Kolej or hostel ?

Assalammualaikum W.B.T and hi guys .

Ni nak story sikit. Korang tau tk apa beza kolej dengan hostel? It seems similiar,right?
Nampak je sama tapi banyak sangaat perbezaannya. Ohh sumpah aku rindu sangat kehidupan kat asrama dr kehidupan kat kolej . Aku rasa persamaan kolej dengan hostel ni ada satu je -___-' KATIL ! LoL bunyi macam lawak pun ada tapi exactly yess . So korang nk tau apa bezanya kolej or hostel and kenapa aku rasa duduk hostel lagi better duduk asrama let's check it out :

CERITA KEHIDUPAN DIHOSTEL SAM1 :
 
Mungkin orang akan kata tak suka duduk hostel sebabnya apa, peraturan . Peraturan itu lah ini lah, tk boleh bawak barang 'Haram' , semua benda kena buat ikut masa bla bla bla dan bla . Tapi bila aku fikirkan balik lagi banyak pro dr con .
1)Kat hostel setiap waktu solat berjemaah ,siap ada solat hajat untuk setiap khamis, dan kemungkinan ada qiyam juga serta ditambah dengan solat sunat. Nampak sangaat senang nk dapat pahala free. Pahala wajib dah dapat ditambah lagi pahala sunat . Awesome bukan . Kalau tk boleh solat baca mathurat, tk solat pun boleh dapat pahala tau .
2)Setiap pagi ada bacaan mathurat, tazkirah lepas asar, lepas isyak pun ada bacaan surah surah pendek dan yang paling bagus sebelum tidur ada halaqah. Almulk memang wajib baca sebelum tidur . Pelindung diri sebelum tidur tuh.
3)Haa, lagi satu kalau ada acara sukan or amal islami sure ramai yang berebut rebut sebab seronok kodd, wee ! Rindu gilaa lah , masuk acara tuh semua pun dengan rela hati. Takdelah makan hati .
4) Ukhuwah yang paling best . Tk kesah lah budak form1 ke form5 semuanya rapat atas dasar ukhuwah. Seronok sangaat. Saling kenal mengenali rapat lagi tuh .Perhubungan macam tuh lah boleh bawak ke syurga :)
5)Pakaian semua sama. Semua. Sedap je mata memandang. Baju labuh, tudung labuh, baju kurung . Seronok je tengok. Rindunyaa weyh *lap air mata
6)Time exam besar ramai ramai pakat stay up kat luar dorm , tepi koridor dalam dorm, dekat tangga kat mana mana selagi boleh. Haha tapi yang paling superb kami bukan takat belajar je, ditambah dengan solat sunat tahjud, hajat :) 
CERITA KEHIDUPAN DI KOLEJ TUNMERAH UiTM

  Weee~ Aku dah merdeka! Merdeka dr peraturan beb. Macam tuh lah gembiranya aku setelah dah blah dr asrama Sam1. Masa mula mula jejak kolej rasa macam diri ni dah besar je. pfft. *perasan tahap perah santan. Dan ternyata ada juga pro and con nya .

 1)Susah lah, solat dh tk ikut time kan. Kita sendiri yang kena gerak , solat sendiri. Individual plak bukan berjemaah. Ingatkan diri sendiri,kalau boleh kawan kita sekali nak solat. Hidup kat Kolej ni kena saling ingat mengingati .Kalau tk tak kemana . Scary. Cuak . Semua ada lah
 2)Alhamdulillah masih ada diamalkan bacaan yassin untuk setiap level. Tapi kalau mathurat kena pandai rajinkan diri . Alquran pun sama :) Harap diri ini kuat lah , InsyaAllah .
 3)Cerita pasal acara  sukan bagai ni yang spoild mood aku nih. Huh! Tak habis habis kami ni kena masuk acara itu ini and biasalah senior yang suruh. Cheers bagai. Tolonglah sem3 yang terakhir. Tak sanggup dah, Masuk acara tp tk menikmati kemeriahannya langsung. Makan hati berulam jantung adalah.
 4)Ukhuwah boleh tahan lah even tk berapa nak kenal sangaat tapi student kat kolej aku berbudi bahasa beb . Cakap Saya awak tuh. Manis dengan senyuman plak cuma tuh lah ukhuwah tk kukuh lagi antara satu sama lain .
 5)Rasanya tidak perlulah aku cerita lebih lanjut pasal pakaian sebab semua orang boleh paham . Bagi aku orang yang pakai baju tutup aurat semua tuh dah bagus sebab baju semua dah tk sama macam sekolah :')
 
::Sampai sini jelah panjang lebar aku cerita. Ni pendapat aku je lah. Nak bangkang silakan :)

No comments: