Semester baru lagi

Assalammualaikum W.B.T


Hai, mood study kembali semula. Next week dah start semester baru. Ya Allah syukur alhamdulillah registration course dah settle walaupun pada permulaan nya agak serabut sebab dia limitkan class A-U utk semua yg lulus semua subject last sem. Padahal sem lepas diorang dah buat pre register sebab tak nak bagi susah student nk on9 class. Tapi last'2 pre register tuh not valid pun. But it's okay, tarik nafas lega sebab dh selesai.   Be postive and positive things will happen *senyum Cuma sedihlah sebab sorang kawan aku tak sempat register class sama. Tetiba rasa bersalah kat dia. hmmm.


Azzam semester 5? Banyak sebenarnya. Disebabkan aku gagal capai keputusan yang memuaskan aku harap sem depan aku tak main main. Ya Allah sumpah takut sangat. Aku nak, diri aku yg dulu. Yg focus dlm kelas, masa tidur yg sedikit, tak lagha dengan phone. Jaga hati aku, Ya Allah *nangis. Sumpah banyak lagha, banyak merungut sangat. Nawaitu hilang entah kemana, Cepat je putus asa. Aku rasa seminggu aku kecewa, tak leh move on dgn result. Allahu. Aku bersyukur tapi aku masih tak redha. TERUK. Alhamdulillah, okay dh sekarang.


Alhamdulillah, jadual semester depan pun agak memuaskan masa kelas. Harap dapat gunakan dengan baik masa dalam kelas & masa free. Inn shaa Allah. So please Cnad 'kill the killer paper'. Walau apapun bangun balik, jangan terus jatuh. Sebab aku memang mudah kecewa sebenarnya. Cuma aku pendam, tak reti nak luah sangat. Allah je faham susah senang jatuh bangun aku. Harap semester ni tak main main macam dulu inn shaa Allah. Jumaat ni pun nak balik rumah sewa dah. Barang apa tak kemas langsung. huhu. Suka tangguh kan, haiish. Harap lagha aku yang banyak'2 kat rumah aku tinggal. 


Last but not least, 3/3 result SPM nak keluar. Ya Allah moga Kau kurniakan kejayaan kepada adik aku, Siti Najihah dan sepupu aku Nurhidayah dan kawan kawan batch diorang. Inn shaa Allah moga semua lulus cemerlang dan perjalanan nak sambung belajar dipermudahkan. Ameen. Ya Allah, moga Kau beri pinjam nikmat kejayaan kepada mereka. straight A dan lulus cemerlang atas usaha doa dan tawakal mereka. Ameen . Ya Rabbal alamin *senyum.




Bismillahirrahmanirrahim my challenging journey will begin next week :) May Allah bless.
Ya Allah kurniakan kesabaran yang tinggi utk kami menghadapi segala ujian.
Ya Allah jauhkanlah kami dari lalai & leka dalam mengejar ilmuMU.
Ya Allah hindarilah kami dari kesibukan dunya yang melaghakan hidup kami.
Moga nawaitu menuntut ilmu keranaMu. ameen ameen ameen. Bidznillah



No comments: