Cerita masuk Kolej

Assalammualaikum and haii .


Entry terakhir sebelum aku jejak dan bertapak di tanah bersejarah kembali. Mungkinlah ini entry terakhir. Aku tak rajin akhir'2 ni nak update . Hehe. Malas je kerjanya tak kemana . Hari ini Sabtu . Sabtu terakhir di rumah. Cewaah gaya aku macam budak yang bakal masuk universiti untuk kali pertama . Padahal naik sem nih aku dah boleh digelar 'super super punya Senior' *wicked grin * . Semester5 sudah. Fuhh, semoga Allah permudahkanlah segalanya utk akhir'2 sebelum hbis diploma .

Seminggu lagi nak masuk study balik, bergelar mahasiswi kembali , berstatus illegal untuk kali pertama. Haha. Aku tak dapat kolej lah. Illegal for one weeks maybe. That's why aku kena balik awal ke kolej. Nak mohon bilik yang sama mahupun kolej yang sama dan juga level yang sama lah yang pasti. Kena buat surat rayuan, print result exam part4 punya & tunjuk buku KI . Semoga Allah permudahkanlah segalanya hari sabtu minggu depan . Dan masuk semester ini juga kali ketiga bakal berpuasa dan bertarawih kat Lendu. Can't wait ahhh. Best tau . 

Dan esok Ahad. Ahad budak bakal menjadi mahasiswa/wi untuk kali pertama . Nervous bukan main mereka aku rasa. Tak sudah'2 dari harituh tanya macam'2, segala'2nya sampai kadang'2 aku pun tak tahu nak jawab dan bagi jawapan untuk segala yang ditanya pasal Uitm and Diploma. Haha. Mereka sangat kelakar kodd, tapi aku tak kesah malah tak heran. Tolong jawab dan bagi jawapan selagi mampuXP . Comel je freshie Uitm nih . Majoriti dapat course Accountancy . Ikut jejak senior yang cantik inilah . Well *flip hair * 

Untuk Maisara & Afini. Korang, sorang tercampak kat Johor , sorang tercampak kat Terengganu . Aku plak kat Melaka . Nampak tak kita semua semakin jauhhlah . Sedihh wehh . *sigh* . Dah besar-2 dah adik'2 dorm aku dulu. Dah setaraf dengan aku mahasisiwi Uitm, nanti result keluar pun sama'2 nervous lepastuh tanya result masing'2 . Wehh aku dah terasa macam kita ni semua sama umur dah. haha . Takpe'2 papehal esok korang berangkat keluar negeri, jaga diri baik'2 kat negeri orang. Pandai pilih kawan bila masuk Universiti. Manage time properly, solat jangan tinggal yang penting, subuh jangan terlajak atau tak solat langsung, Kalau tak faham lecturer ajar tanya kawan lain yang lebih faham, jaga aurat, jaga ikhtilat , biasalah kalau culture shock dalam 2-3 minggu . hee . Adat duduk kolej . Tapi aku tahu korang boleh buat yang terbaik . Inn shaa Allah . 

Dahlah sampai sini je entry. Malas'2 aku siap juga satu entry .haha. Mood nak beli barang balik kolej tapi malas sebenarnya. Malas lagi apa nak jadi lah *ketuk kepala* Ehhh . June is coming. Be nice, please .

No comments: