Kita kuat kan?

Assalammualaikum w.b.t


Inn shaa Allah lagi dua minggu kena stay rumah lepastuh masuk semester baru. Entahlah aku malas nak patah balik utk semua yg berlaku. Aku redha. Aku nak pandang depan. Biarpun payah, susah, rasa macam nak meraung je, rasa nak marah diri sendiri, cakap kat diri sendiri 'apa yang kau dah buat utk dua semester degree yg kacau bilau ni'. Apa benda kau ni, sibuk sangat dengan benda tahpape sampai segala yang kau impikan terkubur. Gagal. Gagal Cnad. *nangis* Entahlahh utk result yang baru ni, aku memang dh janji kat diri, aku nak bersyukur je, nak redha, tawakal andd happy. Alhamdulillah, Allah bg pinjam kekuatan . Positive.


Bila ada kawan aku whatsapp tanya result, sejujur jujurnya aku biasa je, aku bersyukur sebab lulus semua. Walaupun ada kawan aku yang kecewa sebab tak DeanList. hahaha. Rasanya macam lama tak mention DeanList sebab dia taknak kawan dgn aku. Aku cuma advice kawan aku tu, suruh bersyukur utk result dia walaupun tak dean, kamoonn kita dh lulus pun bersykur ehh? haahaha Pandai kau nasihat orang padahal kau semester 5 ni jatuh tergolek, down bagai nak rak, tak leh move on dgn kisah sem4 kannn. hmmm Lepastuh dia kata, dia malu sebab tak bersyukur dgn result dia. Lepastuh dia salute sbb aku bersyukur walau result tak bagus. hehehe. 'sebab benda dah berlaku dua kali, aku dah jaga hati utk tidak tak bersyukur' 


Hemingway pun kata 'when life breaks us all, we re stronger in e broken places'



Sebab aku dah janji kat diri sendiri seminggu sebelum result:

'walau apa pun yang terjadi, Allah dah tentukan'
'keep moving forward and never look back'
'jangan nangis sikit pun'
'course kau tough, chill je'
'Allah uji, Allah sayang, usaha kurang mungkin'

*entahlahh dalam seminggu tuu rasa mcm bercinta dengan Kekasih je malam malam je jumpa Dia, sebab takut tak kuat. Jadi kekuatan yg aku ada sampai ke harini semua pinjamanNya . Semoga aku terus bersyukur ameen inn shaa Allah.





Ya Allah semoga hari hari akan datang baik baik sahaja,
Semoga Kau pinjamkan kekuatan aku harini sampai hari hari seterusnya.
Semoga aku terus merindui Kau,
Semoga segala jatuh bangun aku ni.
Semoga Kau permudahkan setiap perjalanan hidup aku.
Semoga aku tak pernah Lupakan kau,
Semoga Kau berikan kejayaan utk aku Ya Allah 


*senyum* 

Setiap kali nak masuk sem je mesti takut. Lagi lagi degree. *nangis* May Allah ease.

No comments: