Cuti

Assalammualaikum W.B.T

I'm home. Finally. Sebulan bertapak kat Lendu. Rasa macam sekejap je. Tak rindu rumah langsung. Ini tak tipu. Haha. Sebab sejak duduk rumah sewa ni dah rasa macam duduk rumah sendiri. Alhamdulillah rumah sewa yang fully furnished memang banyak sangat membantu aku. Syukur. Cuti mid term. 2 minggu . Tak tahu apehal lama sangat cuti kali ni. Biasanya cuti 1 minggu je. Mungkin gabung dengan dengan mid term , chirtsmas, new year sekali. Relaxlah, baik nikmati mid term break untuk kali terakhir dengan lama. Bahagia sekali bukan? haha

Mid term break kali ni tak rasa nak enjoy sangat pun. Seriously. Sebab rasa macam dah banyak enjoy kat sana. Haa. Tv tak payah cakap memang selalu tengok kat sana. Siap dah hafal isnin-ahad ada cerita apa. Habislah. Mak risau aku asyik tengok tv je kat sana. Aku kata dengan mak 'orang buat assignment sambil tengok tv lah' hehe. Mana tak risau dahlah tengah study kat sana kang aku terlalai terleka dengan rancangan tv. Mum.Orang janji! Study takkan dilupakan! Inn shaa Allah. *grins*

Cuti ni tak sah memang tak sah kalau takde kerja lecturer bagi. Assignment Costing,Ent,Far. Yang paling aku risau dengn assignment Ent. Yelah nak kena create new product kan. Ntah jadi ke tidak. Harapnya jadilah our Digital Money Boxes. Nak gelak pun ada sebab benda ni agak impossible nak buat. Hope so benda ni jadi, *laugh* Report atau proposal Ent in progress lagi. Far kali ni aneh. Seriously.Dah macam orang nak ambik spm sebab aku kena revise balik segala chapter since aku part one til part five. Itulah dulu belajar tak focus langsung sebab itu basic acc dulu pun tak berapa ingat. Bukan yg dulu, yang sem lepas pun ingat'2 lupa . Huwaa. Last sem dah ni Cnad XP

Tipulah kalau tak takut. Tadi salin balik jawapan past sem quest, kenalah buat balik segala comprehensive,bank reconcilition,budget. Okay! Ni baru account, belum lagi gabung dengan taxation & costing yang sem sem lepas punya. Sumpah takut. Sempat ke nak cover balik segala chapter ni :( Harap'2lah mid term break kali ni rajin. Sila rajin. Sehari mesti sentuh buku harapnyaa. 

Moga segalanya dipermudahkan untuk last semester ni.
Naik cuti kena present case study 2 pula.
Harapnyaa semuanya okay ! :) Inn shaa Allah, ameen.

No comments: