Perkongsian

Assalammualaikum W.B.T

Dah lama rasanya tak jejak sini,menaip,memikirkan apa yang nak ditaip,memikirkan apa tajuk yang sesuai untuk entry kali nih, memikirkan gambar apa yang patut aku letak untuk entry kali ini, memikirkan entry apakah yang bakal aku kongsikan .Fuhh , sungguh aku sebenarnya banyak sangat benda nak share kat sini, banyak tak terkata. Tapi itulah masa itu takde ditambah dengan keadaan busy kat Lendu tak mampu aku nak berceloteh panjang ditambah lagi dengan broadband aku yang dah kena terminate beberapa minggu yang lepas *malam td baru bayar*plus kemalasan . 

Takde benda pun nak share cuma nak bagitau tamat sudah cuti lama lama aku kat rumah, kembali lah kehidupan seperti biasa menghadap assignment yang bertimbun timbun,dengan final exam hampir tiba dan tak lama lagi dah nak study week :O Allah, masa itu sungguh cepat kan. Cepat sangat. Betullah . Macam dalam surah Al asr . Manusia ni seringkali dalam kerugian sebab kita ni tidak pandai nak manage time . Itulah, sama macam aku. Dah sampai masanya baru menyesal dengan masa masa masa masa yang berlalu . Aku juga ada dapat satu ayat dr sebuah blog 'Masa lapang merupakan permulaan maksiat untuk anak muda' .Renung renungkanlah ayat ini .

Baru baru ni aku ada attended satu event anjuran KUIM-UITM . Under INSAN-BADAR . Best sangat sangat . Best with Capital B . Banyak input,ilmu,perkongsian yang dikongsi . Terasa tak sia sia langsung aku attended event itu, alhamdulillah kerana Syafi ajak aku :) Thanks Syafi, hanya Allah je yang boleh balas jasa awak sebab ajak aku sekali menuntut Ilmu yang tak ternilai ini. Tapi itulah sedih sikit lah sebab bila ditanya soalan soalan pasal agama ni group aku majoriti budak KUIM yang jawab . Malunya tapi lagi malu dengan Allah sebenarnya . Sedihkan kitaorang umur 20tahun tapi Ilmu tak banyak pun. Sebabnya aku tak praktikkan pun apa yang aku belajar kat sam1 maybe. Dah lama tinggal so lupa lah pasal ahli sunnah waljamma'ah dan bagai bagainya . Hmm :| Laju je aku tengok student KUIM group aku terjemahkan Hadis, ayat quran. Bila aku cakap dengan Syafi dia kata , takpe lah budak KUIM itu ambik course Pengurusan Pentadbiran Islam kiranya belajar Arab semua lah . Ilmu diorang masih fresh sebab tuh lah diorang boleh jawab semua tuh. Tapi tetap jawapan Syafi tak menggembirakan aku . 

Dan sampai sekarang aku masih terfikir fikir, apa guna kita belajar pandai pandai every semester Dean's List, ambik course yang tough kemaiin tapi Ilmu pasal agama ni masih sikit,cetek sangat. Ingat lagi kata Abang Am (Fasilitator/urusetia KUIM) selama ni korang belajar tentang account invoive,journal,etc tapi apa kata bukak sikit pemikiran . Fikir diluar kotak fikiran yang kita biasa belajar. huhu . Time tuh tengah kat check point pasal Ideologi & fahaman yang ada ASWJ . Terasa juga time tuh, sebab kami student UITM plak tuh kena jawab tapi semua senyap. Alhamdulillah, Farah dapat jawab. Proud for her sebab wakilkan UITM :) 

Sebab itulah aku rasa yang kita semua dah buat semua. Pakai tudung bawah paras dada,baju dah 
longgar,tak ketat,labuh pun labuh,tudung pun tak jarang,pakai sarung kaki,hand sock,solat wajib & sunat dah buat,baca alquran,baca al mathurat tapi itulah ILMU masih kurang kat dada. Sebab itulah kita kena selalu pergi majlis majlis ilmu&usrah,baca hadis,baca blog yang ada input pasal agama sekaligus dapat topup iman kan. Banyaknya kekurangan diri ini yaAllah :( Macammana nak masuk SyurgaMU . Malu sungguh . Takpe Cnad,yang penting kita semua cuba cuba cuba ,istiqamah, hijrah . In shaa Allah segalanya dipermudahkan . Mudah mudahan .


O Allah, you did revive my soul & shone your light into my heart
So pleasing you is now my only goal , I love you so 
Now I know how its like to have your precious love in my life
Now I know how it feels to finally be at peace inside
I wish that everybody knew
How amazing feels to love You
I wish that everyone could see 
How your love has set me free & made me strong
*lyrics song by Maher Zain (I love You So )

*First time baca almathurat lepas subuh ramai ramai kat tasik. Duduk kat tasik menikmati keindahan & ciptaan Allah sambil beribadah kepadanya . Sejuk sangaat plus seronok. Event INSAN memang terbaiik .







2 comments:

Unknown said...

i'm really touch with this..we always busy to increase "ilmu dunia" but forget to increase "ilmu akhirat"..keep it up my dear :D

Nazira Isa said...

In shaa Allah dear :) Thanks for reading this entry .