Cerita punya cerita

Assalammualaikum WBT

Ni entry aku kat rumah. haha. Saja nak show off yang aku kat rumah bukak puasa, sahur segala kat rumah. Cewaah alhamdulillah. Esok dah bertapak balik kat Melaka. Ughh next week schedule class kembali pack dengan segala assignment, quiz and test. Harini penat berchinta dengan Law. Baru sampai chapter3 buat nota. Belum baca, kaji case, ingat section. Fuhh, takpe cari Ilmu itu jihad :). Test Law, selasa untuk multiple choice punya question. Hari Rabu untuk essay plak. Berhari hari je lagi. Harap dapat pulun habis. Inn shaa Allah.

Kali ni aku bukak puasa kat rumah tanpa kakak dan adik aku. Ceeh baru angan'2 nak gathering together fr iftar sebab kakak baru dari Jordan. baru acah'2 nak sweet buka puasa sesama satu family. Tapi malangnya, dia kat KL sekarang sebab Isnin ni nak lapor kerja. Wuhuu dah besarlah nak kerja enn. Jadi pendidik (pengajar) kat WangsaMaju. Okay boleh pow duit lah lepasni *grins*. Dan adik , tak tahu kenapa dia poyo sangat gaya macam rumah jauh, sebab tak balik rumah even budak asrama boleh balik pilihan. Aku yang nun di Melaka terhegeh'2 balik. Nampak macam anak manja plak XP.

Dan aku buat entry ni sebab aku terasa macam dah busy habis next week, next 2 week, minggu raya, minggu after raya  Huwaaa. Guys, doakan aku dan kawan'2 dapat buat yang terbaik untuk segala quiz, test. Inn shaa Allah. Ehh, good luck juga untuk Maisara & Afini sebab diorang pun dah start busy dengan test sekarang. Study hard dan berdoa banyak'2 moga dipermudahkan . Test and quiz ni penting sebab nak kasi dapat higher carry mark. Bila carry marks tinggi, nak capai A dalam final exam pun inn shaa Allah dipermudahkan.

Sampai sini jelah aku menaip, nak lepak'2 kat alam maya beberapa jam sebelum Isyak and kembali buat nota Law tanpa jemu. Aku rasa Ramadhan ni banyak sangat masa kalau nak study, before sahur, after sahur, after subuh, before bukak puasa. Ceehh penat tak penat je sebenarnya kan. Moga Allah bagi kekuatan. untuk diri ini dan sahabat yang lain. Tambah pahala untuk di dunia mahupun akhirat. Ameen! Ehh last but not least, alhamdulillah atas segala rezeki dan nikmatMu pada aku & keluarga. Untuk kakak juga, tahniah dapat kerja. Kerja molek'2 naaa. Kerana Allah .

No comments: