Penutup

Assalammualaikum W.B.T


 Dah nak penutup 2013 bukan?Sekejap je. Masa semakin sekejap. Umur pun semakin meningkat. Cuma itulah amalan, pahala,dosa pun ada yang bertambah & berkurang. Macam itu juga aku. Banyak lagi yg perlu diperbetulkan secara keseluruhannya. Banyak juga kisah hidup suka duka tahun 2013 ni. Haaa. Tengok storyline kat tepi blog tuh banyak sangat post utk tahun 2013.

Tapi adalah juga peristiwa yang memang aku rasa aku paling ingat tahun 2013.


*Nightmare bila subject BEL313 dapat dengan Miss Roslina. Takut.Cuak. Tapi alhamdulillah result subject dia bagi tiptop. Unexpected. Trauma tak ingatlah. Nak gelak pun ada. Dan sem itu jugalah antara result aku yang best setakat ni. Alhamdulillah.

*Event INSAN, gabungan student Uitm & KUIM . The best ever moment with them. YaAllah tak terkata banyak sangat ilmu agama yang dikongsi bersama. Salute sangat dengan diorang! Rindu nak ada event macam tuh. Kurang dah involve sekarang. Hmmm.

*Setelah sekian lama tak jumpa dengan kawan sekolah menengah akhirnya aku lepak dengan diorang utk kesekian kalinya tahun ni since lepas SPM punya result tak jumpa. Haa, jumpa juga si Finie Azhar sekali. Lepas ni tak taulaa bila nk jumpa kan.

*Yang paling aku ingat last sem punya final memang dugaan habis sebab tengah final tak sihat pulak. Ya Allah hanya Allah yang tahu betapa peritnya nak studynya,batuk,demam semualah.Memang time tuh nak give up habis! Thanks to you yg banyak bagi advice, support masa tengah takde mood nak study utk marketing.Dengan tidur awal lepastuh banyak pun larat tak larat. Ehh result mkt harituh memuaskan je. A- .

Tahun 2013 yang kita tak sangka akan kewujudannya dan hampir habis. Alhamdulillah dah nak penutup tirai yang banyak suka,duka,tawa,tangis. Thank you so much for always made my year became so good! Alhamdulillah.

Thankyou miza! Dan juga geng housemates yang gila-gila.
Takde gambar bersama. Nanti kita lepak sekali yaa.


Dan awak yang sentiasa disamping saya. Huwaa. Sahabat selamanya orait! Terima kasih untuk segalanya tahun ini. Terima kasih kasi pinjam bahu untuk bersandar,telinga untuk mendengar,mulut untuk nasihat, tangan untuk dipegang dan hati untuk disimpan. Thank you so much. Really appreciated that!


Formal attire *presentation case studyFAR*
Kita gaduh, kita baik.
Kita tak puas hati, kita senyap.
Kita tak serasi tapi sehati.
4 rakan 5 sahabat
sentiasa di hati.
The one and only sahabat aku yang dari dulu. dulu dulu lagi. Haa. Terima kasih banyak'2 untuk nasihat segala nasihat, kata'2 semangat, kongsi cerita yang kekadang ntah siapa'2 masuk je topik kami. Kawan paling cool, yang santai yang aku boleh cerita segalanya kat dia. Yaaa. itulah dia, awak. haha. Awak yang sama juga macam saya. Yang banyak kekurangan sini dan sana . Dan yang saling melengkapi antara satu sama lain & awak jugalah yang paling saya rasa selesa untuk cerita segalanya. Terima kasih, Afini Azhar. Akak hutang awak banyak sangat ni.haha.

Sorry cilok gambar si cinderella.haha XP



Dan kawan cnad yang kat samone tuh. Rindunyaa. Bila ntah nak jumpa. Tadi Rahma baru tepon. Budak degree semua tengah busy final. Bittaufiqawannjah korang. Rahma memang rajin tepon kitaorang , tknk kasi loss contact kan? Masing'2 pun busy sekarang. Dengan aku yang takdak whatsapp memang tak tau perkembangan diorang. hee. Maafkan saya! Inn shaa Allah ada rezeki kita jumpa.

Akhirnya, alhamdulillah untuk tahun yang bermakna bersama orang'2 yang menjdikan tahun aku bermakna. cewaah. Moga penutup tahun ni dan pembuka tahun 2014 baik2 sahaja untuk semua . Inn shaa Allah.
Moga diberi peluang untuk terus beribadat,istiqamah, ditingkatkan pahala, ditambahkan iman dan dikurangkan dosa. Istiqamah yang sangat perit. Moga diberi kekuatan.

Dan untuk penggalas amanah & tanggungjawab selamat menjalani dengan baik amanah Allah.
Kalau ada kesilpan itu perkara biasa, yang penting cuba untuk baiki setiap kelemahan. Good luck utk semua exco'2 aspuri 2014. *besar dah adik orientasi 2010 aku*. AnisMs buat leklok. Aku perhati kan kau.haha.




Hai untuk segala ujian & dugaan.
Bye untuk segala kenangan & kepahitan.
Terus tersenyum dan kuat. 

No comments: