INTERNSHIP vs STUDY?

Assalammualaikum w.b.t

Lama gila tak update sini woiii, acah busy sangat padahal takde ideas. bila datang ideas malas pun muncul sekali. So aku pilih malas & tangguh dulu. Hee harap utk entry kali ni aku dapat habiskan lah update sebab aku nak blog ni terus update. haaa. Gituu *lepas Budak Tomato update blog dia, setelah sekian lama dia tak update sooo aku pun macam dapat semangat nak update blog jugaa. *errgghh annoying juga seketul nazira isa ni eh *


Okay back to tajuk aku nak update harini. Ni hanya pandangan kasar aku terhadap tajuk kat atas. Chill kay! 



First of all, let me get an intro first. Alhamdulillah almost 3months dah internship dekat accounting firm. (bkn audit firm kay.) MIG ASSOCIATES CHARTERED ACCOUNTANT. *haaa,korang jangan nak cakap ni company david teo okay, aku bukan budak masscom nak intern situ heehe*  So far alhamdulillah everything went so well. Boss baik gila,but strict when it is comes to work, got good senior,workmates yang tak kedekut ilmu langsung. Series! Cuma takde allowance utk aku intern ni . So okay, JPA ada ennn *grins*

Banyak benda yang aku nampak bezanya masa aku intern n aku study ni. Lets me elaborate one by one. Ni point aku sendiri laaa dr mata kasar.

1) Aku rasa kalau intern ni kan, dia macam kita kerja so kita dh boleh nampak bila kerja ni penat gilaa kan, balik rumah magrib. Lepastuu, mandi,solat,dinner kalau rajin,movie sikit pastuu tidur. Tapi penat dia terasa gila masa awal intern harituhh. *wondering macammana dah kahwin, nak manage family lepas balik kerja. tak penatkee? nangisss. taknak kahwin*

2) Intern ni kita dapat experience macam kita kerja in real lah kan. Hadap boss,clients,kadang nak kerja due date,client kejar suruh siapkan acc ths week juga*dia ingat document dia bg 1/2 file je nak suruh org siapkan cepat'2* haaaa. Senang cerita,kita akan jumpa ramai orang dalam real life, dari situ aku belajar cara nak berkomunikasi dengan orang luar,nak biasakan diri dengan keadaaan & handle situation bila dengan clients ataupun boss. Scary with big capital S laaa wehh.

3)Haa parts ni paling best. Weekend best wehh sebab aku sampai takde idea nak buat apa. Yelaa masa study dulu weekend ni siang malam hadap buku,pegang calculator,memorize segala theory,formula. Hmmm sekarang weeknd ni sampai nak muntah online,baca novel,movie. Nak keluar selalu tak boleh,acah nak saving kan? *grins* 

-cukup kot tiga points aku highlight untuk internship en-




Wehh wehhh tengok gambaq atas ni buku banyak kiri kanan depan ada buku *macam tengah hafal theory subject * aii is stresss. hahahaha. This is student life wehh! Tapi benda ni lah yang bakal semuorang rindu nanti sampai nangis tepi bucu katil atau dalam selimut sebab rindu.*kidding around* 

1)Sejujurnya,untuk permulaan bulan pertama, most of us students feel a lil bit pressure kot sebab dia macam culture shock, kau kena kerja dalam 7jam straight dengan menggunakan otak. PENAT. Awal2 dulu dalam seminggu dua banyak gak complain dekat twitter,dekat group whatsapp yang macam study lagi best dr kerja. Ditambah dengan kita nak sesuaikan masa dengan environment kerja. So kesimpulannya ramai yg prefer belajar sebab nak attend class pun ada gap dlm sehari dlm 4/6 jam je kelas and ada gap between tuu.

2)Aku boleh cakap masa study ni semua benda based on theory and kita tak boleh nak praktikkan. Even bila kita belajar account kan. Contoh. Kita buka profit or loss account (kita hafal statement dia) dh hafal kita masukkan based on entry dia tanpa faham langsung(faham sikit kot). Tapi bila dah praktikal, boss aku suka betul saiko, Contoh bila dah buka account profir or loss account, dia akan pertikaikan kenapa items ni kena ada kat cost of good sold. kenapa benda ni sebagai expenses,bukan current liabilities bla bla blaaa. Then, aku pun patah-balik-ke-nature-of-business in order nk related kan jawapan. Dan sebenarnya banyak lagi persoalan dia, how to reduce tax,how to ensure the GPM for current year do not have a big gap with GPM last year etc. 

**yeahhh,korang tak faham, wakakaka,biaq aku and org yg ambik account je lah faham :')

3)Terus terang cakap, kalau kitaorang budak account dekat Uitm Puncak Alam, no weekend for us. Jumaat malam dah hadap buku,hafal itu ini utk sabtu test. Kadang sabtu sampai ada dua test. Kalau takpun sabtu ahad akan ada test. Busy gilaa,memang takde nak enjoy sangat lah degree life nih weh. Nak dapat weekend pun susah. Kalau takde test,ada group discussion utk assignment. Life student gaisss!

Okay gais. Ni secara kasarnya lah, both have pros and cons. Dan yang penting semua kita kena lalui sebab takkan kita semua nak sambung belajaq sampai habis usia kan. Mesti kena continue kerja,faces the real life,Papehal pun all the best to all of us yg tengah intern or study. Jangan stress stress, chill je kay, inn shaa Allah moga semuanya dipermudahkan ye.

Yang penting, dapat niiii untuk backup kita  kerja masa hadapan.
*daily report jangan buat buat lupa pula kena submit masuk part 8 nanti *