Random topic

Assalammualaikum W.B.T

Selalu dengar istiqamah tu susah, 
Nak bermujahadah lagi payah,
Nak cakap pasal dakwah lagi lah.
Susah. Tak tipu.

Aku dulu agak jahiliah & 'kurang' sikit (act,I've no ideas to describe dgn ayat betul)
Jenis tak reti pakai stokin,
Baju tshirt pendek,tudung selempang,jeans
Ikhtilat tak jaga,kira macam biasa biasa lah.

But then, alhamdulillah I was changed for good.
Walaupun tak berapa baik.
Pakai baju labuh sikit,seluar jeans still ketat juga.
Tudung jarang,kadang masih selempang.
Pakai stokin,tapi kadang kadang tak pakai.
Macam pergi pasar ke, kedai dekat ke, keluar malam ke,
Pergi mandi pantai ke,Tak pakai stokin.
Kira tak konsisten lah,

Walaupun masih tak konsisten,
Entah kenapa terfikir satu hari pakai tudung bawal,
Time tu trend bawal yg jenis kosong dan jarang.
Rasa something. Thanks Allah untuk rasa itu.
Beli inner tudung,pakai.
But before that, dah pakai handsock if I'm not mistaken.
Macammana boleh pakai handsock tak ingat.

Dan aku pun manusia biasa yang mana Allah bolak balikkan hati,
Kejap rasa ingat nak cari Ilmu,
Kejap lagha teruk,
Kejap fikir camni,
Kejap fikir camtuhh. 
*deep sigh*

But, I've been there, I've done that. 

Dan banyak benda aku belajar,
Walaupun banyak lalai,tapi aku tetap nak berusaha belajar.
Allah selalu datangkan aku kawan kawan baik,
Bukan jenis yang liar walapun aku budak Uitm,
Mungkin sebab Allah sayang,sebab tu Allah ingatkan.
Kadang2 goyahnya iman ni berpunca dr persekitaran kita sendiri.
Nafsu mencucuk cucuk, dan orang persekitaran pun tak membantu,
Mana kita tak jatuh tersungkur. 

Praises to Allah ta'ala again,
The new of me.
Aku masih cuba untuk istiqamah.
Aku cuba untuk konsisten pakai stokin,alhamdulillah & inn shaa Allah.
Baju besar,tak suka pakai seluar,tak kesah lah slack,jeans,tracksuit(bila perlu haha).
Tudung mengikut syariat,handsock jangan pernah lupa wlpn kau pakai baju tshirt lengan panjang betul, (hmmm)
Tetapi itu semua luaran je.
Macammana dengan hati? (Kata2 netizen yg suka sangat ambil tahu hati org)

Bagi aku,
Cara kita,pakaian kita,
Pemikiran kita,Ibadah kita.
Biar Allah adili.
Sebab aku pun kadang kadang terjudge orang.
Nauzubillah, fikir dalam dalam balik.
Kita ni sama je. Di mata Allah je berbeza okay. *muhasabah diri*

Last but not least,ikhtilat.
Lately ni, aku rasa banyak benda aku dah langgar pasal iktilat ni.
Mungkin sebab aku punya kawan rapat ada yang lelaki.
Jap, bukan maksudnya aku langgar tuh aku dah bertepuk tampar dengan depa.
Aku masih tau lagi mana halal haram(inn shaa Allah)
Means,selalu keluar sama,lepak sama,travel sama.
Sampai hilangnya awkward sedikit demi sedikit.
Dan aku masih fikir,boleh ke camni tp atas dasar kawan?
Yang penting aku masih behave lagi,tak cakap benda yg aku rasa tak patut,
Tak text bukan bukan (melainkan perlu).
Hmmm boleh ke ehh?? *masih tertanya*


Ni aku ada terbaca pasal maksud sebenarnya baik dalam Versus by Hlovate
"The beauty of Islam yang ramai orang tak perasan ialah kalau kita praktikkan betul betul ikut apa yang dah tertulis, everything akan ikut Domino effect  sebenarnya"

Domino Effect=Tolak satu semua benda akan jatuh. 
                        =Apabila ada permulaan yg akan trigger a series of chain reaction.

"Maka apabila kita dah settle dari sudut solat dan ibadah,kita juga sepatutnya secara langsung dah settle juga dari sudut hidup ikut syariat. Sepatutnya kalau dah settle dari sudut aurat,secara langsung je kita sepatutnya akan settle juga dari sudut ikhtilat"

Dan, hidup kita ni adalah pilihan kita.
Kita dah besar,kitalah yang mencorakkannya.
Pilih kawan yang baik. Cari persekitaran yang boleh membantu.
Biidznillah, semuanya baik baik sahaja.

*semua benda yg aku tulis,aku cerminkan balik kat diri,sebab aku manusia juga*
Inn shaa Allah. 




Kahwin Raya


Assalammualaikum w.b.t

First of all, Selamat Hari Raya Aidlifitri Maaf Zahir Batin. Ehh, tajuk macam aku yang nikah kann. Nooo. Hahaha Okay, ni masa 3Syawal, alhmdulillah Zaty Farhana dah selamat diijabkabulkan dengan zauj dia, Luqman(nama penuh sis tak ingat). Sampai sekarang,macam tak caya je best friend sendiri since form1 dah kawin, tup tuppp dah kahwin. Hashtag kami dah besar wehh *grins


So mehh cuci mata gambaq lepas nikah. too unplanned kot, sbb mula2 aku ingat nak pi masa walimah dia je then Rahma ajak stay sana teman zaty soo aku 'on' je. Ye yeee bagi tunjuk gambaq ni, nikah lepas Asar dekat masjid yg berdekatan dengan rumah Zaty(tak ingat nama masjid apa).




Berseri seri muka awak zaty  :)

Auhhh soo sweet ualls :P
Add caption

Macam mukaa KU masa kat SAM1 laa dr tepi. ehhhh.
                                          
Masa ni pengantin malu malu meoww sangat :P

 
Family belah lelaki, orang Terengganuu. Ganu kita.
                          
Kamiiii ..Masing2 dh ambik no lepas zatyy :P


Alhamdulillah, selesai majlis akad nikah petang tuhh. So malam tuu,kitaorang berempat tidur rumah zaty laa, aku yg taktau malu siap tidur atas katil pengantin *evil laugh*. Zaty punn tertidur kat bawahh, hahaha maafkan aii zaty. Ayah zaty cerita semuanya zaty buat sendiri, dr hantaran,kemas bilik,hias bilik,pastuu shawl & veil kahwin pun dia jahit sendiri. Salutelaaa, tuu yang sampai masa akad nikah n hari nak majlis sampai demam2. Kesiann awak. Kitaorang pun datang tapi tak banyak tolong. Minta maaf sangat!

Okay, dah boleh stop bebel sbb nak tunjuk gambaq masa walimah zaty. Alhamdulillah everything went so well, Terharu sangat sebab Samoners tak pernah mengecewakan sbb ramai sangat yg datang, seronok tengok. Asal jumpa orang je mesti orang complain sbb aku paling lama tak jumpaaa. Ampunkann beta, huhuu Inn shaa Allah lepasni janji kalau takde aral melintang akan cuba jumpa korang. Bak kata Rahma "Hendak seribu daya, Tak nak seribu dalih" Minta maaf semua. Aku sayang korang. 

Orang orang kuat siapkan zaty yehuuu.

  
Cantik sangat korang berduaaaa *emoji mata love*

 
                                   
Girlss Samonee *full house*
Family 5A (gambaq semua candid kot)

Ukhuwah sampai syurga semuanyaa inn shaa Allah *smile*

Okay, sebenarnya sedih sbb takde langsung gambaq berdua dengan Zaty. Zaty pun masa tuu tak terlayan sebab ramai sangat nak ambik gambaq dengan dia, raja sehari kann. hehe Takpe, yang penting gambaq ramai ramai semuanyaa adaaa. 
Dah boleh kot nak bagi ucapan panjang panjang dekat Zaty, hehehe


Alhamdulillah zaty tahniah sebab zaty telah pecahkan rekod kelas 5Ibnu Sina sebab orang first yang tukar status kot, then kakak sulung kita and hujung tahun ni inn shaa Allah seorang lg iaitu kawan yg pakai purdah tuu.

Semoga Allah mudahkan urusan lepas kahwin, tabah untuk setiap ujian, sama sama belajar cari keredhaan Allah taala, sama sama solat berjemaah, sama sama bertolak ansur bila berbicara, sama sama saling nasihat menasihati dll . (banyaknyaa aku bebal mcm dah berpengalaman).

Yang paling penting, buat leklok masa praktikal & semester akan datang tp tanggungjawab sebagai isteri jangan lupa jugaa. jgn lupaa awak dah bersuami Ehh haha.

Dengar cakap Luqman sbb syurga dibawah tapak kaki Luqman, dengar cakap syurga tau.
Doakan kawan2 kita yang lain supaya Allah mudahkan & beri jodoh yg baik, inn shaa Allah.


Salam sayang dari Cnad. Ada masa ruang dan ketika, moga kita berjumpa lagi ! Rinduu dahh. hahaha
                             
                             

                                  

                           

INTERNSHIP vs STUDY?

Assalammualaikum w.b.t

Lama gila tak update sini woiii, acah busy sangat padahal takde ideas. bila datang ideas malas pun muncul sekali. So aku pilih malas & tangguh dulu. Hee harap utk entry kali ni aku dapat habiskan lah update sebab aku nak blog ni terus update. haaa. Gituu *lepas Budak Tomato update blog dia, setelah sekian lama dia tak update sooo aku pun macam dapat semangat nak update blog jugaa. *errgghh annoying juga seketul nazira isa ni eh *


Okay back to tajuk aku nak update harini. Ni hanya pandangan kasar aku terhadap tajuk kat atas. Chill kay! 



First of all, let me get an intro first. Alhamdulillah almost 3months dah internship dekat accounting firm. (bkn audit firm kay.) MIG ASSOCIATES CHARTERED ACCOUNTANT. *haaa,korang jangan nak cakap ni company david teo okay, aku bukan budak masscom nak intern situ heehe*  So far alhamdulillah everything went so well. Boss baik gila,but strict when it is comes to work, got good senior,workmates yang tak kedekut ilmu langsung. Series! Cuma takde allowance utk aku intern ni . So okay, JPA ada ennn *grins*

Banyak benda yang aku nampak bezanya masa aku intern n aku study ni. Lets me elaborate one by one. Ni point aku sendiri laaa dr mata kasar.

1) Aku rasa kalau intern ni kan, dia macam kita kerja so kita dh boleh nampak bila kerja ni penat gilaa kan, balik rumah magrib. Lepastuu, mandi,solat,dinner kalau rajin,movie sikit pastuu tidur. Tapi penat dia terasa gila masa awal intern harituhh. *wondering macammana dah kahwin, nak manage family lepas balik kerja. tak penatkee? nangisss. taknak kahwin*

2) Intern ni kita dapat experience macam kita kerja in real lah kan. Hadap boss,clients,kadang nak kerja due date,client kejar suruh siapkan acc ths week juga*dia ingat document dia bg 1/2 file je nak suruh org siapkan cepat'2* haaaa. Senang cerita,kita akan jumpa ramai orang dalam real life, dari situ aku belajar cara nak berkomunikasi dengan orang luar,nak biasakan diri dengan keadaaan & handle situation bila dengan clients ataupun boss. Scary with big capital S laaa wehh.

3)Haa parts ni paling best. Weekend best wehh sebab aku sampai takde idea nak buat apa. Yelaa masa study dulu weekend ni siang malam hadap buku,pegang calculator,memorize segala theory,formula. Hmmm sekarang weeknd ni sampai nak muntah online,baca novel,movie. Nak keluar selalu tak boleh,acah nak saving kan? *grins* 

-cukup kot tiga points aku highlight untuk internship en-




Wehh wehhh tengok gambaq atas ni buku banyak kiri kanan depan ada buku *macam tengah hafal theory subject * aii is stresss. hahahaha. This is student life wehh! Tapi benda ni lah yang bakal semuorang rindu nanti sampai nangis tepi bucu katil atau dalam selimut sebab rindu.*kidding around* 

1)Sejujurnya,untuk permulaan bulan pertama, most of us students feel a lil bit pressure kot sebab dia macam culture shock, kau kena kerja dalam 7jam straight dengan menggunakan otak. PENAT. Awal2 dulu dalam seminggu dua banyak gak complain dekat twitter,dekat group whatsapp yang macam study lagi best dr kerja. Ditambah dengan kita nak sesuaikan masa dengan environment kerja. So kesimpulannya ramai yg prefer belajar sebab nak attend class pun ada gap dlm sehari dlm 4/6 jam je kelas and ada gap between tuu.

2)Aku boleh cakap masa study ni semua benda based on theory and kita tak boleh nak praktikkan. Even bila kita belajar account kan. Contoh. Kita buka profit or loss account (kita hafal statement dia) dh hafal kita masukkan based on entry dia tanpa faham langsung(faham sikit kot). Tapi bila dah praktikal, boss aku suka betul saiko, Contoh bila dah buka account profir or loss account, dia akan pertikaikan kenapa items ni kena ada kat cost of good sold. kenapa benda ni sebagai expenses,bukan current liabilities bla bla blaaa. Then, aku pun patah-balik-ke-nature-of-business in order nk related kan jawapan. Dan sebenarnya banyak lagi persoalan dia, how to reduce tax,how to ensure the GPM for current year do not have a big gap with GPM last year etc. 

**yeahhh,korang tak faham, wakakaka,biaq aku and org yg ambik account je lah faham :')

3)Terus terang cakap, kalau kitaorang budak account dekat Uitm Puncak Alam, no weekend for us. Jumaat malam dah hadap buku,hafal itu ini utk sabtu test. Kadang sabtu sampai ada dua test. Kalau takpun sabtu ahad akan ada test. Busy gilaa,memang takde nak enjoy sangat lah degree life nih weh. Nak dapat weekend pun susah. Kalau takde test,ada group discussion utk assignment. Life student gaisss!

Okay gais. Ni secara kasarnya lah, both have pros and cons. Dan yang penting semua kita kena lalui sebab takkan kita semua nak sambung belajaq sampai habis usia kan. Mesti kena continue kerja,faces the real life,Papehal pun all the best to all of us yg tengah intern or study. Jangan stress stress, chill je kay, inn shaa Allah moga semuanya dipermudahkan ye.

Yang penting, dapat niiii untuk backup kita  kerja masa hadapan.
*daily report jangan buat buat lupa pula kena submit masuk part 8 nanti *











Gambaq hilang

Assalammualaikum w.b.t


Wehhh. Aku dah habaq dekat post harituhh aku nak update gambaq gambaq sepanjang aku Part6 and aku keluar jalan jalan dengan member aku. 

Haprak takdak. Sedih bak hang, pasainyaa gambaq tuu terdelete. Senang cerita satu folder terdelete. Huwaaaa. 

Jangan tanya aku, aku pun taktau bila masa aku delete folder yg ada beratus gambaq *tulah sapa suruh malas sgt asyik nak tangguh nak transfer gambaq kan dah jadi lagu ni *    *nangis nangis *

Susah lah cemni, kalau rindu depaa semua, gambaq latest takdak. 

Haaa, kami belanja hampa satu gambaq laah, korek2 dekat folder dekat laptop ni. 


Boot Noodle masa awal sem 6 ni


** Hahhahahaha suka cakap utagha ni sebab baru lepas baca buku MatLuthfi wehh, lepasttuu hati hari tgk JannaNick dekat insta ckp Kedahh. Dannn tengok zara zya dlm cerita TAM cakap kedahh,classmates sem ni semua org kedah. Kami je Selangor dgn member. hehehe.


Okayy bye! Goodnight.

Cuti semester 6

Assalammualaikum w.b.t


Hai guys!Sem break has begin wehh. huhuuuu. *less than two weeks then I need to patah-balik-Bangi for internship. Should I excited for intern soon or should I not? *sigh* . Dia sebenarnya bukanlah excited ke apa tapi lebih kepada berdikari. Aku sebenarnya malas nak fikir banyak sebab macam ada sesetengah orang mempersoalkan tempat intern tuu. *low spirited.

"Selesa ke tumpang rumah kawan kat Bangi tu"

"Nanti kau mesti awkward sbb kau stay Bangi dgn D & her fam kan"

"Weh, company kau takde elauan, like seriously?"

"Better kau tukar company sbb takde elauan kan??"

"Series takkan takdak elauan langsung?"


*Common question that I has been asked and temuramah. My mum punya dialog pun ada kat atas. hahaha. Yayayayaa. I know, they re just too concerned on how should I survived at there. Come on guys! Bab berdikari hampa semua takpayah risau sbb aii teror. Yelah, masa aku 13tahun dah kena campak SabakBernam masuk hostel. Masa 18tahun, elok je stay Melaka. Masa 19&21tahun, steady je aku stay KL sebab kerja part-time. 


Inn shaa Allah, Everything's gonna be fine. Kalau tak strong as always. Allah kan ada.Spill everything to Him lah kan :) Bak kata budaktomato 'Don't make our fear of failing greater than our faith in Him.' Aku suka betullah lately Mato banyak up entry, dia macam bagi kata kata semangat enn bila baca entry dia. Tp tulah sayang sbb banyak post dia dah delete and since aku masuk degree dia jarang up entry. Padahal masa jatuh bangun aku kat Diploma, aku suka baca entry dia yg mana sometimes memang boleh selfreflect.

'Dengan menulis boleh kurang penat, sbb dengan menulis kita meluahkan rasa yg ada dlm hati'- cemnilah ayat Mato dulu. Masa diploma tuu juga aku rajin update blog sbb I have time to do so. And since dah degree, time management dah berterabur berantakan sampai takda masa nk tulis blog. Anddd aku rinduuu gila nak tulis and spill everything here. Because I know that no one can understands me very well. 

So berbalik pada cuti-semester-yang-not-so-cuti-lah,ada lah beberapa perkara nak kena settle before intern ni. Aku tak start apa lagi, tadi pun baru download slides pasal document apa kena print and bg majikan masa first day intern, attendance sheet, surat kesihatan,alamat tempat intern, blablalala. Inn shaa Allah, will settle it as soon as possible lah kan! *jangan banyak lagha* Supposedly, kena ready fizikal mental nak intern ni. Haihhhh. nervousnya ya Rabb! Inn shaa Allah, Allah will do the rest. Have faith on Him, cnad.

Last but not least, aku akan cuba untuk sentiasa menulis kat blog ni lagi pasal ni hobi aku. hahaha. Aku nak post memories part6, letak gambaq gambaq semua tp nanti dulu lah. Inn shaa Allah akan buat juga entry tuu. Tp untuk entry malam ni, sampai sini jelah. Jenuh juga refresh blog ni tadi line kemain lembap betulkannn. Tapi dapat juga lepas ni and tulis satu entry.Ya Allah, semoga segala urusan masa internship berjalan lancar, and semoga Kau sentiasa bagi pinjam kekuatan kat aku & yg lain ameen. Dannn.... Aku mohon sangat, berilah aku & kawan kawan nikmat kejayaan utk sem6. ameen. Goodnight!