Assignment oh assignment

Assalammualaikum .

Minggu ni aku jejak rumah. Khamis plak tuh. Siapa kata aku tak happy memang tipulah kan . Tapi masalahnya assignment berlambak ohhhh. Memang bertimbun juga buku aku bawak dan ada juga buku yang aku tinggal. Almaklumlah nak angkut semua ampun maaf dipintalah sebab naik bas . zzzzz.

Assignment ohh assignment. Kenapa berlambak sangat. Kenapa banyak sangaat. Fine! Dah masuk minggu ketiga kan mesti busy. Ditambah lagi class yang kena replaced sebab cuti Jerebu . Huwaaa. *crying* Tapi masalahnya penyakit yang paling teruk ada kat diri ni adalah MALAS .  *ketuk kepala*

::MAF ada 2 questions past semester chapter standard cost card. Isnin ada class. Tak siap lagi. Banyak tinggal sebab ada yang taktahu.
::FAR ada 2 questions past semester juga. Satu dah siap buat awal'2 time last weekend sebab tengah bosan. Satu lagi dah buat juga tapi macam biasa account punya soalan mesti ada yang stuck kan. Isnin pun ada class lepas class costing selepas gap 2 jam. Fuhh
::BEL dah start buat assessment satu. Masalah group dah setel. Lecturer bagi satu article bias, suruh keluarkan claim and reason , contention and objection. Guess what? Aku tak siap lagi. Cadang nak siapkan kat kolej. *devil laugh* . Masih confused sikit pasal assessment ni.
:LAW kena buat presentation. Disebabkan group aku letak nama group yang kedua so kenalah present yang kedua. Ni lagilah buku tak bawak balik nak buat as reference. Cadang juga nak siapakan kat kolej . Ha Ha. Semester ni Law semua relate dengan Account. Nasib minat .

See? Berlambak ke bertimbun assignment aku. Duduk rumah makin malas . Timing salah lah , balik rumah time banyak assignment plak XP . Esok balik Melaka . Huwaaaa. Assignment be nice, please. 

Weekend aku

Assalammualaikum .


Mesti orang pelik aku  nih gaya je duduk kolej , mahasiswi cenggitu tapi rajin je update entry. Bosann. Weekend yang bosan kembali di Melaka. Malam ni bosan wehh. Ehh, sebenarnya aku update entry nak bagitahu kat sini, Melaka Jerebuu . Jerebu tapi tak tahap kritikal lah. Pepagi tadi bangun, usha dari tingkap dah tak nampak bukit nun sana dan nampak samar'2 je bumbung library. Kritikal ke tak jerebu tuh? 

Dan nak dijadikan cerita lagi, aku kan class petang, taxation. Alhamdulillah class meriah betul. Cewaah, ikhlaskan hati pergi class dan belajar benda baru. Tapi bab nak redah tuju ke kelas tuh, jerebu tak payah cakap lah. Ada lah juga dikalangan student yang sudah mula pakai mask. Yelaa, bahaya bukan sebab asap dia macam tebal je eventho baru 100 something ketebalan nya kat Melaka kalau nak banding kat Johor 500 something, if I'm not mistaken sebab semalam tengok berita kat tv3. Yang lawaknya time kitaorang lalu Unit Kesihatan (UK) adalah 2 orang abang jaga UK agaknya bagi mask kat kiami. Ha Ha , macam lawak. Okaii, tak lawak actually tapi utk kesihatan.

Dengar juga cerita ada yang masuk hospital pasal jerebu nih tapi tak sure lah berita ni betul ke tidak, moga kami semua inn shaa Allah selamtlah hendaknya. Fuhh stop talking pasal jerebu, papehal kami kena redah juga jadi harapnya jerebu nih moga semakin berkurang. Berbalik pada cerita weekend aku. Esok event kolej. Sekali lagi, ikhlas kan hati pergi event kolej. Pasrah dah sebenarnya. Ha Ha . Tapi malas nak fikir dah sebab aku pun sah'2 masih bertapak kat sini. Malam ni bosan gilaa. Aduuhh. Petang tadi dah siapkan tutorial Taxation, tadi dah study Marketing pastuh buat tutorial Account. Then berhenti dah. Sambung esok . Jadinya bila dah berhenti bosan balik -.- Alih'2 online itu pun Bosan with capital B .

Dah sampai sini je. Saja lepak sini bagi hilangkan bosan. Lifeless lah aku kat kolej nih. Psst, moga semester5 aku akan semakin rajin :') Doakan semoga Allah permudahkan segalanya untuk sepnjang semester ni. Inn shaa Allah . Bye. Night guys.


Cerita Sedih

Assalammualaikum W.BT.
Ini entry sedih . Sedih untuk diri sendiri jelaah. Banyak sebab aku sedih sebenarnya . *menangis* . Wehh ni dah masuk minggu ke2 jejak Melaka, dan aku bercadang nak jugalah blaah tak nak lepak sini bila weekend . Tapi disebabkan sebab'2 yang tak boleh langsung nak elak akhirnya aku decide duduk je sini untuk weekend kali nih lagi. Previous entry aku bagitahu aku duduk kolej sorang'2 tak balik tapi this weekend hambek kau satu bilik, satu level, satu kolej semua tak balik. Nak dijadikan ceritanyaaa ....
First reason, Class aku hari jumaat start lepas solat jumaat dan habis hampir Asar. Class Taxation. Aku pernah mention juga kat previous entry hari Jumaat aku habis class lambat. Ingat lecturer nak tukar schedule tapi lecturer kat setakat nih kita still class pada masa & hari yang sama . Remuk jantungkuu wehh. Lepasni mungkin berpuluh kali aku fikir bila nak balik rumah. Actually kitaorang nak change class buat malam tp lecturer kata nak bulan Ramadhan nanti nak tarawih segal payah. Point taken. Setuju. So, sehingga ke minggu ini tiada perubahan untuk class Taxation hari Jumaat. Menangislah keluar air mata hijau, kuning, merah pun still kena pergi class Cnaad . Ha Ha .

Second reason,Kolej. Okayy previous entry again aku ada cerita kolej aku masih tiada status tetap , illegal bukan legal apetah lagi. Rayuan lah kodd title Kami. Sabtu pagi ada event kolej. First event kolej for this semester. Dan semalam ada meeting kolej MT kolej dah warning awal2 siapa yang rasa'2 status pun macam tenggelam timbul je kat kolej ni jangan nak berani'2 lah skip event kolej . Pehh. Sentap sikit ahh. Baru nak raise hand bagitahu tak nak join event this saturday. Angan'2 jelaa Cnad. Dahlah result kolej taktahu, event plak taknak pergi . *ketuk kepala* Sedar  diri sendiri sebelum orang lain sedarkan :|

Third reason, aku HOMESICK. Haa, hambek kau aku tulis semua guna capital letter. Korang'2 ingat korang je homesick, aku even umur dah boleh jadi bini orang ada juga perasaan Homesick. Aku pun manusia wehh . sob sob sob. Aku nak balik rumah jugaaa :( Ingat AnisMs dengan Afini je homesick aku pun samalahh -.- . Semenjak dua menjak ni macam homesick je. Bosan duduk sini agaknya , makan pun macam tak teratur je . Duhhh. Sumpah rindu rumah, rindu TV kat rumah, Ha Ha, dan rinduu Najmi. Waaa . Lamanya tak jumpa dia, nasiblah alat komunikasi dapat bantu kami berhubung. Ni tak balik mungkin dalam 1 minggu, 2-3 kali call mak. Kalau ada kredit laah. hee .

Forth reason, jumaat ni bersamaan 21June time maghrib ( act aku tak sure masa dia ) , my one and only sister akhirnyaa jejak sini, Malaysia setelah 4 tahun bertapak di bumi Anbiya. Dan aku? Aku kat mana lagi kalau bukan kat Kolej kayangan Tun merah. Sigh. How I wish I can be there with her , together after years we are not seeing each other. Okaii . Tunggang terbalik ayat. Tapi tolonglaah dah lama kodd cita'2 aku nak tunggu dia kat Airport . Ni kalau dia Terbaca mahu terharu . Kah kah . Sebenarnya inilah reason paling utama aku nak balik rumah. Aku nak sama'2 dengan family aku ambik dia kat Airport. Lepak sana. Haihhh . Takde peluang lahtuh. Redha jelah. Memang aku dah pasrah habis ni . Baru acah2 nak tangkap gambar troli bag dia kononya macam orang balik haji tuh. Hahaha . Niat salah memang padan muka laah XP
This is ME .

Don't cry because it over but keep smile because it happened. La tahzan inna Allaha ma'ana.
Nak dijadikan cerita sedih laptop ni boleh plak mati time aku update entry. Laptop dah season kann . Bye.

Minggu pertama

Assalammualaikum W.B.T


Alhamdulillah esok jumaat bermakna genap seminggu untuk minggu pertama untuk semester 5 yang baru bukak tirai . Alhamdulillah setakat ini lecturer semua masih okay lagi. Tak sampai tahap nak menangis . Eheh. Mungkin sebab takdapat segala assignment lagi. Tapi seriously this semester dah nampak ke-tough-an subject. Yeaah semester ni banyak mengira dari membaca. 3 subject mengira . Account, Costing and Taxation. Taxation susah nak score dorang kata . Then ada Law and Marketing. Law again . *smile*

Minggu pertama, biasalah bila belajar masih tak sungguh'2 . Fikiran ni melayang kemana even muka bukan main focus kat lecturer. Cewaah. This is Me . zzzzz. Okeeh, inn shaa Allah next class Account taknak macamtuh lagi nanti tak faham. Takut T-T. Dan this semester last ambik Subject BEL . Critical Thinking kodd semester nih. Mana tak kritikal aku dalam class tadi but so far everything was going smoothly. Alhamdulillah .

Kolej? Status aku masih tergantung. NR bukan Illegal bukan. Legal apetah lagi. Rayuan masih dalam proses . Lepas 2 minggu nanti dapat resultnya sebab katanya ada budak second intake masuk . Harapnya taklah tercampak kat bilik yang aku duduk sekarang sebab aku nak stay kolej lagi this semester. Semester depan kalau dapat rumah sewa yang harganya berpatutan bolehlah aku duduk luar. Jeles woo classmates semua duduk rumah sewa . Haha. Boleh belajar masak lagi tuh. Independent sangat kan. Ehh papehal korang doakan kami dapat kolej tau :') * begging*  Ameen .

Dan minggu ni aku tak balik sebab baru satu minggu bertapak kat sini. Huwaa. Ramai balik kodd . Yelah. Buku account tertinggal, buku costing pun sama.So, aku pinjam dulu buku roomate aku. Okeeh. Weekend nih nak siapakn account dan buat revision balik disebabkan tadi kat class entahpape yg aku faham . Law pun nak baca chapter one sebab harituh just go through macam tuh je then Costing pun sama. Esok ada class Taxation dan aku terasa macam ada homework je. Kena hard untuk taxation lah . 

Last but not least, Tahniah untuk kawan'2 aku yang dapat 4 Rata. Bila aku dah mention 'kawan'2' that means  lebih 2 orang. Huhu . Proud of them. Alhamdulillah tak sia'2 usaha mereka dan aku berterima kasih sangat atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang kami kongsi bersama. Terima kasih ya Allah kurniakan shabat seperti mereka . Ilmu itu sangat berat dan Penat . Aku nak pegang kata'2 lecturer Taxation. Sebab itu kita kena study hard untuk dapatkan satu ilmu itu. Inn shaa Allah, Allah will ease everything . Ameen . And thank you God that 'We' became more and more close from before eventhough our distance become so far. You know what the best for me :) . I do love HER so muchh . 

Cerita masuk Kolej

Assalammualaikum and haii .


Entry terakhir sebelum aku jejak dan bertapak di tanah bersejarah kembali. Mungkinlah ini entry terakhir. Aku tak rajin akhir'2 ni nak update . Hehe. Malas je kerjanya tak kemana . Hari ini Sabtu . Sabtu terakhir di rumah. Cewaah gaya aku macam budak yang bakal masuk universiti untuk kali pertama . Padahal naik sem nih aku dah boleh digelar 'super super punya Senior' *wicked grin * . Semester5 sudah. Fuhh, semoga Allah permudahkanlah segalanya utk akhir'2 sebelum hbis diploma .

Seminggu lagi nak masuk study balik, bergelar mahasiswi kembali , berstatus illegal untuk kali pertama. Haha. Aku tak dapat kolej lah. Illegal for one weeks maybe. That's why aku kena balik awal ke kolej. Nak mohon bilik yang sama mahupun kolej yang sama dan juga level yang sama lah yang pasti. Kena buat surat rayuan, print result exam part4 punya & tunjuk buku KI . Semoga Allah permudahkanlah segalanya hari sabtu minggu depan . Dan masuk semester ini juga kali ketiga bakal berpuasa dan bertarawih kat Lendu. Can't wait ahhh. Best tau . 

Dan esok Ahad. Ahad budak bakal menjadi mahasiswa/wi untuk kali pertama . Nervous bukan main mereka aku rasa. Tak sudah'2 dari harituh tanya macam'2, segala'2nya sampai kadang'2 aku pun tak tahu nak jawab dan bagi jawapan untuk segala yang ditanya pasal Uitm and Diploma. Haha. Mereka sangat kelakar kodd, tapi aku tak kesah malah tak heran. Tolong jawab dan bagi jawapan selagi mampuXP . Comel je freshie Uitm nih . Majoriti dapat course Accountancy . Ikut jejak senior yang cantik inilah . Well *flip hair * 

Untuk Maisara & Afini. Korang, sorang tercampak kat Johor , sorang tercampak kat Terengganu . Aku plak kat Melaka . Nampak tak kita semua semakin jauhhlah . Sedihh wehh . *sigh* . Dah besar-2 dah adik'2 dorm aku dulu. Dah setaraf dengan aku mahasisiwi Uitm, nanti result keluar pun sama'2 nervous lepastuh tanya result masing'2 . Wehh aku dah terasa macam kita ni semua sama umur dah. haha . Takpe'2 papehal esok korang berangkat keluar negeri, jaga diri baik'2 kat negeri orang. Pandai pilih kawan bila masuk Universiti. Manage time properly, solat jangan tinggal yang penting, subuh jangan terlajak atau tak solat langsung, Kalau tak faham lecturer ajar tanya kawan lain yang lebih faham, jaga aurat, jaga ikhtilat , biasalah kalau culture shock dalam 2-3 minggu . hee . Adat duduk kolej . Tapi aku tahu korang boleh buat yang terbaik . Inn shaa Allah . 

Dahlah sampai sini je entry. Malas'2 aku siap juga satu entry .haha. Mood nak beli barang balik kolej tapi malas sebenarnya. Malas lagi apa nak jadi lah *ketuk kepala* Ehhh . June is coming. Be nice, please .