Hati yang sentap

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah masih menikmati cuti semester yang lama. Moga Allah mudahkan segala urusan yg aku cuba rancang utk buat masa cuti yg agak lama ni. Mudah'2an dipermudahkan. Sebab manusia hanya merancang, Allah yg menentukan segalanya. Sebelum aku mula buat sesuatu yg sepatutnya aku buat, kat rumah aku ada lah melepak kat facebook.

Biasalah, sebab kekadang kita lalai & leka dengan facebook sebab tuh kita kena selalu beringat. Walhal aku ni terasa sangat lalainya. Allahu T-T. Terasa sangat lagha je banyak kann. Hmm. kita je boleh ubah diri kan. Ha, back to the main point, dulu aku pernah promote blog APG. Sebab aku suka blogwalking sampai dulu memang obses, hari hari akan tengok apa yg dia post. Sebab post ni memang alhamdulillah menambahkan ilmu akhirat sangat. Syukran. Selain tuh, lepak blog MATO pun best juga sebab dia geng juga dgn APG. Kalau tk buat org sentap, orang tknak berubah.

Kiranya aku kalau ada masa free boleh jadi aku patah balik entry'2 lama Mato & APG sebab dulu dulu punya post aku tak baca. Memang sentap. Sentap macam kena sental. Haa, ni ada lagi satu tp bukan geng blog tapi page kat facebook. Thanks to one of my friends kat fb sebab dia selalu share page ni so aku pun terus liked that page. Page ni dia punya bio pun rasa macam pehh je . 'We troll so that people do dakwah'. Memang troll dia sentap kat hati. Mohon bila hati dah sentap, hati ni cepat berubah, inn shaa Allah. Nama page dia pun awesome tau TROLL TARBAWI . 

Bak kata 'Mato' - Dekat dunia ni, bukan semua faham sarcasm, cakap direct pun tak paham. 
Sebab hati manusia itu, Allah yg pegang. Mungkin.- Aku punya pendapatlah.
Tapi aku rasa kalau orang yg hatinya Allah dah pegang mungkin terasa kesentapan bila kena bab dakwah,akhirat,dosa,pahala,syurga,neraka. YaAllah, moga kita semua dikalangan orang yang sentiasa diberi petunjuk oleh Allah. Ameen ya rabbal alamin.

Sampai sini je, mungkin dengan blog,page,twitter sedikit sebanyak dapat membantu kita menambahkan ilmu akhirat. Bukan setakat online dengan hati yg kosong dan tiada pulangan ilmu yg dapat. Allah, peganglah hati kami sehingga akhir hayat kami. Moga kami sentiasa istiqmah. Inn shaa Allah. 

K. Nak sambung lepak kat page troll tarbawi. Hati mohon sentap. x)

No comments: