DOA IS WIRELESS

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T :)




Doa is wireless.
Coverage dia luas ada kat mana-2 .
Anytime, anywhere.
Dimana-2 sahaja signal bar penuh lima.
Oleh itu kita ambik lah as full advantage.
*Copied right kat dalam novel Hlovate .

 Yess, kita sendiri tau doa kita boleh buat bila bila masa sahaja, antara rajin atau malas, nak atau taknak je kan.Tapi sebenarnya doa lah yang paling kita perlukan dalam hidup kita ni. Tanpa doa kita tak kemana. Percayalah.Bila kita tengok kehidupan seharian kita, Allah dah letakkan time sebelum&selepas makan, naik kenderaan,sebelum&selepas tidur,time belajar dan banyak lagi Allah telah letakkan doa.
Maknanya setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian ada doanya sendiri. 

Kat sini antara waktu mustajab ataupun waktu dimana Allah senang nak memakbulkan doa:
1)Antara azan dan iqamat.
2)Waktu sujud dalam solat.
3)Sebelum masuk waktu subuh.
4)Sepertiga malam terakhir.
5)Waktu selepas solat fardhu .
6)Ketika sakit atau ditimpa bencana.
7)Doa bagi anak-2 yang taat kepada ibubapa.

*Actually banyak lagi waktu yang mustajab untuk berdoa tp aku dapat share setakat ni je :)

p/s: Result nak keluar ni, semoga Allah permudahkanlah segalanya. Doa je yang paling penting sekarang.  Doakan aku ye :P





No comments: