Semester 4

Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum W.B.T

     Lagi 2 hari nak jejak bandar bersejarah, Melaka . Totally aku happy. Happy ke? Haha. Alhamdulillah tadi dah selesai beli barang keperluan untuk bawa ke kolej. Segala barang pakaian, barang mandi, makanan, barang untuk belajar and broadband pun aku dah selamat bayar. Tapi pack barang je belum lagi nih. Kemas alat alat tulis untuk lecture pun belum lagi nih. Esok barangkali . Tk boleh nak malas sebab nak balik Melaka dah .

     Ohh aku dah decided nak balik Melaka sabtu malam. Muktamad . Sebab apa aku dah ajak Dayu sekali balik dengan aku. Dia lah satu satunya roomate aku yang still stay dengan aku kat Room1307 (: .Yang lain dah NR , Ramai juga yang balik sabtu rupanya sebab pagi tadi Intan text aku dia pun balik Sabtu. Nadh pun balik sabtu. Satu je yang aku risau nih pintu bilik aku tuh berkunci ke tidak. Takut kalau berkunci macam mana aku nak masuk wehh. Tapi si Dayu nih overconfident kata tk kunci . Kalau kunci aku tumpang rumah RS lah *wink wink . Dan mungkin semester 4 nih aku bakal dapat roomate baru .

    Okay let's talk about part 4 . Dah semester 4 aku. Subject sem 4 ni ada 5 sahaja. Paling sikit antara semua semester tapi toughnya , waallahualam :') . Ada yang kata kitaorang akan ada 4 paper final je . Lagi sikit subject lagi susah nak score. Dahlah part4 nih banyak subject membaca . Semoga segala galanya dipermudahkan InsyaAllah . Pasal jadual plak, aku setakat ni puas lah hati dengan jadual baru nih sebab jumaat aku ada satu class je dan habis pukul 1030AM . So dengan gembira hati aku boleh balik awal . hehew.

    Dan aku harap kelas aku akan dapat lecturer yang baik , senang bagi markah , sempoi , sporting dll . Senang cerita lecture yang 'ketawa bersama ,menangis pun bersama ' *Ehh ? haha . Joking around je . Okay lah mungkin setelah aku jejak Melaka blog ini akan kembali dianak tirikan oleh ibu kandungnya sendiri . Gila merepek , haha . Ya Allah semoga kau permudahkan perjalanan aku dan kawan-2 aku di semester 4 ini . Semoga segala rintangan dan halangan dapat kami tempuhi . Dan semoga semester4 ini akan bertambah lagi iman kami, ibadah kami dan semualaah :) Idea stuck plak . Ameenn . *sambil tangan yang ditadah lap ke muka * Perjuangan kami panjang lagi baru semester 4 jauh lagi nak melangkah ke degree :') Kuatkan lah hati kami , yaAllah .



:: Bittaufiqwannajah kepada semua kawan kawan aku yang tengah hadapi STPM . Always pray the best .
:: Tk lupa juga kepada adik adik junior kat SAM1 yang tengah menghadapi SPM . Goodluck !
:: Esok kawan aku dapat result , doakan juga okay . Goodluck anyway .
:: Selamat datang segala rintangan dan kesulitan untuk semester 4 . Semoga kami tabah (: 

Wassalam .

Cuti Semester berakhir

Assalammualaikum W.B.T

Cuti semester untuk semester3 nih dah pun nak berakhir , Cepat sungguh . Next week dah kembali menapak ke Melaka . Dan ini lah first time kami student Uitm cuti semester paling sekejap dalam sejarah . 1 bulan 2minggu je -__- . Frankly speaking, it's not really enough . Rasanya nak je enjoy lagi puas puas *evil laugh*. Sudahlah cnad angan angan jelah . So, betul sekejap je cuti nih . Tapi better sekejap sebab apa sebab aku dah bosan duduk rumah 24:7 menghadap muka adik beradik aku yang memeningkan kepala. haha. Gurau je .

Alhamdulillah , everything was settled! Course dh register, result dah lama dapat and kolej pun dah berjaya . Alhamdulillah semester nih masih lagi menetap di kolej Tun Merah . Room1307. Harhar . Semoga takde siapa yang merampas katil aku ye semester nih . Aku nak katil aku juga . Yang sedihnya , part4 nih roomate aku tinggal Dayu sorang je and kemungkinan ada roomate baru . Semoga roomate aku yang baru nih baik orangnya,kuat agamanya, pembersih , friendly, cantik dan sebagainya . Demand bukan? hee.

Okay, takde cerita terindah yang aku dapat kongsikan untuk cuti semester kali nih . Aku tidak kemana mana pun. Sekejap sangaat lah. Kerja pun tidak . Jadi superbibik separuh masa ada lah . Emm, naik semester4 rasa macam dah senior plak . Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah segalanya. InsyaAllah dan juga maybe ini kali terakhir aku menetap kat kolej . Semester5 macam payah je nak stay at kolej kaan. Dan aku tk decide lagi nak balik kolej ni sabtu atau ahad . Malas nak decide . Malas nak balik Melaka . haiihh ! *sigh* .


Cuti Semester

Assalammualaikum W.B.T


Tumpang gembira

Assalammualaikum W.B.T .
Semalam dapat berita gembira . Berita baik . Berita yang mampu buat aku tersenyum . Alhamdulillah . Syukur sangaat. Guess what? Semalam aku chat dengan Farah kat facebook , Then dia tanya lah pointer aku fr this semester. Actually kitaorang ni langsung tk tahu menahu result masing masing sebab selama ni kat kolej baru story mory kan.Dipendekkan ceritakan semalam farah bagitau aku dia dapat 4FLAT! 4FLAT! 
 
Weee! Alhamdulillah syukur sangaat , mula mula aku ingat dia nak kelentong dengan aku sebab kitaorang ni kan suka main main pasal result. Rupanya dia serious aku lagi lah kan . Terkejut betul . Alhamdulillah ada juga kawan aku yang dapat 4FLAT walaupun aku tk dapat tapi aku tetap tumpang gembira dia. Dan aku rasa Intan pun nak dekat 4FLAT just slack kat LAW A- :') Takpe lah next time kalau ada rezeki harap kami semua dapat 4FLAT plak . Ameeen :)
Dan yang paling aku touching gilaa dengan ayat dia . Waah . Nak menangis lah baca ayat dia .
   
'Apa apa pun berkat belajar sama-2 dengan korang'
'Ilmu korang'
'Persahabatan dengan korang'
'Susah senang dengan korang yang beri kejayaan ini'
'Kita rasa tak layak tp Allah yang bagi'
'Alhamdulillah'
'Terima kasih pada korang juga'
*wipe tears* Sedih lah . Terima kasih Allah atas persahabatn ini, semoga next semester kitaorang semua akan diberi peluang untuk dapat Dean's List dan keputusan yang cemerlang . Terima Kasih juga kat kawan kawan aku yang banyak share ilmu , idea, tunjuk ajar semualah .  Yess! This semester nak pinjam selempang Farah lah time majlis Dekan nanti, haha . Tk dapat pakai, pinjam pun jadi lah mana tahu next semester dapat rezeki 4Flat . Ameen :) Wee~ 


PrayForGaza

Assalammualaikum W.B.T .

Alhamdulillah sejak akhir akhir ni kawan kawan aku kat facebook and twitter semua sibuk bercerita tentang peperangan yanga dihadapi oleh saudara seIslam kita diGaza. Sedih. Takut. Kecewa. Simpati. Marah semua ada kann. Tapi kita tidak mampu untuk berbuat apa apa selain menyumbangkan doa untuk mereka.Doa. Doa dan berdoa . Berdoa semoga Allah memudahkan segala-galanya .
Semoga Allah menempatkan saudara kita yang terbunuh di syurga dan mati syahid. InsyaAllah.
Semoga Allah menambahkan lagi kekuatan dan ketakwaan mereka semua.



Kat sini aku nak share sikit keajaiban peperangan di Gaza . cc: Facebook Ieqa
SubahanaAllah. Allahuakbar !

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Ga
za:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3


Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!

#ALLAH BERSAMA KITA.
DOA JGN PERNAH BERHENTII.SAYA BUKAN ORG MALAYSIA,SAYA BUKAN ORG SYRIA, SAYA BUKAN ORG PALESTIN,TAPI SAYA ORG ISLAM.ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU DAN KAMU..TOLONG MEREKA. WALAUPUN DENGAN DOA.



PrayForGaza

Assalammualaikum W.B.T .

Alhamdulillah sejak akhir akhir ni kawan kawan aku kat facebook and twitter semua sibuk bercerita tentang peperangan yanga dihadapi oleh saudara seIslam kita diGaza. Sedih. Takut. Kecewa. Simpati. Marah semua ada kann. Tapi kita tidak mampu untuk berbuat apa apa selain menyumbangkan doa untuk mereka.Doa. Doa dan berdoa . Berdoa semoga Allah memudahkan segala-galanya .
Semoga Allah menempatkan saudara kita yang terbunuh di syurga dan mati syahid. InsyaAllah.
Semoga Allah menambahkan lagi kekuatan dan ketakwaan mereka semua.

Kat sini juga aku nak share Keajaiban di Gaza.
SubhanaAllah . Allahuakbar. Keajaiban ketika peperangan Gaza . cc: Facebook Ieqa.

Simple

Assalammualaikum W.B.T .
Entry kali ni ringan je, seringan kapas . Eceeh. 
Tengok tajuk pun simple je . Dah tajuknya memang simple.  Haiyaa.
Orang kata kalau seseorang tuh simple bukan maknanya dia simple . Tuh maknanya dia Malas.
Ada ke cakap camtuh? Jadi aku simple ni aku malas lah . *lebih kureng kodd 
Eheem simple tak semestinya malas lah darling darling sekalian .
Macam aku , aku tk suka nak heavykan otak aku dengan benda yang tk patut. 
Tak suka cakap pusing pusing. *yeke? haha
Tak suka kalau nak hang out tuh siap bagai nak naik pelamin .
Tengok je lah blog aku yang usang lagi buruk ni . Simple bukan. Putih je -___-'
I like to be simple as long as I can be myself *Grammar terabur? abaikan. 
As simple as that. Fullstop . Okbai . 
Mohon maaf kerana entry ini entry yang tiada motif . 

Kolej or hostel ?

Assalammualaikum W.B.T and hi guys .

Ni nak story sikit. Korang tau tk apa beza kolej dengan hostel? It seems similiar,right?
Nampak je sama tapi banyak sangaat perbezaannya. Ohh sumpah aku rindu sangat kehidupan kat asrama dr kehidupan kat kolej . Aku rasa persamaan kolej dengan hostel ni ada satu je -___-' KATIL ! LoL bunyi macam lawak pun ada tapi exactly yess . So korang nk tau apa bezanya kolej or hostel and kenapa aku rasa duduk hostel lagi better duduk asrama let's check it out :

CERITA KEHIDUPAN DIHOSTEL SAM1 :
 
Mungkin orang akan kata tak suka duduk hostel sebabnya apa, peraturan . Peraturan itu lah ini lah, tk boleh bawak barang 'Haram' , semua benda kena buat ikut masa bla bla bla dan bla . Tapi bila aku fikirkan balik lagi banyak pro dr con .
1)Kat hostel setiap waktu solat berjemaah ,siap ada solat hajat untuk setiap khamis, dan kemungkinan ada qiyam juga serta ditambah dengan solat sunat. Nampak sangaat senang nk dapat pahala free. Pahala wajib dah dapat ditambah lagi pahala sunat . Awesome bukan . Kalau tk boleh solat baca mathurat, tk solat pun boleh dapat pahala tau .
2)Setiap pagi ada bacaan mathurat, tazkirah lepas asar, lepas isyak pun ada bacaan surah surah pendek dan yang paling bagus sebelum tidur ada halaqah. Almulk memang wajib baca sebelum tidur . Pelindung diri sebelum tidur tuh.
3)Haa, lagi satu kalau ada acara sukan or amal islami sure ramai yang berebut rebut sebab seronok kodd, wee ! Rindu gilaa lah , masuk acara tuh semua pun dengan rela hati. Takdelah makan hati .
4) Ukhuwah yang paling best . Tk kesah lah budak form1 ke form5 semuanya rapat atas dasar ukhuwah. Seronok sangaat. Saling kenal mengenali rapat lagi tuh .Perhubungan macam tuh lah boleh bawak ke syurga :)
5)Pakaian semua sama. Semua. Sedap je mata memandang. Baju labuh, tudung labuh, baju kurung . Seronok je tengok. Rindunyaa weyh *lap air mata
6)Time exam besar ramai ramai pakat stay up kat luar dorm , tepi koridor dalam dorm, dekat tangga kat mana mana selagi boleh. Haha tapi yang paling superb kami bukan takat belajar je, ditambah dengan solat sunat tahjud, hajat :) 
CERITA KEHIDUPAN DI KOLEJ TUNMERAH UiTM

  Weee~ Aku dah merdeka! Merdeka dr peraturan beb. Macam tuh lah gembiranya aku setelah dah blah dr asrama Sam1. Masa mula mula jejak kolej rasa macam diri ni dah besar je. pfft. *perasan tahap perah santan. Dan ternyata ada juga pro and con nya .

 1)Susah lah, solat dh tk ikut time kan. Kita sendiri yang kena gerak , solat sendiri. Individual plak bukan berjemaah. Ingatkan diri sendiri,kalau boleh kawan kita sekali nak solat. Hidup kat Kolej ni kena saling ingat mengingati .Kalau tk tak kemana . Scary. Cuak . Semua ada lah
 2)Alhamdulillah masih ada diamalkan bacaan yassin untuk setiap level. Tapi kalau mathurat kena pandai rajinkan diri . Alquran pun sama :) Harap diri ini kuat lah , InsyaAllah .
 3)Cerita pasal acara  sukan bagai ni yang spoild mood aku nih. Huh! Tak habis habis kami ni kena masuk acara itu ini and biasalah senior yang suruh. Cheers bagai. Tolonglah sem3 yang terakhir. Tak sanggup dah, Masuk acara tp tk menikmati kemeriahannya langsung. Makan hati berulam jantung adalah.
 4)Ukhuwah boleh tahan lah even tk berapa nak kenal sangaat tapi student kat kolej aku berbudi bahasa beb . Cakap Saya awak tuh. Manis dengan senyuman plak cuma tuh lah ukhuwah tk kukuh lagi antara satu sama lain .
 5)Rasanya tidak perlulah aku cerita lebih lanjut pasal pakaian sebab semua orang boleh paham . Bagi aku orang yang pakai baju tutup aurat semua tuh dah bagus sebab baju semua dah tk sama macam sekolah :')
 
::Sampai sini jelah panjang lebar aku cerita. Ni pendapat aku je lah. Nak bangkang silakan :)

Rezeki lagi

Assalammualaikum W.B.T and hi guys :)
 

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :)
Alhamdulillah Allah telah permudahkan segalanya 
Alhamdulillah Allah bagi rezeki sekali lagi,
Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk berjaya lagi. Syukur Alhmdulillah .
Tak tahu nak describe macamana aku bersyukur sangat hanya Allah je yang tahu .
Alhamdulillah kesengsaraan berakhir dengan kejayaan .
Tahniaah juga aku ucapkan kat semua kawan-2 tk kesah lah Uitm,Uia and KUIS atas kejayaan korang dapat lulus cemerlang dalam semua subjek .
Either Dean's List or not . It's not important right .
Lulus cemerlang , no need repeat paper pun dah cukup baik . *Alhamdulillah :)
Dan yang paling aku takut , takut sem depan aku akan bersenang lenang sebab rezeki kejayaan macamni,
Ohh, yaAllah moga dijauhkan begitu . Tak nak aku .
Moga juga dijauhkan dr riak dengan kejayaan yang sementara begini . 
Dan moga sem depan dapat tingkatkan lagi pointer . 4rata barangkali .wee ~ hee

Kat sini nak share aku punya result main aci capture je . Sorry ada certain part private ehh :') 

sila abaikan je ~

p/s Wee~ Alahmdulillah can I say Goodbye fr HBU134 . Ehee, kesengsaraan mengambil pbsm pun dah habis. Semester depan dh takde dah Ko ni. selamat  ! Dan dari aku part1 til part3 tk pernah aku dapat Ko A beb ! Kena sumpah agaknya , sebab asyik mengutuk je Ko ni, padah. haha . 

So, Goodbye part3 and welcome part4  :D *please be nice to me

DOA IS WIRELESS

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T :)




Doa is wireless.
Coverage dia luas ada kat mana-2 .
Anytime, anywhere.
Dimana-2 sahaja signal bar penuh lima.
Oleh itu kita ambik lah as full advantage.
*Copied right kat dalam novel Hlovate .

 Yess, kita sendiri tau doa kita boleh buat bila bila masa sahaja, antara rajin atau malas, nak atau taknak je kan.Tapi sebenarnya doa lah yang paling kita perlukan dalam hidup kita ni. Tanpa doa kita tak kemana. Percayalah.Bila kita tengok kehidupan seharian kita, Allah dah letakkan time sebelum&selepas makan, naik kenderaan,sebelum&selepas tidur,time belajar dan banyak lagi Allah telah letakkan doa.
Maknanya setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian ada doanya sendiri. 

Kat sini antara waktu mustajab ataupun waktu dimana Allah senang nak memakbulkan doa:
1)Antara azan dan iqamat.
2)Waktu sujud dalam solat.
3)Sebelum masuk waktu subuh.
4)Sepertiga malam terakhir.
5)Waktu selepas solat fardhu .
6)Ketika sakit atau ditimpa bencana.
7)Doa bagi anak-2 yang taat kepada ibubapa.

*Actually banyak lagi waktu yang mustajab untuk berdoa tp aku dapat share setakat ni je :)

p/s: Result nak keluar ni, semoga Allah permudahkanlah segalanya. Doa je yang paling penting sekarang.  Doakan aku ye :P





Semua nak share

Assalammualaikum w.b.t and hai semua :)

Lama betul tk update blog ni sampai tktau dah nak update apa sebenarnya. Tapi memang taknak tinggalkan blog yang berhabuk ni. Dah ada yang nak berkunjung blog beta yang tahapahapa ni. Malu betul :') Okay, nak start dr mana ehh, Hmmph :

1)Alhamdulillah selesai semua paper fr final exam dan tirai semester3 sudah berlabuh tapi belum jayanya sebab result tk keluar lagi. YaAllah, permudahkanlah segalanya. Semoga dapat result yang terbaik lagi :) Ameen.

2)Cuti start dr 19/10 untill 2/12 kalau cnad tak silaplah :') Fr this cuti sem, aku tak kerja sebab sebulan jee -_-' tapi mak asyik suruh aku kerja je, tapi cukuplah sekadar jadi surirumah separuh masa kat baitijannati kann :DD 

3)Dan baru 2minggu cuti rasanya, mulalah bosan! Tak paham juga aku, dulu time final punyalah nak cuti ni time cuti mulalah merengek-2 kebosanan *grammar tk betul . Penat dah aku ulang-2 runningman, dengar lagu yang sama dalam handfone, online segala bagai . *sigh . Sila bersyukur cnad dengan masa yang ada .

4)Ohh, 5&8Nov SPM and SMA . Waah, dah nak exam besar. Bittaufiqwannajah semua :) Esp. maisara and Fnie fr SPM ni, Cepatnya mereka dah membesar, dulu-2 time aku, hehe. InsyaAllah buat yang terbaik korang. Tk lupa juga candidates SMA . Mumtazsofie ye :P

5)Last but not least, Kawan-2 semua yang baca entry ni doakan cnad dengan semua kawan-2 UITM , Part3 D.I.A dapat result yang terbaik, insyaAllah. Kalau ada peluang n rezeki DeanList untuk semester3 ni . Doakan ye . Thanks :) Ameen.

P/S : Semoga diri ini sentiasa rajin buat dhuha bila ada masa lapang .