*no title*

Assalammualaikum w.b.t


Hai! Lamanya tak lepas sini. bebel kat sini. Sembang kisah hidup kat sini :P

Ermm dah nak habis mid sem break pun. Alhamdulillah, cuti confirmlah best wei . #Lagha pun banyak :')

Naik cuti bakal hadap banyak test2, assignment, presentation, interview blablablaa.

Masalah? Tipulaah kalau every sem takde problem, but ths time kureng sikit, alhamdulillah. 

Cuma tuulahh masalahnyaa bila nk dekat je test lagha teruklaah. *nangis. 

K, kena banyak sikit baca alquran, and mathurat tolonglah jangan tinggal sebab kat dlm mathurat ada zikir nak elak malas. inn shaa ALLAH cubaaa. ameen.

Tkde idea pulaa dah! tu jelah kot. hahaha . bila line ko banyak pula idea mencurah curah nak tuliss. cehh. k bye. 

May Allah ease every single thing. ameen

Semester baru

Assalammualaikum.




Alhamdulillah utk minggu pertama semester baru semuanya smooth je. Walaupun pada permulaan kami ada masalah pasal registration,tapi kitaorang relax & tenang je, alhamdulillah Allah mudahkan. Syukur sangat.Ntahlahh! banyak belajar dr kesilapan kan? so utk setiap hari hari akan datang taktau dugaan macammana akan datang, yg penting kena tenang je. Jangan merungut, doa , balik padanya :)



Tadi pun terbaca satu post dr TemeAbdullah *my new fav blogger,writer and architect-to-be. 
"Bila kau dah buat sesuatu kerja kerana Allah taala, kau takkan rasa risau, kau akan tenang je"
Dan betullah apa yg beliau cakap. Jap! aku pun tak boleh nak cakap segala benda ths sem totally okay sebab kita tak tau pengakhiran macammna. Macam sem lepas lah, permulaan semua baik baik sahaja, sekali dapat ujian yg sampai teruk nak bangun balik dan penghujung sem jadi tunggang langgang. huhu.Takpe, positive, doa and just take it easy je kay, cnad! no need to worry. 



Bak kata Miza, lets enjoy the sweetness of study while U can. Yes! totally agree sebab sekarang pun tengah nak cari tempat intern, lagi dua semester nak study! intern 6 bulan then hidup berdikari akan bermula. At least, segala apa yang berlaku aku sendiri tak bleh nak patah balik. Teruskan jelah, itu pilihan kau. Allah dah tentukan *cakap kat diri sendiri* Benda sakit, jatuh bangun masa study ni mungkin tak seteruk hidup kat luar sana. mungkin. *sigh. Alhamdulillah, sekali lagi siapa sangka aku masih boleh survived tanpa ada rasa sedih atau pun jatuh sehingga ke harini. Terima kasih pinjamkan kekuatan, Allah . *senyum



Bila sembang dgn budak tiptop macam farah, intan diorang kata result diorang atas pagar. Habis kalau yg tiptopatas pagar, yang tak de top ni apa? Pagar pun roboh kot .hahaha. Macam tak kelakar tapi itulah kenyataan. Banyak benda aku belajar, utk lebih menghargai, lebih bersyukur, lebih banyakkan usaha, kurangkan high expectation and etc. Bak kata orang biasa biasaje, biasa tapi pengakhiran luar biasa. Tak boleh juga nak cakap banyak kan.Cuma nak cakap untuk minggu pertama, alhamdulillah everything is fine! 







STRONGER IN THE BROKEN PLACES! *senyum *moga Allah rdha kita semua inn shaa Allah

Hukum aku

Assalammualaikum W.B.T






Andai aku tak bersyukur, hukum aku

Andai aku tak menghargai, hukum aku.

Andai aku mengeluh, hukum aku,

Andai aku merungut, hukum aku.




Aku takut, aku lupa.

Segala nikmat ni sementara. Pinjaman.

Kehidupan ini pinjaman.


Semoga aku akan terus merasa cukup utk segalanya ya Allah.

Semoga aku ucap Alhamdulillah walau sebesar zarah pun nikmat kau, yang aku pinjam.




Kita kuat kan?

Assalammualaikum w.b.t


Inn shaa Allah lagi dua minggu kena stay rumah lepastuh masuk semester baru. Entahlah aku malas nak patah balik utk semua yg berlaku. Aku redha. Aku nak pandang depan. Biarpun payah, susah, rasa macam nak meraung je, rasa nak marah diri sendiri, cakap kat diri sendiri 'apa yang kau dah buat utk dua semester degree yg kacau bilau ni'. Apa benda kau ni, sibuk sangat dengan benda tahpape sampai segala yang kau impikan terkubur. Gagal. Gagal Cnad. *nangis* Entahlahh utk result yang baru ni, aku memang dh janji kat diri, aku nak bersyukur je, nak redha, tawakal andd happy. Alhamdulillah, Allah bg pinjam kekuatan . Positive.


Bila ada kawan aku whatsapp tanya result, sejujur jujurnya aku biasa je, aku bersyukur sebab lulus semua. Walaupun ada kawan aku yang kecewa sebab tak DeanList. hahaha. Rasanya macam lama tak mention DeanList sebab dia taknak kawan dgn aku. Aku cuma advice kawan aku tu, suruh bersyukur utk result dia walaupun tak dean, kamoonn kita dh lulus pun bersykur ehh? haahaha Pandai kau nasihat orang padahal kau semester 5 ni jatuh tergolek, down bagai nak rak, tak leh move on dgn kisah sem4 kannn. hmmm Lepastuh dia kata, dia malu sebab tak bersyukur dgn result dia. Lepastuh dia salute sbb aku bersyukur walau result tak bagus. hehehe. 'sebab benda dah berlaku dua kali, aku dah jaga hati utk tidak tak bersyukur' 


Hemingway pun kata 'when life breaks us all, we re stronger in e broken places'



Sebab aku dah janji kat diri sendiri seminggu sebelum result:

'walau apa pun yang terjadi, Allah dah tentukan'
'keep moving forward and never look back'
'jangan nangis sikit pun'
'course kau tough, chill je'
'Allah uji, Allah sayang, usaha kurang mungkin'

*entahlahh dalam seminggu tuu rasa mcm bercinta dengan Kekasih je malam malam je jumpa Dia, sebab takut tak kuat. Jadi kekuatan yg aku ada sampai ke harini semua pinjamanNya . Semoga aku terus bersyukur ameen inn shaa Allah.





Ya Allah semoga hari hari akan datang baik baik sahaja,
Semoga Kau pinjamkan kekuatan aku harini sampai hari hari seterusnya.
Semoga aku terus merindui Kau,
Semoga segala jatuh bangun aku ni.
Semoga Kau permudahkan setiap perjalanan hidup aku.
Semoga aku tak pernah Lupakan kau,
Semoga Kau berikan kejayaan utk aku Ya Allah 


*senyum* 

Setiap kali nak masuk sem je mesti takut. Lagi lagi degree. *nangis* May Allah ease.

Miracle

Assalammualaikum w.b.t




Debaran dari hari ke hari dah terjawab.

Dan Allah tahu apa yg terbaik untuk aku.

Macam mimpi, Allah masih bagi peluang lagii. syukur tak terhingga.

Syukur sangat. Semoga aku terus merindui Kau dan Kau pun sama.

Less expectation and yeahhh I got what I need not what I wanted. hehe

Alhamdulillah syukur sangat, terima kasih Allah

Inn shaa Allah aku cuba hargai nikmt ni, jauhknlah aku dr alpa.



takut

Assalammualaikum W.B.T





Takut utk hari yang mendatang.

Hari yang mana tak tau kesudahan yang baik atau sebaliknya.

YaAllah mohon kesudahan yang baik

Dan berikanlah kekuatan. 

Aku takut.


Positive. moga baik baik sahaja. inn shaa ALLAH. Ameen

Happy bornday .

Assalammualaikum w.b.t



Hai awak. sebenarnya taknak post entry pasal awak sebab awak busy.

So, I guess u hv no time to check my blog and read this tahpape punya post.

Hahaha. its not about you yg tahpape but its me. my story bout you. hehe


But first of all, happy bornday my dearest Afini Azhar.

You know what, u re my one and only friend yg dah lama gila jadi my ear since 2010, right?

Thats why, when you and I too busy to whatsapp,text and met its upset me so much. 

But its okay, even tho we re not so closed like before but still I can find you and you can be my good listener. Boleh tak? hahaha

Btw, I hv a lot to story bout you since kita macam banyak salah faham ths year.

Mulamula nak minta maaf sebab ada one time tuu, akak marah awak enn? yes, my bad. hmmm Inn shaa Allah takkan ulang lg. A liltle bit pressure time tuu. haiihh.

Then, after that kita memang jarang gila whatsapp sebab both busy en? 

Haaa lepastuhh awak pun tau kan kita macam mana. hahaha panjang sangat lah nak cerita awak :P



Okay, lets masuk serious mode. Banyak benda nak wish awak ni, tapi awak tak suka baca panjang panjang. 

so, here we go. hahaha picture bawah ni. 






:) Semoga panjang umur & murah rezeki.
:) Awak, semoga dapat buat yg terbaik dan leklok utk semester akhir. and please join me soon kat Palam yeaa. hahaha.
:) Thanks for everything you hv done for me. almost six year kot kita kawan. terharu tak? hahaha
:) Take care of yrself and wish u goodluck in future life. Doakan akak tauuu. 


Kebetulan atau perancanganNya?

Assalammualaikum w.b.t



Korang pernah tak bila ada masalah yg berkaitan dengan diri korang ,

then korang scroll timeline twitter,

bukak moment wechat,

baca entry kat belog,

newsfeed dekat facebook ,

Korang dengan secara tidak sengaja terjumpa 'ayat'2 atau kata'2 takpun cerita yg boleh reflect balik or camne korang nak face that problem'

Sebab aku rasa bila aku ada je problem, kekadang tengah lepak temlen enn 

Ada je ayat or quote yg boleh reflect balik diri.

Dalam hati rasa macam kena je dengan diri ni. Allah nak tegur kita, Kita salah, mungkin sebab tu kita diuji.

Bagi aku ia bukan kebetulan, ia mungkin perancanganNya sebab Allah nak tunjuk Allah ada je dengan kita bila kita ada masalah.



Cuma kadang, kita tak yakin dengan nk meminta padaNya. Doa je. Tak susah kan *talk to myself*


Sebab tuhh kalau macam ada problem, first sekali doa sungguh sungguh, dalam doa yakin dan sangka baik dekat Allah *selfreflection*

Kita cuba ubah takdir dengan doa, usaha lagi dengan doa. Yakin dengan keajaiban doa, inn shaa Allah , Allah pandang usaha. ulang lagi sekali. USAHA!! 


Itulah sebab sejak akhir akhir ni, aku cuba usaha dengan sebaik mungkin utk berdoa tentang result aku waalahualam , aku takut tapi aku cuba nak positivekan keadaan.

Jadi, thats why laah bila aku buka insta,twitter ke, belog banyak sangat aku jumpa cara cara yg terbaik nak berdoa kepada Allah taala.

Dalam pada masa yang sama, aku rasa Allah tengah nak tolong aku supaya aku tak putus asa untuk terus berdoa. Aku berhak utk meminta. Meminta dengan usaha. tambahkan keyakinan dan bersangka baik. *dah banyak kali ulang, so kept these three things*


That's all from today, alhamdulillah . Semoga kita terus bersangka baik pada Allah lillahitaala. inn shaa Allah.

*rindu nak aktif menulis & coret cerita kat sini*
*dengan menulis dapat kurangkan beban masalah, sebab ia macam meluahkan* 


May Allah's blessing always with us. ameen. doakan sayaa awaaa. *senyum*






SAHABAT

Assalammualaikum W.B.T





Biar retak bagai cermin diatas,

Biar gaduh bagai nak rak,

Biar sakit hati tak terkata,

Biar pernah bermasam muka,

Biar kata kata tidak elok pernah dikatakan,

Biar semuanya berlaku dan biarlah semuanya berlalu.



Berlalu sebagai satu cabaran dalam sebuah persahabatan.

Cabaran untuk mengukuhkan lagi ukhuwah ini.

Sungguh semakin kita dekat, 

semakin meningkatnya dan bertambahnya 'tahun' dalam persahabatan ini,

semakin kita semakin kenal antara satu sama lain,

semakin kita sering bertukar tukar rasa suka, marah, duka,

semakin Allah uji persahabatn kita.


Allah. Moga kita semua terus kuat untuk menghadapi segala dugaan dan ujian dalam bersahabat.

Semoga Allah pinjamkan kekuatan ini atas landasan ukhuwah lillahitaala,

Sejujurnya, cnad sayang awak awak semua sangat sangat demi Allah taala.

Terlalu banyak kesilapan dalam kita bersahabat.

Terima kasih tak terkata kerana masih terima diri ini yg serba kekurangan dgn seadanya . 

Syukur utk kata2 semangat, ajak ke jalan Allah, nasihat yg baik, ilmu yang banyak, nikmat yg dikongsi.


Hanya Allah yang mampu membalasnya . inn shaa Allah. ameen



Salam sayang, cinta dan kasih dari cnad utk korang semuaa. muaahh bebanyak. love yaa.

4years and ? months  & still counting inn shaa Allah.

2011-2013 diploma

2014-2015 degree



Penghujungnya

Assalammualaikum w.b.t


Pejam celik pejam celik, tinggal dua minggu je lagi class utk part 5 nak habis. Then study week, final, habis! Fuhh cepat sangat. Alhamdulillah for everything. Banyak susah payah semester ni sama juga macam last sem, cuma sem ni banyak main dengan perasaan & hati.

Hati kena kental sebab banyak benda pasal last sem yg asyik berkait.

Asal benda tu berkait & terkait aku terus down. Jatuh. Tak leh move on.
 
Give up. Again and again. berapa banyak dah jatuh. *nangis.


Tak cerita lagi pasal hubungan dengan Yang Atas dengan orang sekeliling rasa macam musnah. Hancur. My bad . my bad. Feel bad for my self. hmmm. 
Allah dah bagi chance satu class dengan kawan kawan, lectr yg okay, masa yg banyak utk study etc tapi kat side lain plak aku hancur . *nangis ahh.


Fuhhh. Dua minggu lagi Cnad.

Sekarang tengah cuti Gawai. Macam biasa naik cuti segala assignment, test, quiz, presentation akan berderet. Tak leh nak mengeluh or complain sebab benda tuh semua tanggungjwab and yes! Ini degree bukan diploma. Put much effort and work hard on it if u want to fix everything. *senyum*
Kau boleh Cnad. Kau mampu. Kau cuma kena positive dan kerja keras. Doa. Jga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. JAGA HATI. JAGA ALLAH. 

Alhamdulillah, utk draft final punya jadual so far okay. Cuma kena pandai manage masa sebab takde study week. Hmm. Carry marks rasa banyak atas pagar. Inn shaa Allah. Trying hard to achieve your target Cnad. Jangan kecewakan sesiapa. Jangan kecewakan diri sendiri.



Moga Allah mudahkan segala galanya atas izinNya. 

Jangan cepat jatuh. cepat give up. Peluang datang lagi.

Please dont lose the opportunity. Grab it ! atas izinNya 




Semester baru lagi

Assalammualaikum W.B.T


Hai, mood study kembali semula. Next week dah start semester baru. Ya Allah syukur alhamdulillah registration course dah settle walaupun pada permulaan nya agak serabut sebab dia limitkan class A-U utk semua yg lulus semua subject last sem. Padahal sem lepas diorang dah buat pre register sebab tak nak bagi susah student nk on9 class. Tapi last'2 pre register tuh not valid pun. But it's okay, tarik nafas lega sebab dh selesai.   Be postive and positive things will happen *senyum Cuma sedihlah sebab sorang kawan aku tak sempat register class sama. Tetiba rasa bersalah kat dia. hmmm.


Azzam semester 5? Banyak sebenarnya. Disebabkan aku gagal capai keputusan yang memuaskan aku harap sem depan aku tak main main. Ya Allah sumpah takut sangat. Aku nak, diri aku yg dulu. Yg focus dlm kelas, masa tidur yg sedikit, tak lagha dengan phone. Jaga hati aku, Ya Allah *nangis. Sumpah banyak lagha, banyak merungut sangat. Nawaitu hilang entah kemana, Cepat je putus asa. Aku rasa seminggu aku kecewa, tak leh move on dgn result. Allahu. Aku bersyukur tapi aku masih tak redha. TERUK. Alhamdulillah, okay dh sekarang.


Alhamdulillah, jadual semester depan pun agak memuaskan masa kelas. Harap dapat gunakan dengan baik masa dalam kelas & masa free. Inn shaa Allah. So please Cnad 'kill the killer paper'. Walau apapun bangun balik, jangan terus jatuh. Sebab aku memang mudah kecewa sebenarnya. Cuma aku pendam, tak reti nak luah sangat. Allah je faham susah senang jatuh bangun aku. Harap semester ni tak main main macam dulu inn shaa Allah. Jumaat ni pun nak balik rumah sewa dah. Barang apa tak kemas langsung. huhu. Suka tangguh kan, haiish. Harap lagha aku yang banyak'2 kat rumah aku tinggal. 


Last but not least, 3/3 result SPM nak keluar. Ya Allah moga Kau kurniakan kejayaan kepada adik aku, Siti Najihah dan sepupu aku Nurhidayah dan kawan kawan batch diorang. Inn shaa Allah moga semua lulus cemerlang dan perjalanan nak sambung belajar dipermudahkan. Ameen. Ya Allah, moga Kau beri pinjam nikmat kejayaan kepada mereka. straight A dan lulus cemerlang atas usaha doa dan tawakal mereka. Ameen . Ya Rabbal alamin *senyum.




Bismillahirrahmanirrahim my challenging journey will begin next week :) May Allah bless.
Ya Allah kurniakan kesabaran yang tinggi utk kami menghadapi segala ujian.
Ya Allah jauhkanlah kami dari lalai & leka dalam mengejar ilmuMU.
Ya Allah hindarilah kami dari kesibukan dunya yang melaghakan hidup kami.
Moga nawaitu menuntut ilmu keranaMu. ameen ameen ameen. Bidznillah



Happy birthday awak






Assalammualaikum W.B.T



Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Dayuu
Happy birthday to youu
I LOVE YOU .
Hai awak. Lama tak jumpa kan?

Did u miss me?

Ntah bila nak jumpa lepasni.

Awak, dah 22 tahun laa.

Semoga sentiasa dimurahkan rezeki,

Diberi kesihatan, diberi kekuatan untuk terus hidup lagi.

Hidup yang makin tough! 

Yang makin susah sini dan sana.

Semoga menjadi anak yg solehah, bertanggungjawab dan baik kepada mak awak tauu.

Semoga sentiasa berada didalam lindungan Allah ta'ala, diberkati dunia dan akhirat.

You know what? I miss u so badly.

Please take good care of yrself.

Doakan aku weh! Aku tak kuat macam diploma dulu.

Aku rindu kau yg selalu kasi kata'2 semangat, kata'2 positive kat aku.

Moga ada rezeki jumpa lagi .

Tapi tak tau bila kan? 

Last but not least, aku minta maaf selama aku kenal kau kalau aku ada sakitkan hati kau,

moody tak tentu pasal, selalu nk debate pasal benda tak penting.

Kau je yang tahan & paham bila moody aku sampai. 

Doakan aku tau . AKU SAYANG KAU WEH !

BFF kita

Assalammualaikum W.B.T 






Kawan study.

Kawan lepak.

Kawan redbull.

Kawan gossip.

Dari awkward gila jadi 'terbiasa' terus dengan dia nih.

Dari 'kita, awak' terus ke 'Kau,aku'.. I,You pun pernah masuk. *rojak punya bahasa

Dari diploma sampai ke degree.

Alhamdulillah utk semuanya awakk.

Siapa sangka dulu kat Diploma satu geng,satu class tapi tak serapat kat degree nih.

Tak sangka langsung kann? *senyum.

Bersyukur sangat utk persahabatan nih.

Banyak sangat benda aku belajar dari farah. 

Tengok kelebihan dia, menambahkan lagi semangat utk aku tambahkan kelebihan aku.

Ada keburukan dari dia, dari situ aku cuba baiki apa yg aku perlu.

'Kalau kita mudahkan orang lain, Allah akan mudahkan kita' - Farah 

5 years of friendhip and still counting :)

Inn shaa Allah moga Allah kukuhkan ukhuwah ini, maaf salah silap,

Maaf banyak kekurangan sepanjang perkenalan.

Dan semestinyaa aku sayang kau kerana Allah. 




Throwback convo & pre convo.


Assalammualaikum w.b.t


Seperti yg aku janjikan nak post gambar and entry pasal convo kann. 

Nak tahu time nak convo & pre convo pun banyak lagi masalah. sebab kitaorang convo kat uitm branch so date tak sama.

So, terpaksa skip class tiga hari. ingat gembira ke skip class degree ni. Tak langsung.

1/12- isnin (pre convo)- pagi.  3/12-Rabu (convo)-pagi. Sidang 3.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. syukur sangat. pukul 10stgh pagi dah settle.  

Nak kasi tunjuk gambar pre convo sat. sikit jaa lah tapinya.



 
Apart of us .


Farah,intan,aku,syafi *muka syook sendiri memasing

Yaa it's me. 


Bismillah. Masuk cerita convo. First of all, alhamdulillah syukur ke hadrat illahi, I'm officially graduated in Diploma in Accountancy. Dan selempang pink akhirnya jadi milik aku. Alhamdulillah.

Terima kasih sangat'2 kat mak & abah sebab selama 3 tahun ni banyak menyusahkan. Jatuh bangun gagal berjaya senang susah sentiasa ada dgn aku. Tak pernah putus asa berdoa utk aku. Tak pernah merungut hantar aku jauh'2 ke Melaka / Klang sentral. Kejayaan ni untuk mak & abah. Tadaaa. 

My strongest backbone until my last breath. lebiuuu

Thanks to you, kak Ikin sebab datang convo nih, yg paling penting belanja aii bunga tuhh. i'm really appreciate that sistaa. Inn shaa Allah kita sama'2 berjaya pastuh kasi mak n abah bangga. Yang penting kita semua dapat balas jasa diorang. Ameen inn shaa Allah. And to my lil sis, aku bukan pandai sgt pun macam kau selalu fikir. Aku tahu aku tak pandai jadi aku usaha dan aku tahu kau macam aku juga. Usaha lebih banyak jiha, aku harap kau lagi boleh bangga mak abah macam aku buat . Aku doakan kau lg hebat dr aku taauu. Muaah ciked! And goodluck for yr future !


May Allah's blessing always w us.ameen. lebiuu guyss.


Dan untuk mereka yang banyak tolong aku bila aku tak faham apa yg lectr ajar, hiburkan aku bila stress, bagi advice bila tengah down dan support aku dgn postitive words. Thank you so much guyss. Alhamdulillahh, we made it finally! Grad on time is the best thing ever n may Allah ease everything for our future. *tabahkan hati utk degree ni juga kawan kawan. Perghh. patah hati fikir degree :(

Classmates. Coursemates. Soulmates.


Last. Ni last yaa. Alhamdulillah. 'Vice Award'. *senyumm. Congratulations guyss. Ya Allah moga mudahkan perjalanan kami kat degree ni. Kuatkan kami. Kuatkan hati kami. Moga kejayaan ini milik kami lagi. Inn shaa Allah ameen. *1st class degree. Lets aim this award guyss :) 

Orang trsayang dan disayang. sayangg korang.

Untuk awakk yang jauh tapi banyak bantu saya masa diploma harituh, thank sesangat. Moga Allah redha dan mudahkan awak plakk. Inn shaa Allah wll meet u soon. Study leklokk kat Dungun. :)



Disebalik rindu

Assalammualaikum W.B.T



Masa degree ni aku rasa aku banyak sangat merungut. Banyak sangat sampai aku rasa, aku bersyukur boleh kira berapa kali.

Aku merungut tak cukup masa study.

Aku penat.

Aku tak larat nak hadap degree.

Aku fed up dgn assignment bertimbun.

Aku stress dgn cara lecturer degree ni mengajar bla bla bla.

Tapi yg paling banyk kali aku ulang, aku rindu diploma.

Aku rindu diploma, berapa puluh kali juga aku merungut macamtuh.


Sampai satu tahap, aku fikir. Apa yang aku rindu sangat kat diploma.

Apa yang beza sangat degree- diploma sampai aku asyik ulang'2 dalam kepala aku rindu diploma.


Sebenarnya aku rindu 'MASA' .
Masa yg aku boleh peruntukkan utk ke taman syurga, utk lebih konsisten dlm bertemu Allah.
Masa yg aku ada untuk sembang dgn kwn'2 pasal ilmu akhirat.
Masa untuk jejak masjid.
Masa di mana fikiran aku Syurga, akhirat, niat hidup, niat belajar.
Aku rindu itu semua tanpa aku sedar.


Dan, aku salahkan degree sebab aku kekurangan Masa untuk buat semua tuh.
Aku kekurangan masa untuk pergi ke taman syurga walaupun banyak sgt flyers tampal kat blok kolej.
Aku kekurangan masa untuk fikir pasal akhirat sampai aku asyik lupa je tajdid niat belajar :'(

Sedih.


Terlalu banyak merungut sampai lupa nak buat semua tuh. 

Doa, usaha dan tawakal.

Dan yang aku tahu kekurangan masa. Allahu. 


Khilaf sangat. Lagha banyak. Dosa bertambah lagi. Allah.


Ya Allah, Kau tetapkan lah hati kami untukMu. 

Amin ya Rabbal alamin :') Doakan aku. Doakan kawan kawan aku juga. 

Aku nak syurga bersama. 


Topik Hangat

Assalammualaikum. Hai *lambai


Ehemm, this time bukan nak story pasal degree, itu kita postpone utk next entry. Sebab ada topik lagi hangat nak cerita kat sini. Alhamdulillah, 2015 tambah 1 nombor utk umur = 22thn.
Tak tahu lah sejak kebelakangan ni topik kahwin, tunang jadi topik hangat dikalangn org yg umur sebaya aku nih. Ini semua gara'2 salah seorang kwn sekolah menengah aku tunang secara senyap'2 dan tiba'2. Even aku pun baru tau. Riuh group whatssap Geng10. Tahniaah.Rushda :) Dan lepastuh mulalah mintak tips macam macam. Funny gila. Tapi more excited actually. Dan aku sedar, semua orang dah besar. Dan semua orang berfikir tentang perhubungan yg series & halal. Siapa taknakk wehh ? *sigh


Dannn makin aku terasa nak sembang topik ni lagi bila kakak aku dh selamat jadi isteri orang di usia yg muda, Alhamdulillah, still I'm happy for you sistaa. Kakak dgn aku jarak dua tahun je kot. Jodoh dah sampai dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar harituh even aku tgh serabut serabai dgn segala test, quiz, presentation, steal some time utk dia juga. *muka terpaksa* hahaha. K. Joking around sistaa. Hmm, kakak dah kahwin, konfirmlah aku rasa lain sikit even keakraban kami tak mcm zaman kitaorang kecik'2 dulu. Yelaa, dia jenuh kat oversea sebab tuh ada sikit gap. Lepastuh, cousin yg aku memang kamcing gila tunang. Yaa, setahun je pun jarak dgn aku. Dia tunang pun mengejut. Gilaa memang aku terkejutlaa. *nangis. Geng takde. Ths year inn shaa Allah naik pelamin kot. Yaaa. Geng aku takde dh raya ni. 



Haii, why laa semua nak kahwin. Hahah. Memang jeles pun weh. Aku ni masih struggle bagai nak gila dgn degree yg baru mula semester. Hmm, plus harapan nak kahwin time study ni memang kena batalkan awal awal, pleasee. Geng study kat degree memang tak boleh kahwin. Sebab masing'2 terikat dgn biasiswa. Kalau kahwin kena denda n tarik biasiswa. Macam lawak, but this is a fact. Tapi, kekadang, kalau macam penat sgt belajar kitaorang ada gak kata nk quit degree pastuh nak kahwin. Then, one of us mesti kata, alaa nanti kena saman, denda, tarik biasiswa. So stop dreaming, guyss. LOL. Jomlah sesama berjaya then baru kahwin okay. Dapat stable job and high salary then lepastuh kalau nk kahwin gah gah pun sukahati engkoranglaa. Btw, org kata calon susah nk dapat lepas study sebab busy. KALAU ADA JODOH TAK KEMANA KAN? *grinss


Last, aku jeles betei tgk kakak aku dgn husband dia. But sometimes aku wondering camne dia boleh handle dgn stranger yg tetiba ada dlm life dia. Lagi'2 bab bersenetuhan. Aku tgk pun rasa mcm awkwardnya wehh nanti bila aku kahwin. LOL. Tapi, bercinta lepas nikah best. Dont worry guys, achieve your dream first inn shaa Allah, Allah will do the rest. have faith *smile


Only this picture yg ada gambar aku n sistaa, gua tak sempat nk jejak pelamin :3





Inn shaa Allah moga perkahwinan kau kak sampai syurga. Abg ipar, carikan satu utk saya boleh.Saya nak juga ala ala ustadd. Kidding. Bye. Moga Allah redha kau n suami kak. Doakan aku. hikhiks





The reasons whyy

Assalammualaikum WBT



Sebab dah lama sangat tak bercinta buat karangan kat belog ni,

Sebab busy bagai nak gila DEGREE ni. How's  bad my life u knoww.

Sebab aku rasa banyak sangat benda nak tulis sepanjang hidup kat Degree ni

So, lets me write a short one before I start write a long one to story about how hectic n miserable my life. 

Sebab semester break dah start and I have a lot of things to do but you know what, three days at home and I'm still wasting my time. TIDUR. TIDUR TIDUR. 

Sleeping beauty kau tauu? *grinss.

Okay. That's all. Next entry aku buka cerita hidup kat Degree. 

Dan aku rasa aku nak encourage org yg ambik Accounting supaya stop sampai Diploma je, 

Sebab degree ni Lifeless kalau hidup as accounting student. K bye.