Sentap

Assalammualaikum W.B.T

Bismillahirahmanirrahim.

YaAllah, sentap sangat hati ini. Terkejut. Lain rasa hati ini.
Pertamanya, mari sedekahkan alfatihah untuk saudari Adibah Norkhairy,17 serta parents dia.
Terus terang aku memang tak kenal arwah ini.Tapi tadi mak long aku tepon mak beritahu yang salah seorang guru Jawi meninggal dunia accident kat sungai Buloh.
Accident dalam perjalanan pulang hantar anaknya balik dari Kedah.
Norhayati (ibunya Adibah) yang mak long aku kenal.
Lepastuh bila aku nampak tweet Mato sedekahkan alfatihah & solat jenazah ghaib untuknya so aku assume yang mereka mungkin kenal antara satu sama lain.
Sejujurnya aku memang tak kenal arwah ini, tapi tadi aku tengok account twitter,blog dia.
Allah, rendah dirinya aku. Sungguh beliau layak untuk Jannah. Sungguh Allah sayangkan dia.
Sentap dengan diri sendiri yang jauh sangat beza.
Dan aku masih lagi dipanjangkan usia untuk beribadah kepadaNya kerana banyak lagi benda yang perlu diperbaiki.
Tapi aku tak kuat untuk hadapi hijrah ini berseorangan.
Mungkin doa, mengadu padaNya. Ubah diri kena mula dari diri sendiri.
Aku rasa aku seperti kembali pada aku yang dulu. yang alpa,leka,lalai dengan hiburan.
Allah, bantulah dan hadirkanlah sahabat yang boleh buat aku terus beristiqamah kejalanMu.
Kerana aku takut, jalan yang aku pilih ini masih tak cukup kuat kerana berseorangan.

WaAllahualam. Back to basic as His servant. Inn shaa Allah everything will be fine.
YaAllah, pupuklah hati ini kejalanMu sekali lagi. Moga aku tidak tersungkur di tengah jalan lagi.

Alfatihah juga untuk semua yang telah meninggalkan kita. Orang baik baik Allah sudh ambil mereka, kita masih menunggu masa sahaja. Cukupkah untuk dibawa segala amalan menghadapnya? Muhasabah.

No comments: