Sahabat.

Assalammualaikum W.B.T


Macam dah lama je tak menulis kat sini. Tak bercerita sakan kat sini. Bukan takde masa, masa banyak sangat kekadang sampai banyak benda lagha yang aku buat. Nauzubillahiminzalik --' Nak kata tak berkunjung kat blog rasanya kalau online je aku mesti on blog. Tak buat apa pun, baca post post lama sambil melepas rindu kat kehidupan lama. Eceh. Tapi sebenarnya aku gembira dan bersyukur alhamdulillah untuk setiap kehidupan baru dari hari ke sehari buat masa ini. Alhamdulillah.


Alhamdulillah, terima kasih Allah masih pegang hati ini. Moga hati ini akan sentiasa kekal menjadi miliknya sampai bila. Tahun 2014 banyak sangat azam yang rasanya tak tertanggung dan masih terfikir'2 untuk melaksanakannya. Tapi inn shaa Allah, tajdid niat. Baiki diri. Sebab sekarang ni itu matlamat. Nak ke syurga. Nak tambah pahala. Nak tingkatkan iman. Dan yang paling berat. Nak sentiasa istiqamah. 
Tanya iman macammana harini? Susah nk jawab kan sebab iman ni kekadang naik. Kekadang turun. Nama pun manusia. Dan sebab itu aku perlukan sahabat. Sahabat yang boleh tarik aku terus ke syurga. Sahabat yg ingatkan kita tentang lebihnya akhirat.Sahabat yang akan bertanya 'iman awak hari ni sihat tak?'. Sahabat yang akan share ilmu. Macam dalam cerita 'Aku ada Wali' kat tvalhijrah tuh. Sahabat yg hanya perlukan 1 minit setengah utk menyampaikan usrahnya yang sedikit masa tetap ilmu yang mendalam.

Betul. Nampak macam demand kan tuan punya belog ni. Memilih sahabat. Bukan begitu, cuma aku ni pun mudah terlalai jadi bila ada sahabat macamni kat sisi mungkin boleh mengurangkan kelalaian aku. Mungkin. Betul. Tak jumpa lagi. Maaf sahabat yg bersahabat dengan tuan punya belog sekali lagi. Sahabat macamni memang susah nak cari. Satu dalam seribu.

Atau mungkin kita sebagai sahabat,kawan,rakan sesama kita boleh mengubah sesama kita. Terus terang. Sembang, cerita dengan sahabat kita apa yang kita cari. Tapi nak memulakan itu bukan main payah kan. Senyum.Diri ini pun masih terumbang ambing. Cuma harap keberanian dalam menegur,memberi nasihat,memberi ilmu,berkongsi ilmu sesama sahabat akan bertambah. Kalau kawan kita tak mulakan apa salahnya kita mulakan. Kan. senyum lagi. Sebab rasa benda ni pun berat.Bila dah kata sahabat, nak tegur banyak benda nak fikir. Terutama hati. Takut terguris. Kena plak orang yang sensitif. macam aku. Haa. 

Banyak betul kan dugaan untuk permulaan nak dakwah. Hanya mampu senyum lagi. Hanya mampu berdoa juga moga Allah tarik dan pegang hati semua hati sahabat sahabat yang aku kenal. Allah peganglah hati kami dan jagalah hati ini supaya terus istiqamah. Cnad nak semua sahabat masuk syurga. Jadi bila Cnad pun buat salah, buat dosa,buat lagha sikit (rasanya macam banyak je), tegurlah dengan nasihat.

Rasulullah S.A.W pernah menyebut perumpaan dalam bersahabat: "Jika kita berkawan dengan penjual minyakwangi, baju kita juga akan turut berbau wangi. Sebaliknya jika kita berkawan dengan tukang besi, baju kita akan terbakar atau terpalit bau besi" . Hati hatilah dalam bersahabat :)
Carilah sahabat yang boleh dijadikan ubat.
Itulah sahabat yang kenal akhirat kerana kita akan turut terpikat.
Terpikat bukan dengan maksiat tetapi jatuh cinta dgn syariat.
Carilah sahabat yang kuat berguru menuntut ilmu,dgn syaitan pasti berseteru.
Carilah kawan yang sanggup bersusah lelah, berbakti,beribadah kepada Allah.
Carilah sahabat yg sanggup ber'bisa' kerana kita & kita sanggup juga melakukan yang serupa.
Persis Abu Bakar dan Nabi Muhammad S.A.W.
Bersahabat dan bertemanlah hanya kerana illahi, lestari manisnya ke alam syurgawi
(ustaz Ahmad Husni)

Alhamdulillah atas ikatan sahabat. Moga ukhuwah kita sentiasa utuh atas keredhannya. Sayang kat semua sahabat. Senyum. 

No comments: