Riuh

Assalammualaikum w.b.t


Riuh rendah' rumahku syurgaku'.
Baru dua keluarga berkumpul tapi riuhnya tak terkata.
Alhamdulillah, sejuk hati dan mata atas kebahagiaan keluarga.
Rasa macam nak lama lama je kat rumah tapi ingat 'amanah' sebagai pelajar.
Amanah yg berat nak tanggung dan tunai.
Cukuplah 3 hari ni nak sembang semua cerita keluar dengan family aku.
One word to describe. Alhamdulillah.
Alhamdullillah untuk nikmat yang melimpah ruah.
Moga segalanya diberkati dan diredhai Allah untuk setiap pemberian.
Betullah, tiada tempat yang penuh kasih sayang selain Rumah.

Syukur alhamdulillah tak ternilai pemberianMu. 
Jauhkanlah kami dari kufur nikmatMu dan sentiasa di bawah nauganMu. Redhai keluarga aku . ameen.
Semoga destinasi terakhir adalah syurgaMu.


Terus berdoa dan berdoa, Cnad.
Allah maha mendengar. Senyum.

Semalam

Assalammualaikum 


Alhamdulillah untuk semalam. Hari yang indah.
Syukur alhamdulillah moga urusan kami engkau mudahkan dan sentiasa istiqamah. Inn shaa Allah.
Perkongsian dan pencarian ilmu di dunia jangan pernah lupa dengan ilmu akhirat.
Bukalah hati kami dan peganglah hati kami sehingga akhir hayat. ameen
Moga kami dapat bernaung di syurgaMu dan mendapat syaafaat Nabi Muhammad.
Semoga hari hari yg bakal di lalui semakin indah dan cantik aturannya . ameen.


Istiqamah untuk bermujadah. 

Penat

Assalammualaikum W.B.T




Istiqamah. Terus berdoa tanpa jemu.
Moga ketabahan dan keteguhan iman sentiasa menjadi milk kita.
Inn shaa Allah.
Tak tipu, memang penat. 
Boleh rehatkan penat dengan solat, quran, dan doa.

Doakan saya. Doakan kawan kawan yang lain terus istiqamah. 
Allah, peganglah hati kami sehingga akhir hayat.

Sahabat.

Assalammualaikum W.B.T


Macam dah lama je tak menulis kat sini. Tak bercerita sakan kat sini. Bukan takde masa, masa banyak sangat kekadang sampai banyak benda lagha yang aku buat. Nauzubillahiminzalik --' Nak kata tak berkunjung kat blog rasanya kalau online je aku mesti on blog. Tak buat apa pun, baca post post lama sambil melepas rindu kat kehidupan lama. Eceh. Tapi sebenarnya aku gembira dan bersyukur alhamdulillah untuk setiap kehidupan baru dari hari ke sehari buat masa ini. Alhamdulillah.


Alhamdulillah, terima kasih Allah masih pegang hati ini. Moga hati ini akan sentiasa kekal menjadi miliknya sampai bila. Tahun 2014 banyak sangat azam yang rasanya tak tertanggung dan masih terfikir'2 untuk melaksanakannya. Tapi inn shaa Allah, tajdid niat. Baiki diri. Sebab sekarang ni itu matlamat. Nak ke syurga. Nak tambah pahala. Nak tingkatkan iman. Dan yang paling berat. Nak sentiasa istiqamah. 
Tanya iman macammana harini? Susah nk jawab kan sebab iman ni kekadang naik. Kekadang turun. Nama pun manusia. Dan sebab itu aku perlukan sahabat. Sahabat yang boleh tarik aku terus ke syurga. Sahabat yg ingatkan kita tentang lebihnya akhirat.Sahabat yang akan bertanya 'iman awak hari ni sihat tak?'. Sahabat yang akan share ilmu. Macam dalam cerita 'Aku ada Wali' kat tvalhijrah tuh. Sahabat yg hanya perlukan 1 minit setengah utk menyampaikan usrahnya yang sedikit masa tetap ilmu yang mendalam.

Betul. Nampak macam demand kan tuan punya belog ni. Memilih sahabat. Bukan begitu, cuma aku ni pun mudah terlalai jadi bila ada sahabat macamni kat sisi mungkin boleh mengurangkan kelalaian aku. Mungkin. Betul. Tak jumpa lagi. Maaf sahabat yg bersahabat dengan tuan punya belog sekali lagi. Sahabat macamni memang susah nak cari. Satu dalam seribu.

Atau mungkin kita sebagai sahabat,kawan,rakan sesama kita boleh mengubah sesama kita. Terus terang. Sembang, cerita dengan sahabat kita apa yang kita cari. Tapi nak memulakan itu bukan main payah kan. Senyum.Diri ini pun masih terumbang ambing. Cuma harap keberanian dalam menegur,memberi nasihat,memberi ilmu,berkongsi ilmu sesama sahabat akan bertambah. Kalau kawan kita tak mulakan apa salahnya kita mulakan. Kan. senyum lagi. Sebab rasa benda ni pun berat.Bila dah kata sahabat, nak tegur banyak benda nak fikir. Terutama hati. Takut terguris. Kena plak orang yang sensitif. macam aku. Haa. 

Banyak betul kan dugaan untuk permulaan nak dakwah. Hanya mampu senyum lagi. Hanya mampu berdoa juga moga Allah tarik dan pegang hati semua hati sahabat sahabat yang aku kenal. Allah peganglah hati kami dan jagalah hati ini supaya terus istiqamah. Cnad nak semua sahabat masuk syurga. Jadi bila Cnad pun buat salah, buat dosa,buat lagha sikit (rasanya macam banyak je), tegurlah dengan nasihat.

Rasulullah S.A.W pernah menyebut perumpaan dalam bersahabat: "Jika kita berkawan dengan penjual minyakwangi, baju kita juga akan turut berbau wangi. Sebaliknya jika kita berkawan dengan tukang besi, baju kita akan terbakar atau terpalit bau besi" . Hati hatilah dalam bersahabat :)
Carilah sahabat yang boleh dijadikan ubat.
Itulah sahabat yang kenal akhirat kerana kita akan turut terpikat.
Terpikat bukan dengan maksiat tetapi jatuh cinta dgn syariat.
Carilah sahabat yang kuat berguru menuntut ilmu,dgn syaitan pasti berseteru.
Carilah kawan yang sanggup bersusah lelah, berbakti,beribadah kepada Allah.
Carilah sahabat yg sanggup ber'bisa' kerana kita & kita sanggup juga melakukan yang serupa.
Persis Abu Bakar dan Nabi Muhammad S.A.W.
Bersahabat dan bertemanlah hanya kerana illahi, lestari manisnya ke alam syurgawi
(ustaz Ahmad Husni)

Alhamdulillah atas ikatan sahabat. Moga ukhuwah kita sentiasa utuh atas keredhannya. Sayang kat semua sahabat. Senyum. 

Kelas kita

Assalammualaikum W.B.T


#ThrowBack  #Samone  #Spm2010  #5IbnuSina  #LastPaperSPM  #MissYouGuys  # BigTime




Jangan salah faham. Ni memang blog. Hashtag kat atas acah'2 macam instagram even tho aku tak pernah ada acc instagram. 
Okay, ni rindu. Rindu gila. Tak boleh nk describe guna perkataan. 
Walaupun aku tulis 'RINDU' dengan capital letter masih tak boleh nak tunjukkan rindu aku kat diorang.
Rindu sangat kerana Allah.
Rindu baju purple. Rindu tudung labuh. Rindu dewan Samone. Rindu kelas Ibnu Sina. Rindu kelas kale biru.
Rindu sahabat & classmates macam korang. Rindu Cikgu Hajar. Rindu Ustazah Mas. Rindu Cikgu Jamil? Ehh . Haha. Itu kena fikir duapuluhempat kali nak rindu ke tak *kidding*

Nak tau macammana boleh jadi rindu. Tadi lepak group Kelas kat facebook sebab mata ni tk boleh lelap ditambah dengan esok takde class pagi so scroll lah timeline group kelas.
Baca post post lama kat sana.
Baca segala conversation yg lama.
Baca segala perkongsian ilmu, politik, agama.
Yang paling banyak post pasal nak jumpa cikgu Hajar tapi sampai sekarang macam tak tercapai hajat je lagi.
One fine day, inn shaa Allah. 

Walaupun kadang'2 group tuh senyap, tapi bila dah bising tak tau lah nak cakap apa.
Riuh gaya macam jumpa depan'2 padahal menaip je pun.
Ni kalau buat reunion ni mesti kacau bilau. *grins*
Sebab rasanya dah lama sangat tak bersua muka, lepak satu meja, sembang bagai dengan mereka.
Masing masing sibuk dengan study. Diploma, degree kan? Cuti pun beza.
Sebab tuh susah nak jumpa sebenarnya, geng diploma cuti, geng degree baru start kuliah dan sebaliknya.



#JamuanTerakhirClass   #CikguHajar  #GirlsOnly   #NiBukanKelasBiruKami .

Acah acah instagram lagi sekali. Maaf kalau mengannoyingkan. Ni gambar yang acah acah sweet plus cantek sebab semua comel comel cantek cantek, hamba Allah :) 
Semoga sahabat sahabat Cnad kat atas sana berjaya dunia inn shaa Allah akhirat dan sentiasa diredhai Allah.
Be a good muslimah & jannah impian kita. Ameen. 
Memang takde gambar budak lelaki. Sorry. Memang takde. Tapi Cnad rindu semua orang juga. 
Jadi, jaga diri. Jaga hati. Jaga Iman. Jaga Allah. Inn shaa Allah. Allah never let us alone.
Moga kat group class banyak lagi ilmu agama dikongsi, dan moga ukhuwah kita sentiasa utuh. 
Salam sayang dan cinta ikhlas dari cnad. Eceeh.
Rindu semua classmates lillahita'ala .

May Allah bless us.