Twenty

Assalammualaikum W.B.T


Yess , I'm officially twenty . Yeaahh ! Kalau dah masuk dalam angka 2 maknanya aku bukan lagi tergolong dari kalangan remaja gitu. Kiranya dah masuk golongan dewasa lahh ni , zzzz. Okay serious talk bila umur dah masuk 20tahun , banyak benda nak kena fikir. Banyak benda nak kena fkir, banyak benda nak kena buat, banyak tanggungjawab nak kena pegang dan banyak benda yang kita buat kena pada umur kita yang dah masuk lingkungan 20an . 

Dan seriously kalau tengok muka, perangai,gaya sungguh tidak melambangkan kematangan as twenty years old. Ni belum lagi tengok dah pandai buat kerja rumah ke, pandai masak ke, menjahit, jaga hati orang tua, jaga kewangan dll . Huuii bila dah 20tahun ni rasa macam masuk satu alam yang mana semuanya rasa berat semacam. Kalau nak aku cerita pasal tanggungjawab memang panjang berjela lah sebab semakin banyak tanggungjwab  yang nak dipikul .

Sekarang apa yang ada dalam fikiran aku bila aku dah 20 tahun memang banyak .

First, aku belajar pandai pandai sebab nak dapat kerja yang bagus.

Second, aku nak dapat kerja yang bagus mengikut apa yang aku impikan selama ini ditambah dengan gaji yang lumayan.

Third, Gaji yang banyak itu memang sangat diperlukan untuk zaman sekarang memandangkan gaji itu bakal disumbangkan untuk parents tercinta & maybe untuk kegunaan bakal masjid yang akan didirikan .Wahhh , bunyi macam scary habis.

Forth, dah kena fikir pasal poltik , aku bukan tak nak fikir tapi kena fikir sebab apa , time aku 21 tahun aku ni dah kira layak untuk mengundi . Yess starting now, aku kena lah buat kaji selidik tentang benda alah ni X) Seriously, aku confused bab bab politik bagai . Serabut je .

Fifth, Kena pandai buat kerja rumah. Buat kerja rumah bukan setakat mengemas, mesin baju,sidai baju tapi yang paling utama nih haa MEMASAK . Frankly speaking, aku ni bukan lah kira terror sangat nak masak pun , kalau takat buat benda senang boleh lah itupun ada mak & adik yang tolong sekali masak . Nanti kalau dah jadi isteri orang ada ke mak mertua nak tolong ? Kena maki tak reti masak lagi lahh . So kena improved skill memasak ni :P 

Sixth, kena jaga family . Bab jaga family ni aku mention sebab aku anak kedua dr 7 orang adik beradik . And yess yang pertama kakak. So family aku takde abang . Jadi kira aku & kakak aku lah yang bertanggungjawab nak jaga family. Jaga family ni kira aku jaga adik adik aku lah , nasihat mana yang patut . Eceeh even aku rasa aku pun macam tingtong je , tapi kalau bab nak ajar adik aku dr segi pelajaran , no hal . Dengan hati terbuka aku ajar. Takde hal, ilmu yang aku dapat apa salahnya bagi kat adik aku plak .Hee. Nak mintak kakakmu ajar mengaji pun boleh, haha . Tapi nak bertaranum tuh gua tak reti lahh -_-'

Seventh, ni yang paling payah aku rasa . Role model untuk adik adik aku . Fuhhh tough tahap tk ingat . Takde lah hebat mana aku, tapi kalau kakak aku tuh bolehlah jadi contoh untuk adik aku yang lain . Study pun kat oversea bukan . Aku takat kat Lendduu je pun . Hee . 

Actually banyak lagi aku nak share tapi disebabkan kesuntukan masa kann . Next time aku sambung balik lah kalau aku ada idea lagi . Yess, ni hanyalah pendapat aku tentang kehidupan aku as twenty . Nampak macam serabut bukan :P Okay ignore it ! . 

No comments: