa yg aku perlu.

'Kalau kita mudahkan orang lain, Allah akan mudahkan kita' - Farah 

5 years of friendhip and still counting :)

Inn shaa Allah moga Allah kukuhkan ukhuwah ini, maaf salah silap,

Maaf banyak kekurangan sepanjang perkenalan.

Dan semestinyaa aku sayang kau kerana Allah. 




Throwback convo & pre convo.


Assalammualaikum w.b.t


Seperti yg aku janjikan nak post gambar and entry pasal convo kann. 

Nak tahu time nak convo & pre convo pun banyak lagi masalah. sebab kitaorang convo kat uitm branch so date tak sama.

So, terpaksa skip class tiga hari. ingat gembira ke skip class degree ni. Tak langsung.

1/12- isnin (pre convo)- pagi.  3/12-Rabu (convo)-pagi. Sidang 3.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. syukur sangat. pukul 10stgh pagi dah settle.  

Nak kasi tunjuk gambar pre convo sat. sikit jaa lah tapinya.



 
Apart of us .


Farah,intan,aku,syafi *muka syook sendiri memasing

Yaa it's me. 


Bismillah. Masuk cerita convo. First of all, alhamdulillah syukur ke hadrat illahi, I'm officially graduated in Diploma in Accountancy. Dan selempang pink akhirnya jadi milik aku. Alhamdulillah.

Terima kasih sangat'2 kat mak & abah sebab selama 3 tahun ni banyak menyusahkan. Jatuh bangun gagal berjaya senang susah sentiasa ada dgn aku. Tak pernah putus asa berdoa utk aku. Tak pernah merungut hantar aku jauh'2 ke Melaka / Klang sentral. Kejayaan ni untuk mak & abah. Tadaaa. 

My strongest backbone until my last breath. lebiuuu

Thanks to you, kak Ikin sebab datang convo nih, yg paling penting belanja aii bunga tuhh. i'm really appreciate that sistaa. Inn shaa Allah kita sama'2 berjaya pastuh kasi mak n abah bangga. Yang penting kita semua dapat balas jasa diorang. Ameen inn shaa Allah. And to my lil sis, aku bukan pandai sgt pun macam kau selalu fikir. Aku tahu aku tak pandai jadi aku usaha dan aku tahu kau macam aku juga. Usaha lebih banyak jiha, aku harap kau lagi boleh bangga mak abah macam aku buat . Aku doakan kau lg hebat dr aku taauu. Muaah ciked! And goodluck for yr future !


May Allah's blessing always w us.ameen. lebiuu guyss.


Dan untuk mereka yang banyak tolong aku bila aku tak faham apa yg lectr ajar, hiburkan aku bila stress, bagi advice bila tengah down dan support aku dgn postitive words. Thank you so much guyss. Alhamdulillahh, we made it finally! Grad on time is the best thing ever n may Allah ease everything for our future. *tabahkan hati utk degree ni juga kawan kawan. Perghh. patah hati fikir degree :(

Classmates. Coursemates. Soulmates.


Last. Ni last yaa. Alhamdulillah. 'Vice Award'. *senyumm. Congratulations guyss. Ya Allah moga mudahkan perjalanan kami kat degree ni. Kuatkan kami. Kuatkan hati kami. Moga kejayaan ini milik kami lagi. Inn shaa Allah ameen. *1st class degree. Lets aim this award guyss :) 

Orang trsayang dan disayang. sayangg korang.

Untuk awakk yang jauh tapi banyak bantu saya masa diploma harituh, thank sesangat. Moga Allah redha dan mudahkan awak plakk. Inn shaa Allah wll meet u soon. Study leklokk kat Dungun. :)



Disebalik rindu

Assalammualaikum W.B.T



Masa degree ni aku rasa aku banyak sangat merungut. Banyak sangat sampai aku rasa, aku bersyukur boleh kira berapa kali.

Aku merungut tak cukup masa study.

Aku penat.

Aku tak larat nak hadap degree.

Aku fed up dgn assignment bertimbun.

Aku stress dgn cara lecturer degree ni mengajar bla bla bla.

Tapi yg paling banyk kali aku ulang, aku rindu diploma.

Aku rindu diploma, berapa puluh kali juga aku merungut macamtuh.


Sampai satu tahap, aku fikir. Apa yang aku rindu sangat kat diploma.

Apa yang beza sangat degree- diploma sampai aku asyik ulang'2 dalam kepala aku rindu diploma.


Sebenarnya aku rindu 'MASA' .
Masa yg aku boleh peruntukkan utk ke taman syurga, utk lebih konsisten dlm bertemu Allah.
Masa yg aku ada untuk sembang dgn kwn'2 pasal ilmu akhirat.
Masa untuk jejak masjid.
Masa di mana fikiran aku Syurga, akhirat, niat hidup, niat belajar.
Aku rindu itu semua tanpa aku sedar.


Dan, aku salahkan degree sebab aku kekurangan Masa untuk buat semua tuh.
Aku kekurangan masa untuk pergi ke taman syurga walaupun banyak sgt flyers tampal kat blok kolej.
Aku kekurangan masa untuk fikir pasal akhirat sampai aku asyik lupa je tajdid niat belajar :'(

Sedih.


Terlalu banyak merungut sampai lupa nak buat semua tuh. 

Doa, usaha dan tawakal.

Dan yang aku tahu kekurangan masa. Allahu. 


Khilaf sangat. Lagha banyak. Dosa bertambah lagi. Allah.


Ya Allah, Kau tetapkan lah hati kami untukMu. 

Amin ya Rabbal alamin :') Doakan aku. Doakan kawan kawan aku juga. 

Aku nak syurga bersama.