Baucar buku

Assalammualaikum w.b.t 


Err, sebenarnya takde apa sangat nak share kat sini, just nak bagitau yang alhamdulillah aku selamat menggunakan RM100 dr RM250 baucar buku . Fuhh! Memang sebenarnya tak tahu nak beli apa. Ni mata ni rambang betul, eceeeh . Bajet 2013 student IPT dan for 6 dapat baucar buku up sikit RM50 dari tahun lepas. Alhamdulillah rezeki . Tapi itulah ada yang payahnya sebab kalau beli kat popular syaratnya 20% stationery 80% buku. Tapi mengikut jangkaan aku,aku nak beli stationery banyak . tapi tk dapat lah .


Sample baucar buku BBIM.


Dan setelah aku beberapa jam pusing pusing, letak , ambik balik barang, usha sana sini akhirnya . Tadaaa! dapat lah aku beberapa buku & stationery yang aku berminat. Psst. Actually aku pusing popular cari novel Hlovate and Hilal Asyraf tp tak jumpa *sad life* . Aku teringin nak kumpul novel H then nak baca novel Hilal yang 'Sigma' tuh. Bestt . Okay fine ! Ketinggalan zaman baru nak baca novel tuh . Guess what , finally aku beli satu novel by Ramlee Awang Mursheed. Saja test beli . Tk pernah beli . Bosan cintan cintun punya novel je nak tukar angin lah . Time pilih-2 novel aku teringat kat AnisMs sebab aku janji nak belikan dia novel. Tapi dia dah blah dr sam1 camne aku nak pass kat dia . hmmmm .


Tadaaa! Jom topup ilmu dunia plus akhirat.

Stationery sikit je setelah bersyarat .




Alhamdulillah setakat ni jelahh untuk entry kali ni, errr. Aku ada sikit advice untuk AnisMs . Anis, be tough. Dugaan je semua tuh. Ingat kalau kau betul betul nak ambik SMA pindah masuk sam1 balik okay. Don't be sad :) I'm always by your side lah,dear. Eceeh . Sweet tk aku? Anything just text me okay. Itikharah yang penting Anis . hee . Okay . That's all ! . Choopp, Anis kalau balik Sam1 , tuntut novel kat aku tau .



Perkongsian

Assalammualaikum W.B.T

Dah lama rasanya tak jejak sini,menaip,memikirkan apa yang nak ditaip,memikirkan apa tajuk yang sesuai untuk entry kali nih, memikirkan gambar apa yang patut aku letak untuk entry kali ini, memikirkan entry apakah yang bakal aku kongsikan .Fuhh , sungguh aku sebenarnya banyak sangat benda nak share kat sini, banyak tak terkata. Tapi itulah masa itu takde ditambah dengan keadaan busy kat Lendu tak mampu aku nak berceloteh panjang ditambah lagi dengan broadband aku yang dah kena terminate beberapa minggu yang lepas *malam td baru bayar*plus kemalasan . 

Takde benda pun nak share cuma nak bagitau tamat sudah cuti lama lama aku kat rumah, kembali lah kehidupan seperti biasa menghadap assignment yang bertimbun timbun,dengan final exam hampir tiba dan tak lama lagi dah nak study week :O Allah, masa itu sungguh cepat kan. Cepat sangat. Betullah . Macam dalam surah Al asr . Manusia ni seringkali dalam kerugian sebab kita ni tidak pandai nak manage time . Itulah, sama macam aku. Dah sampai masanya baru menyesal dengan masa masa masa masa yang berlalu . Aku juga ada dapat satu ayat dr sebuah blog 'Masa lapang merupakan permulaan maksiat untuk anak muda' .Renung renungkanlah ayat ini .

Baru baru ni aku ada attended satu event anjuran KUIM-UITM . Under INSAN-BADAR . Best sangat sangat . Best with Capital B . Banyak input,ilmu,perkongsian yang dikongsi . Terasa tak sia sia langsung aku attended event itu, alhamdulillah kerana Syafi ajak aku :) Thanks Syafi, hanya Allah je yang boleh balas jasa awak sebab ajak aku sekali menuntut Ilmu yang tak ternilai ini. Tapi itulah sedih sikit lah sebab bila ditanya soalan soalan pasal agama ni group aku majoriti budak KUIM yang jawab . Malunya tapi lagi malu dengan Allah sebenarnya . Sedihkan kitaorang umur 20tahun tapi Ilmu tak banyak pun. Sebabnya aku tak praktikkan pun apa yang aku belajar kat sam1 maybe. Dah lama tinggal so lupa lah pasal ahli sunnah waljamma'ah dan bagai bagainya . Hmm :| Laju je aku tengok student KUIM group aku terjemahkan Hadis, ayat quran. Bila aku cakap dengan Syafi dia kata , takpe lah budak KUIM itu ambik course Pengurusan Pentadbiran Islam kiranya belajar Arab semua lah . Ilmu diorang masih fresh sebab tuh lah diorang boleh jawab semua tuh. Tapi tetap jawapan Syafi tak menggembirakan aku . 

Dan sampai sekarang aku masih terfikir fikir, apa guna kita belajar pandai pandai every semester Dean's List, ambik course yang tough kemaiin tapi Ilmu pasal agama ni masih sikit,cetek sangat. Ingat lagi kata Abang Am (Fasilitator/urusetia KUIM) selama ni korang belajar tentang account invoive,journal,etc tapi apa kata bukak sikit pemikiran . Fikir diluar kotak fikiran yang kita biasa belajar. huhu . Time tuh tengah kat check point pasal Ideologi & fahaman yang ada ASWJ . Terasa juga time tuh, sebab kami student UITM plak tuh kena jawab tapi semua senyap. Alhamdulillah, Farah dapat jawab. Proud for her sebab wakilkan UITM :) 

Sebab itulah aku rasa yang kita semua dah buat semua. Pakai tudung bawah paras dada,baju dah 
longgar,tak ketat,labuh pun labuh,tudung pun tak jarang,pakai sarung kaki,hand sock,solat wajib & sunat dah buat,baca alquran,baca al mathurat tapi itulah ILMU masih kurang kat dada. Sebab itulah kita kena selalu pergi majlis majlis ilmu&usrah,baca hadis,baca blog yang ada input pasal agama sekaligus dapat topup iman kan. Banyaknya kekurangan diri ini yaAllah :( Macammana nak masuk SyurgaMU . Malu sungguh . Takpe Cnad,yang penting kita semua cuba cuba cuba ,istiqamah, hijrah . In shaa Allah segalanya dipermudahkan . Mudah mudahan .


O Allah, you did revive my soul & shone your light into my heart
So pleasing you is now my only goal , I love you so 
Now I know how its like to have your precious love in my life
Now I know how it feels to finally be at peace inside
I wish that everybody knew
How amazing feels to love You
I wish that everyone could see 
How your love has set me free & made me strong
*lyrics song by Maher Zain (I love You So )

*First time baca almathurat lepas subuh ramai ramai kat tasik. Duduk kat tasik menikmati keindahan & ciptaan Allah sambil beribadah kepadanya . Sejuk sangaat plus seronok. Event INSAN memang terbaiik .







Ujian & dugaan

Assalammualaikum W.B.T




Ya Allah betullah semester ni banyak sangaat dugaan .
Banyak sangaat sampai rasanya tak mampu nak mengalirkan air mata ini.
Tapi aku percaya ya Allah segalanya ada hikmahNya.
Perancangan Engkau adalah yang terbaik.
Aku redha dengan Qadha dan QadarMu.
Betullah kalau kita sering bersangka baik kat Allah hati kita rasa tenang je.
Sebab kita akan rasa setiap dugaan yang Allah bagi ,
Allah tak pernah tinggalkan kita sorang sorang.
Sebab dengan cara ada dugaan ini lah kita kembali kepada fitrah.
Back to Basic.
Back to Him .
Back to Allah .
Kita akan lebih mendekatkan diri kepadaNya, berdoa kepadaNya dan ingat setiap apa silap kita sampai Allah turunkan ujian sebegini kepada kita .
Think positive .
Khusnu Zhone .
Bersangka baik .
Pasti Allah lillahita'ala akan mempermudahkan segala urusan kita , mudah mudahan.


 Besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cubaan. Sesungguhnya Allah 'Azza wajalla bila menyenangi suatu kaum Allah menguji mereka. Barangsiapa bersabar maka baginya manfaat kesabarannya dan barangsiapa murka maka baginya murka Allah.
(HR. Tirmidzi) 

*copy from MencariMardhatillah . You guys can click this link to get more hadith. One more thing, I want to share one link also about hadith tapi yang specially nya blog ini ada hadis dalam Bahasa Arab plus Bahasa melayu serta ada penerangannya sekali untuk kita faham . Just click here DakwahInfo .