Special day for special person.

Assalammualaikum w.b.t


Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Nurul Hidayu
Allah selamatkan kamu. 
Teng teng teng. 
*percikan bunga api* haha
*gelak*
tadaa.
First and foremost, selamat hari lahir yang ke 21. Eh macam tak 21 je ni. haha.

Semoga panjang umur, murah rezeki, diberkati hidup oleh Allah dunia inn shaa Allah akhirat.

Semoga menjadi anak yang solehah, isteri mithali, muslimah sejati dan hamba yang sentiasa taat perintahNya,

Semoga kehidupan kau sentiasa diberkati,dilindungi dan dirahmati oleh Allah ta'ala.

Semoga juga persahabatn kita dan ukhuwah yg kita bina berkekalan dan diredhai Allah.

Semoga apa yang aku tulis, yang kau baca Allah makbulkan. Ameen ameen.

Dah tahu kenapa aku kata hari ahad, hari penting? Bukan sebab ada cerita best yaa. hadui, mentang'2 aku suka tengok tv kau cakap ahad ada cerita best. memang tak ahhh. haha Psst, aku balik Melaka adalah harituh. Haiyaa.

Dan sebenarnya banyak sangat nak cakap dengan kau. so aku harap kau scroll belog aku sampai habis. Sila setia membaca. Jangan menangis plak.Gurau je. haha

Disebabkan belog aku sunyi takde lagu. Tak boleh feeling. So kau baca belog ni sambil dengar lagu tanpamu by Helena & Sabhi Sadhi. Aku tuju lagu tuh khas utk kau. haha.

Okay, sambung baca.


Weh, terima kasih tau.

Terima kasih untuk pertemuan yang aku sndiri pun tak boleh nk cakap. Pertemuan yg hanya Allah yg tahu betapa berharganya.

Terima kasih sebab ada je kat samping aku dari sem1-sem6 ni. Yelah, kau pindah rumah sewa aku sibuk juga ikut. haha. Sorry menyemak. I have my own reason. Tp secretlah.Ehh? Poyo betul.haha

Terima kasih sebab sentiasa faham sikap,cara,apa yang aku suka dan apa yg aku tak suka. Kira kau dh khatamlah pasal aku. 

Terima kasih untuk segala ilmu yang kau ajar kan kat aku starting part1-6 tak kesah lah utk quiz ke, test ke,final ke semualaah.

Terima kasih sebab selalu je dengar aku cerita walau pun aku tahu kau tak minat nak dengar tapi kau dengar juga. haha. Sorry weh . 

Nak tahu yang paling aku rasa best sangat sebab aku dapat pergi majlis ilmu dengan kau. Sumpah rasa macam nak nangis je sebab aku terasa sangat yang aku bakal jumpa kau kat syurga. hehe. Feeling lebih. 
Jom kita sama sama usaha supaya dapat masuk syurga. Kat sana boleh jumpa kan. Sebab aku sayang kau kerana Allah. Sebab tuh aku nak kita sama sama ke syurga. hmm.

Haa. Dah sedih ke belum. hahaha. *gelak jahat*. Teruskan baca sampai menangis baru berhenti.
Nak tahu tak, bila orang cakap budak melaka kemungkinan nk dapat degree sama uitm dengan bdk selangor adalah susah, aku dah terasa yang kita memang payah nk jumpa atau tk jumpa langsung kot lepasni.

Ni aku boleh terima lagi. 

Tapi, tup tup kau cakap kau nk ambik finance. Means course dah ubah. Lagilah memang aku terasa sangat lepasni tak boleh jumpa kau. Percaya tak aku cakap even kita dapat satu uitm tp course lain memang tak rapatlah. Speaking based on my experience. hehe.

Okay, memang ada kecewa sikitlah. Tp sebab aku pun takde hak nak halang kau ke apa kan.

So, I just wish you all the best. Mana tau tetiba kita sesama dapat finance time degree. Yelah, finance second choice programme yg aku pilih kot.haha. Tapi aku setia kat account juga tau. No matter what.

Yaa. just put our trust on Allah. He's the best planner right? Kita kena doa jelah as effort. Senyum.

Macam dh panjang sangat je aku membebel kat sini. Mesti kau pun dh mengantuk . Nah bantal . Pergi tidurr. 
Last but not least, aku sayang kerana Allah ta'ala. Moga Allah redhai ukhuwah kita. Jom sama sama berusaha ke syurga.
Haha. Gambar sem berapa lupa dah. Takde gambar berdua dengan kau yang cantik. Ni je yg aku paling cantik. Ehh? Hahaha. Gurauuu. 

Ilmu

Assalammualaikum W.B.T


Dah  lama rasanya tak lepak sini habiskan masa update entry yg panjang panjang. So, dengan ada sedikit masa ni diikuti dengan laptop yg 'baik hati', internet yang ala ala 'perlahan laju' dan masa yg ada ni .
Ni sekarang kira saat saat kira kritikal yg rasanya masa tak tunggu kita. Sebab apa,
Week yang akan datang bakal busy dengan presentation & final project. 

Busy juga dengan segala test 2. Tipulah kalau tak takut lepas result test1 yang tak berapa puas hati.
Yaa. Masih cuba membahagikan masa dengan baik menambahkan ilmu akademik dan juga ilmu Allah. Eh, tak macam sama ke tuh? haa. Akhir bulan 3 final exam untuk semester akhir bermula. Alhamdulillah harapnya ke-struggle-an nak study untuk final kali ni dengan niat yang betul . Tahu. Dulu tak pernah niat betul. Maksudnya belajar sebab apa? Nak cari ilmu untuk apa? Nak bawak ilmu kemana? Rupanya kita ni memang diberi amanah untuk 'belajar & menambah ilmu'. Kira macam amanah dr Allah. Jadi takkan kita nak buat sambil lewa sampai tersalah niat. Atau mungkin tak niat apa apa. Hmm. Fikir dalam dalam. Kalau belum niat. Boleh mula niat balik. Perbaiki diri, tajdid niat. Semoga segala ilmu yg dituntut atas keredhaan Allah & ilmu ini dapat disampaikan kepada org lain. Inn shaa Allah.


Imam AlGhazali pernah mengkhabarkan bahawa perkara yg menjadikan manusia mulia adalah kerana ilmunya bukan disebabkan kekuatan dirinya.

Saiyidina Ali juga berpesan: Ilmu lebih baik daripada harta kerna harta perlu dijaga sedangkan kalau adanya ilmu, ia yang akan menjaga kita.


Tengok. Betapa tingginya martabat ilmu itu. Jadi sebelum test ke final ke belajar ke. Kita kena tajdid niat balik untuk tambahkan ilmu & cari kerana Allah ta'ala dan semoga segala ilmu ini kita dapat sampaikan kepada orang lain dan kita sendiri juga akan mengamalkan.

Nak tahu sebab apa ada sesetengah orang Allah bagi kelebihan sebagai 'ulat buku'. Senang je jawapannya. Sebab Allah nak kita sering membaca. Membaca buku & menambahkan ilmu.Banyak cara boleh tambahkan ilmu selain dr hadir majlis' ilmu, dengar rancangan ilmiah & ceramah kat tv, baca buku ilmiah dan untuk blogger yang suka blogwalking tuh lagi senang nak tambah ilmu. Lepak je blog blog yang boleh tambahkan ilmu kat dada korang. Kalau macam aku, aku suka lepak blog APG. Blog yang ala ala santai, boleh masuklah kiranya ilmu yang disampai walau kadang segala penyampaian dia boleh terkena batang hidung sendiri. Mehlah tambah ilmu juga, lepak belog ni hari hari.

Dan kalau korang nak tahu selain dr semua tuh, korang taddabur je alquran. Haa. Kenapa aku cakap macam tuh.Sebab semua kisah kisah para nabi, sahabat sahabat, khabar gembira & peringatan Allah ta'ala ada kat situ. Khatam alquran sekali tadabbur, ulang balik ulang dan ulang supaya ilmu sentiasa melekat. Inn shaa Allah.

Entry yg panjang bukan? Sampai sini jelah. Nak kena sambung study taxation. Moga Allah permudahkan segala perjalanan kami untuk semester akhir. ameen . Senyum. Semoga penguat kita datangnya dr Allah.

sekilas

Assalammualaikum W.B.T


Alhamdulillah Test Ent went well.
Sebelum test Ent tadi, aku lepak library dengan Iman & paan.
Biasalah kalau dah lepak, bukan focus kat buku tapi lebih banyak bercakap.
Tapi kali ni bercakap sesuatu yang aku rasa sangat bermakna. Yang aku rasa dah lama aku nak luahkan nak cakap benda benda macamni. Time tuh rasa macam tak nak berhenti dr bercakap je. 
Kesian kat diorang ah tak dapat nak study sangat.
Banyak benda aku tanya, rungkai, tanya dan tanya dengan iman.
Dan aku rasa gembira sangat dengan perkongsian ilmu itu. Tanpa perancangan, Allah nak kasi pahala senang je. Syukur alhamdulillah.
Aku cerita kat Iman apa yang aku banyak keliru dan semualah. Masing masing meluahkan.
Seriously,bakal rindu masa itu. Memang dah rindu pun.

'Rasa macam nak baca alquran setiap masa je' - Iman
'Belajar akademik tu kiranya macam tuntut ilmu Allah juga '-Paan
'Kalau boleh aku nak semua kawan kita ada kat dalam dewan ceramah tuh.' - aku

'Ya Allah moga Kau lindungi sahabat sahabat aku, dan moga kami sentiasa dibawah nauganMu'
'Ya Allah semoga aku sentiasa mencintaiMu dan merindui Rasullullah'

Teringin nak duduk satu bulatan, bercerita tentang kemanisan hidup di akhirat. 

Istiqamah. senyum