Ilmu

Assalammualaikum W.B.T


Dah  lama rasanya tak lepak sini habiskan masa update entry yg panjang panjang. So, dengan ada sedikit masa ni diikuti dengan laptop yg 'baik hati', internet yang ala ala 'perlahan laju' dan masa yg ada ni .
Ni sekarang kira saat saat kira kritikal yg rasanya masa tak tunggu kita. Sebab apa,
Week yang akan datang bakal busy dengan presentation & final project. 

Busy juga dengan segala test 2. Tipulah kalau tak takut lepas result test1 yang tak berapa puas hati.
Yaa. Masih cuba membahagikan masa dengan baik menambahkan ilmu akademik dan juga ilmu Allah. Eh, tak macam sama ke tuh? haa. Akhir bulan 3 final exam untuk semester akhir bermula. Alhamdulillah harapnya ke-struggle-an nak study untuk final kali ni dengan niat yang betul . Tahu. Dulu tak pernah niat betul. Maksudnya belajar sebab apa? Nak cari ilmu untuk apa? Nak bawak ilmu kemana? Rupanya kita ni memang diberi amanah untuk 'belajar & menambah ilmu'. Kira macam amanah dr Allah. Jadi takkan kita nak buat sambil lewa sampai tersalah niat. Atau mungkin tak niat apa apa. Hmm. Fikir dalam dalam. Kalau belum niat. Boleh mula niat balik. Perbaiki diri, tajdid niat. Semoga segala ilmu yg dituntut atas keredhaan Allah & ilmu ini dapat disampaikan kepada org lain. Inn shaa Allah.


Imam AlGhazali pernah mengkhabarkan bahawa perkara yg menjadikan manusia mulia adalah kerana ilmunya bukan disebabkan kekuatan dirinya.

Saiyidina Ali juga berpesan: Ilmu lebih baik daripada harta kerna harta perlu dijaga sedangkan kalau adanya ilmu, ia yang akan menjaga kita.


Tengok. Betapa tingginya martabat ilmu itu. Jadi sebelum test ke final ke belajar ke. Kita kena tajdid niat balik untuk tambahkan ilmu & cari kerana Allah ta'ala dan semoga segala ilmu ini kita dapat sampaikan kepada orang lain dan kita sendiri juga akan mengamalkan.

Nak tahu sebab apa ada sesetengah orang Allah bagi kelebihan sebagai 'ulat buku'. Senang je jawapannya. Sebab Allah nak kita sering membaca. Membaca buku & menambahkan ilmu.Banyak cara boleh tambahkan ilmu selain dr hadir majlis' ilmu, dengar rancangan ilmiah & ceramah kat tv, baca buku ilmiah dan untuk blogger yang suka blogwalking tuh lagi senang nak tambah ilmu. Lepak je blog blog yang boleh tambahkan ilmu kat dada korang. Kalau macam aku, aku suka lepak blog APG. Blog yang ala ala santai, boleh masuklah kiranya ilmu yang disampai walau kadang segala penyampaian dia boleh terkena batang hidung sendiri. Mehlah tambah ilmu juga, lepak belog ni hari hari.

Dan kalau korang nak tahu selain dr semua tuh, korang taddabur je alquran. Haa. Kenapa aku cakap macam tuh.Sebab semua kisah kisah para nabi, sahabat sahabat, khabar gembira & peringatan Allah ta'ala ada kat situ. Khatam alquran sekali tadabbur, ulang balik ulang dan ulang supaya ilmu sentiasa melekat. Inn shaa Allah.

Entry yg panjang bukan? Sampai sini jelah. Nak kena sambung study taxation. Moga Allah permudahkan segala perjalanan kami untuk semester akhir. ameen . Senyum. Semoga penguat kita datangnya dr Allah.

No comments: