Kelas kita

Assalammualaikum W.B.T


#ThrowBack  #Samone  #Spm2010  #5IbnuSina  #LastPaperSPM  #MissYouGuys  # BigTime




Jangan salah faham. Ni memang blog. Hashtag kat atas acah'2 macam instagram even tho aku tak pernah ada acc instagram. 
Okay, ni rindu. Rindu gila. Tak boleh nk describe guna perkataan. 
Walaupun aku tulis 'RINDU' dengan capital letter masih tak boleh nak tunjukkan rindu aku kat diorang.
Rindu sangat kerana Allah.
Rindu baju purple. Rindu tudung labuh. Rindu dewan Samone. Rindu kelas Ibnu Sina. Rindu kelas kale biru.
Rindu sahabat & classmates macam korang. Rindu Cikgu Hajar. Rindu Ustazah Mas. Rindu Cikgu Jamil? Ehh . Haha. Itu kena fikir duapuluhempat kali nak rindu ke tak *kidding*

Nak tau macammana boleh jadi rindu. Tadi lepak group Kelas kat facebook sebab mata ni tk boleh lelap ditambah dengan esok takde class pagi so scroll lah timeline group kelas.
Baca post post lama kat sana.
Baca segala conversation yg lama.
Baca segala perkongsian ilmu, politik, agama.
Yang paling banyak post pasal nak jumpa cikgu Hajar tapi sampai sekarang macam tak tercapai hajat je lagi.
One fine day, inn shaa Allah. 

Walaupun kadang'2 group tuh senyap, tapi bila dah bising tak tau lah nak cakap apa.
Riuh gaya macam jumpa depan'2 padahal menaip je pun.
Ni kalau buat reunion ni mesti kacau bilau. *grins*
Sebab rasanya dah lama sangat tak bersua muka, lepak satu meja, sembang bagai dengan mereka.
Masing masing sibuk dengan study. Diploma, degree kan? Cuti pun beza.
Sebab tuh susah nak jumpa sebenarnya, geng diploma cuti, geng degree baru start kuliah dan sebaliknya.



#JamuanTerakhirClass   #CikguHajar  #GirlsOnly   #NiBukanKelasBiruKami .

Acah acah instagram lagi sekali. Maaf kalau mengannoyingkan. Ni gambar yang acah acah sweet plus cantek sebab semua comel comel cantek cantek, hamba Allah :) 
Semoga sahabat sahabat Cnad kat atas sana berjaya dunia inn shaa Allah akhirat dan sentiasa diredhai Allah.
Be a good muslimah & jannah impian kita. Ameen. 
Memang takde gambar budak lelaki. Sorry. Memang takde. Tapi Cnad rindu semua orang juga. 
Jadi, jaga diri. Jaga hati. Jaga Iman. Jaga Allah. Inn shaa Allah. Allah never let us alone.
Moga kat group class banyak lagi ilmu agama dikongsi, dan moga ukhuwah kita sentiasa utuh. 
Salam sayang dan cinta ikhlas dari cnad. Eceeh.
Rindu semua classmates lillahita'ala .

May Allah bless us.



No comments: