Assignment oh assignment

Assalammualaikum .

Minggu ni aku jejak rumah. Khamis plak tuh. Siapa kata aku tak happy memang tipulah kan . Tapi masalahnya assignment berlambak ohhhh. Memang bertimbun juga buku aku bawak dan ada juga buku yang aku tinggal. Almaklumlah nak angkut semua ampun maaf dipintalah sebab naik bas . zzzzz.

Assignment ohh assignment. Kenapa berlambak sangat. Kenapa banyak sangaat. Fine! Dah masuk minggu ketiga kan mesti busy. Ditambah lagi class yang kena replaced sebab cuti Jerebu . Huwaaa. *crying* Tapi masalahnya penyakit yang paling teruk ada kat diri ni adalah MALAS .  *ketuk kepala*

::MAF ada 2 questions past semester chapter standard cost card. Isnin ada class. Tak siap lagi. Banyak tinggal sebab ada yang taktahu.
::FAR ada 2 questions past semester juga. Satu dah siap buat awal'2 time last weekend sebab tengah bosan. Satu lagi dah buat juga tapi macam biasa account punya soalan mesti ada yang stuck kan. Isnin pun ada class lepas class costing selepas gap 2 jam. Fuhh
::BEL dah start buat assessment satu. Masalah group dah setel. Lecturer bagi satu article bias, suruh keluarkan claim and reason , contention and objection. Guess what? Aku tak siap lagi. Cadang nak siapkan kat kolej. *devil laugh* . Masih confused sikit pasal assessment ni.
:LAW kena buat presentation. Disebabkan group aku letak nama group yang kedua so kenalah present yang kedua. Ni lagilah buku tak bawak balik nak buat as reference. Cadang juga nak siapakan kat kolej . Ha Ha. Semester ni Law semua relate dengan Account. Nasib minat .

See? Berlambak ke bertimbun assignment aku. Duduk rumah makin malas . Timing salah lah , balik rumah time banyak assignment plak XP . Esok balik Melaka . Huwaaaa. Assignment be nice, please. 

No comments: