Ibadah

Assalammualaikum W.B.T

Entry kali ni inn shaa Allah nak kongsi pengalaman dari diri sendiri. Pernah dengar ibadat bermusim? Pernah, kalau tak pernah dengar meh cnad terangkan. Ibadah bermusim maksudnya kita lakukan ibadah dan laksanakan perintah Allah pada waktu waktu dan masa masa tertentu. Definisi ni adalah dari fikiran cnad sendiri. Selalunya ibadah bermusim terjadi bila dah nak dekat final exam & time final exam. Tak pun berlaku pada bulan Ramadhan sampai kita tak sedar yg kita ni boleh digelar 'hamba Ramadhan'. Ya Allah.
Terus terang, bila kita buat ibadah ni bermusim, kita akan jadi rajin masa itu sahaja dan rajin kita beribadat bersebab. 

Kita sendiri tahu yg permulaan utk beribadah paling penting pasang niat kerana Allahlilahita'ala, moga dengan ibadah ini dapat masukkan kita ke JannahNya dan moga kita terus istiqamah utk ibadah ini dan moga Allah sentiasa redhai kita. Inn shaa Allah. Tetapi, kalau permulaan ibadah tersalah niat macammana?. Contoh paling jelas yang aku sendiri selalu buat iaitu bila time bulan final exam memang rasanya kalau boleh memang taknak tinggal satu pun. Solat lima waktu cukup, bukan setakat cukup tp diawal waktu,mathurat lepas subuh & asar(dulu aku pakai persepsi sendiri bila dah buat subuh, asar tak buat T-T). Itu dulu. Tak cukup dengan tuh, alquran memang lepas solat tak pernah tinggal, sebelum tidur siap buat solat hajat,solat tahajud. Tapi semua benda ni tak berhenti sampai final je. Ni, dlm proses nk dapat result pun punya pulun segala ibadah. Jaga hubungan baik dgn Allah, manusia-manusia.

Masa itu hanya satu je pemikiran aku, semoga segala yg aku buat tuh Allah balas dengan kejayaan. Ya Allah, tak sedar langsung time tuh salah niat. Salah niat T-T. Tup tup bila dah dapat result buat sujud syukur lepastuh, segala ibadah dah kembali tunggang langgang. Lepastuh rasanya mathurat dah hilang entah kemana. Alquran baca pun lepas habis solat Maghrib JE! Dhuha pun dah lupa. Dalam hati 'syukur alhamdulillah' utk keputusan yang 'dianggap cemerlang' walhal sedikit pun aku tak menunjukkan tanda sykur dengan istiqamah ibadah. Allah. Allah. Allah. Manusialah yg paling mudah alpa . 

Dan sekarang, alhamdulillah walaupun ilmu didada sangatlah cetek tapi berbekalkan ilmu yang sedikit Allah bg aku peluamg buka mata. Walau masih kecil,bertahtih,masih gagap tapi inn shaa Allah mampu membezakan. Ingat , benda yang paling penting utk apa yg kita buat, tajdid niat balik. Pasang niat. Pasang niat. Diulang pasang niat. Cuba untuk terus beristiqamah dengan solat lima waktu lengkap & diawal waktu, diikuti mathurat lepas subuh & asar, dhuha, bacaan alquran lepas setiap solat (sekali tadabbur),almulk & alkahfi. Ya Allah moga kali ni niat aku untuk mendapatkan keredhaanMu, untuk mencapai jannahMu,untuk menambahkan kecintaanku kepadaMu dan aku mohon kau pimpinlah aku supaya aku tak tersasar lagi dr jalanmu. 

WaallahuAllam. Allah, redhailah keluargaku,sahabat sahabatku, kaum muslimin dan muslimat .Ameen.
Peganglah hati kami sehingga ke akhir hayat kami dan moga destinasai terakhir kami adalah SyurgaMu yang tersangat indah. Allahu.


*Alhamdulillah cnad gembira sangat dapat bertemu sahabat baru* 
*Moga pertemuan ini besar manafaatnya, moga dia dapat bantu aku jadi lebih baik di sisi Allah*
*Penguat kita datangnya dari Allah*\
Akhir kata utk diri sendiri . Kata kata ni aku petik dr blog KenikmatanNur.


KUATKAN DALAMAN DULU BARU LUARAN.
UBAHKAN AKIDAH DULU BARU IBADAH -        NOTED.

No comments: