Semester 4

Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum W.B.T

     Lagi 2 hari nak jejak bandar bersejarah, Melaka . Totally aku happy. Happy ke? Haha. Alhamdulillah tadi dah selesai beli barang keperluan untuk bawa ke kolej. Segala barang pakaian, barang mandi, makanan, barang untuk belajar and broadband pun aku dah selamat bayar. Tapi pack barang je belum lagi nih. Kemas alat alat tulis untuk lecture pun belum lagi nih. Esok barangkali . Tk boleh nak malas sebab nak balik Melaka dah .

     Ohh aku dah decided nak balik Melaka sabtu malam. Muktamad . Sebab apa aku dah ajak Dayu sekali balik dengan aku. Dia lah satu satunya roomate aku yang still stay dengan aku kat Room1307 (: .Yang lain dah NR , Ramai juga yang balik sabtu rupanya sebab pagi tadi Intan text aku dia pun balik Sabtu. Nadh pun balik sabtu. Satu je yang aku risau nih pintu bilik aku tuh berkunci ke tidak. Takut kalau berkunci macam mana aku nak masuk wehh. Tapi si Dayu nih overconfident kata tk kunci . Kalau kunci aku tumpang rumah RS lah *wink wink . Dan mungkin semester 4 nih aku bakal dapat roomate baru .

    Okay let's talk about part 4 . Dah semester 4 aku. Subject sem 4 ni ada 5 sahaja. Paling sikit antara semua semester tapi toughnya , waallahualam :') . Ada yang kata kitaorang akan ada 4 paper final je . Lagi sikit subject lagi susah nak score. Dahlah part4 nih banyak subject membaca . Semoga segala galanya dipermudahkan InsyaAllah . Pasal jadual plak, aku setakat ni puas lah hati dengan jadual baru nih sebab jumaat aku ada satu class je dan habis pukul 1030AM . So dengan gembira hati aku boleh balik awal . hehew.

    Dan aku harap kelas aku akan dapat lecturer yang baik , senang bagi markah , sempoi , sporting dll . Senang cerita lecture yang 'ketawa bersama ,menangis pun bersama ' *Ehh ? haha . Joking around je . Okay lah mungkin setelah aku jejak Melaka blog ini akan kembali dianak tirikan oleh ibu kandungnya sendiri . Gila merepek , haha . Ya Allah semoga kau permudahkan perjalanan aku dan kawan-2 aku di semester 4 ini . Semoga segala rintangan dan halangan dapat kami tempuhi . Dan semoga semester4 ini akan bertambah lagi iman kami, ibadah kami dan semualaah :) Idea stuck plak . Ameenn . *sambil tangan yang ditadah lap ke muka * Perjuangan kami panjang lagi baru semester 4 jauh lagi nak melangkah ke degree :') Kuatkan lah hati kami , yaAllah .



:: Bittaufiqwannajah kepada semua kawan kawan aku yang tengah hadapi STPM . Always pray the best .
:: Tk lupa juga kepada adik adik junior kat SAM1 yang tengah menghadapi SPM . Goodluck !
:: Esok kawan aku dapat result , doakan juga okay . Goodluck anyway .
:: Selamat datang segala rintangan dan kesulitan untuk semester 4 . Semoga kami tabah (: 

Wassalam .

No comments: