Ajaibnya 'puasa'


Assalammualaikum W.B.T

Hari ni hari khamis hari paling paling paling pack dalam satu minggu sebab class ada tak henti-2 dari pagi sampai sebelum kokurikulum. Ada pun gap 2hours je .Memang penat tak terkata lhaa then selalunya hari khamis adalah 'bad day' untuk aku .

Hari khamis lhaa aku akan rasa macam nak marah , bad mood , senyum pun tak ikhlas . Sorry ye siapa-2 yang rasa-2 pernah  dapat senyum tak ikhlas aku time hari khamis .Dan disebabkan hari ni Nisfu Syabaan aku pun try nak puasa sunat sebab dapat pahala.

Mula-2 tuh macam takut juga kalau tak kuat sebab class kan pack yang amat takut kelaparan ke penat ke kann , tapi alhamdulillah berjaya puasa tak rasa penat , lapar apatah lagi even petang tuh ada koko. Tetibe rasa macam yaAllah ajaibnya puasa ni, ajaibnya tak rasa penat langsung macam selalu. Lapar dahaga semua tak.

Time tuh rasa macam alhamdulillah Allah ni selalu permudahkan urusan hambaNya yang ingin buat kebaikan, yang ingin beribadat kepadaNya, yang ingin menambahkan pahala. Dan hari ni juga tak ada istilah 'bad day' untuk aku,senyum tak ikhlas,rasa nak marah sangaat pun takde.Hee , alhamdulillah syukur tak terkata.Then kat sini juga nak ucap SALAM NISFU SYABAAN :) Semoga dengan bermulanya buku baru , bermula lah juga pertambahan pahala,amalan,ibadat kepadaNYA . 

No comments: