Hati

Assalammualaikum W.B.T


Macam macam yang dah berlaku. Sampai macam ada jarak antara sini dan sana. Salah siapa. Salahkan marahkan orang yg bersalah? Salahkan terkilan dengan benda yang kecil. Susah sangat ke nak pulihkan hati ni bila sakit hati. Bila fikir balik jawapannya, aku manusia biasa. Tiada kesempurnaan. Hati mudah rapuh. Tapi orang yang buat salah di sana juga manusia kan? Tidak sempurna. Kita sama. setaraf. Khilaf terlalu banyak tanpa sedar. Lupa. Manusia ini masing masing tidak sempurna. Sebab itu kita perlukan antara satu sama lain.

Seribu kemaafan aku pohon atas segala kesalahan tanpa sedar, dan kehilafan tanpa diingin. Aku macam kamu semua juga. Aku kadang kadang terlupa kita ni semua tak sempurna . Maaf lagi aku pinta. Kadang kadang muhasabah diri adalah jalan terbaik. Mengingatkan sesama diri. Sahabat, terima kasih atas peringatan. Ya Allah, sahabatlah antara orang yg paling penting dalam hidup aku kat sini. Beruntungnya aku dapat sahabat macam korang. Mengingatkan bila terlupa. Memaafkan bila tersilap. Berbaik sangka sentiasa. Bukan sahaja dekat Allah lillahita'ala tetapi kepada manusia sendiri.

Betul. Susah kan nak berbaik sangka. Mesti ada rasa sekelumit kecil 'rasa yang tak enak' terhadap seseorang atau sesuatu perkara yg boleh dipanggil 'su'uzhon'. Tapi kita boleh usaha berbaik sangka. Sedikit demi sedikit. Inn shaa Allah mampu. Allah, kita manusia. Hati mudah rapuh. Iman pula mudah goyah. Apatah lagi dalam kehidupan sebagai remaja sebegini. Syaitan kiri kanan tak pernah bahagia lihat kita gembira beribadat padaNya. Tapi, aku percaya Allah ada. Allah ada tak kira bila masa kita susah mahupun senang. Nak tak nak, rajin ke tidak je nak menghadapNya. Muhasabah diri .

Hati, sila lah pulih.
Hati ,sila lah kembali seperti dulu.
Hati, berbaik sangkalah.
Hati, moga aku sentiasa menjaga kau.
Hati, moga aku dapat menjaga hati orang lain.
Hati. Hati. Hati. Besar sungguh peranan kau.





Dan sahabat. Awak semua sangat baik terhadap Cnad. Moga Allah kekalkan ukhuwah kita walau macammanapun kita yang dulu, kini dan selamanya. Sayang korang kerana Allah. Rinduu . Terima kasih atas segala peringatan yang membuatkan diri ini semakin dihargai. Terima kasih. Di sudut hati, aku terlalu menghargai dan menyayangi korang. Dunia mahupun akhirat.

Ini gambar kita ambik dr facebook Farah. Farah, minta maaf kalau ada buat silap. Kita sayang awak. Kita sayang semua. Sayang kita tau :)


Korang semua, kalau nak masuk syurga jangan lupakan aku yeaaa. *smile*

No comments: