Ibadah

Assalammualaikum W.B.T

Entry kali ni inn shaa Allah nak kongsi pengalaman dari diri sendiri. Pernah dengar ibadat bermusim? Pernah, kalau tak pernah dengar meh cnad terangkan. Ibadah bermusim maksudnya kita lakukan ibadah dan laksanakan perintah Allah pada waktu waktu dan masa masa tertentu. Definisi ni adalah dari fikiran cnad sendiri. Selalunya ibadah bermusim terjadi bila dah nak dekat final exam & time final exam. Tak pun berlaku pada bulan Ramadhan sampai kita tak sedar yg kita ni boleh digelar 'hamba Ramadhan'. Ya Allah.
Terus terang, bila kita buat ibadah ni bermusim, kita akan jadi rajin masa itu sahaja dan rajin kita beribadat bersebab. 

Kita sendiri tahu yg permulaan utk beribadah paling penting pasang niat kerana Allahlilahita'ala, moga dengan ibadah ini dapat masukkan kita ke JannahNya dan moga kita terus istiqamah utk ibadah ini dan moga Allah sentiasa redhai kita. Inn shaa Allah. Tetapi, kalau permulaan ibadah tersalah niat macammana?. Contoh paling jelas yang aku sendiri selalu buat iaitu bila time bulan final exam memang rasanya kalau boleh memang taknak tinggal satu pun. Solat lima waktu cukup, bukan setakat cukup tp diawal waktu,mathurat lepas subuh & asar(dulu aku pakai persepsi sendiri bila dah buat subuh, asar tak buat T-T). Itu dulu. Tak cukup dengan tuh, alquran memang lepas solat tak pernah tinggal, sebelum tidur siap buat solat hajat,solat tahajud. Tapi semua benda ni tak berhenti sampai final je. Ni, dlm proses nk dapat result pun punya pulun segala ibadah. Jaga hubungan baik dgn Allah, manusia-manusia.

Masa itu hanya satu je pemikiran aku, semoga segala yg aku buat tuh Allah balas dengan kejayaan. Ya Allah, tak sedar langsung time tuh salah niat. Salah niat T-T. Tup tup bila dah dapat result buat sujud syukur lepastuh, segala ibadah dah kembali tunggang langgang. Lepastuh rasanya mathurat dah hilang entah kemana. Alquran baca pun lepas habis solat Maghrib JE! Dhuha pun dah lupa. Dalam hati 'syukur alhamdulillah' utk keputusan yang 'dianggap cemerlang' walhal sedikit pun aku tak menunjukkan tanda sykur dengan istiqamah ibadah. Allah. Allah. Allah. Manusialah yg paling mudah alpa . 

Dan sekarang, alhamdulillah walaupun ilmu didada sangatlah cetek tapi berbekalkan ilmu yang sedikit Allah bg aku peluamg buka mata. Walau masih kecil,bertahtih,masih gagap tapi inn shaa Allah mampu membezakan. Ingat , benda yang paling penting utk apa yg kita buat, tajdid niat balik. Pasang niat. Pasang niat. Diulang pasang niat. Cuba untuk terus beristiqamah dengan solat lima waktu lengkap & diawal waktu, diikuti mathurat lepas subuh & asar, dhuha, bacaan alquran lepas setiap solat (sekali tadabbur),almulk & alkahfi. Ya Allah moga kali ni niat aku untuk mendapatkan keredhaanMu, untuk mencapai jannahMu,untuk menambahkan kecintaanku kepadaMu dan aku mohon kau pimpinlah aku supaya aku tak tersasar lagi dr jalanmu. 

WaallahuAllam. Allah, redhailah keluargaku,sahabat sahabatku, kaum muslimin dan muslimat .Ameen.
Peganglah hati kami sehingga ke akhir hayat kami dan moga destinasai terakhir kami adalah SyurgaMu yang tersangat indah. Allahu.


*Alhamdulillah cnad gembira sangat dapat bertemu sahabat baru* 
*Moga pertemuan ini besar manafaatnya, moga dia dapat bantu aku jadi lebih baik di sisi Allah*
*Penguat kita datangnya dari Allah*\
Akhir kata utk diri sendiri . Kata kata ni aku petik dr blog KenikmatanNur.


KUATKAN DALAMAN DULU BARU LUARAN.
UBAHKAN AKIDAH DULU BARU IBADAH -        NOTED.

Hati yang sentap

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah masih menikmati cuti semester yang lama. Moga Allah mudahkan segala urusan yg aku cuba rancang utk buat masa cuti yg agak lama ni. Mudah'2an dipermudahkan. Sebab manusia hanya merancang, Allah yg menentukan segalanya. Sebelum aku mula buat sesuatu yg sepatutnya aku buat, kat rumah aku ada lah melepak kat facebook.

Biasalah, sebab kekadang kita lalai & leka dengan facebook sebab tuh kita kena selalu beringat. Walhal aku ni terasa sangat lalainya. Allahu T-T. Terasa sangat lagha je banyak kann. Hmm. kita je boleh ubah diri kan. Ha, back to the main point, dulu aku pernah promote blog APG. Sebab aku suka blogwalking sampai dulu memang obses, hari hari akan tengok apa yg dia post. Sebab post ni memang alhamdulillah menambahkan ilmu akhirat sangat. Syukran. Selain tuh, lepak blog MATO pun best juga sebab dia geng juga dgn APG. Kalau tk buat org sentap, orang tknak berubah.

Kiranya aku kalau ada masa free boleh jadi aku patah balik entry'2 lama Mato & APG sebab dulu dulu punya post aku tak baca. Memang sentap. Sentap macam kena sental. Haa, ni ada lagi satu tp bukan geng blog tapi page kat facebook. Thanks to one of my friends kat fb sebab dia selalu share page ni so aku pun terus liked that page. Page ni dia punya bio pun rasa macam pehh je . 'We troll so that people do dakwah'. Memang troll dia sentap kat hati. Mohon bila hati dah sentap, hati ni cepat berubah, inn shaa Allah. Nama page dia pun awesome tau TROLL TARBAWI . 

Bak kata 'Mato' - Dekat dunia ni, bukan semua faham sarcasm, cakap direct pun tak paham. 
Sebab hati manusia itu, Allah yg pegang. Mungkin.- Aku punya pendapatlah.
Tapi aku rasa kalau orang yg hatinya Allah dah pegang mungkin terasa kesentapan bila kena bab dakwah,akhirat,dosa,pahala,syurga,neraka. YaAllah, moga kita semua dikalangan orang yang sentiasa diberi petunjuk oleh Allah. Ameen ya rabbal alamin.

Sampai sini je, mungkin dengan blog,page,twitter sedikit sebanyak dapat membantu kita menambahkan ilmu akhirat. Bukan setakat online dengan hati yg kosong dan tiada pulangan ilmu yg dapat. Allah, peganglah hati kami sehingga akhir hayat kami. Moga kami sentiasa istiqmah. Inn shaa Allah. 

K. Nak sambung lepak kat page troll tarbawi. Hati mohon sentap. x)

Memories

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah everything went well. Tamat diploma. Tamat semester 6 as accounting student dengan jayanya. Alhamdulillah. Mungkin bukan jayanya lg selagi result part6 tak tau lagi. Mungkin. Okay, itu fikir kemudian hari. Sebenarnya dah lama tak lepak sini sebab dah busy since test2 til final exam. Dan sebenarnya banyak benda nk cerita pasal suka duka for these 3years at Uitm, Malacca. Too much memories. May all memories remain forever and our friendship never ending eventhough our diploma was ended. Okay, grammar terabur.

So, entry kali ni macam nak letak gambar je. So, scroll je belog ni. Picture with full of memeories. No words to describe.


Girls only. Presentation Far w our lovely lecturer.
                         

Me,farah,iman.
Happy face after last paper. 
Just too excited. Classmates
Candid picture. My classmates. #MAC1106B.
Half of us. Classmates.
                             
Gegurls punya geng. Memang taknampak muka.LOL

Geng gentlemen. Just half of them. 

Photoghrapher ramai sangat sampai salah pandang camera.
                            

Sempat lagi study audit time ni.

Hahaha. Pening sudah dengan gambar yang kemain banyak. Fuhh. Ni baru suku tau. Banyak lagi kalau nak letak gambar dengan classmates tau. This sem memang macam banyak spend time dgn diorang. I don't know why but I just too love all the memories w them. May Allah remains our relationship till the end. Till we meet again inn shaa Allah, time degree nanti. Okay. So officially our diploma was ended. Alhamdulillah. 
May Allah ease everything for our future . Gonna miss them so much. I'm so thankful to be part of MAC1106B :)

Pre-graduate.