Terkilan tersentap !


Assalammualaikum and hai :)

Tak tau macammana nak mulakan entry ni sebab ni hanya sekadar pendapat aku dan aku tau lah aku tidak sesempurna sebab kita semua manusia biasa.Kebelakangan ni aku macam agak sensitif sikit bila orang buat main dengan solat.Sebab kita semua tau solat tuh tiang agama, kat akhirat pun perkara pertama yang disoalkan tentang solat,bukan tentang cukup puasa ke,bayar zakat ke dah buat haji ke kann . 

Aku sedikit terkilan bila ramai buat main tentang solat,kadang-2 tuh dalam 1hari hanya buat 2-3 waktu pun dah cukup bagi mereka tp alhamdulillah mereka nak buat dr tk buad langsung kan.Tapi sebenarnya masih tk cukup.Tak cukup nak menanmpung 5waktu, kalau 1hari dh tinggal 2waktu.Kalau 1minggu dh berapa waktu,1bulan pulak?1tahun?dan seumur hidup kita kat dunia. Cuba kalikan berapa banyak waktu yang tinggal. Ya Allah :') 

Dan cuba kita try kira berapa kali je dapat buat subuh dan isyak.Atau tk pernah buad subuh?YaAllah sesungguhnya aku takut dengan keadaan macammni, takut sebab semua tuh kawan-2 aku terkilan lagi lah tktau nak cakap macammana.Tapi hanya mampu berdoa supaya mereka diberi hidayah sebab hidayah ni memang dr Allah tp kita tk perlu nak tunggu hidayah Allah sebab hidayah Allah segalanya tertulis dalam alquran.Tak perlu mencari, tp mengkaji.Mengkaji alquran dn isi kandungannya, insyaAllah .

Kat sini aku nak shre tentang balasan bagi yang meninggalkan solat :

1) Meninggalkan solat subuh

*Dimasukkan ke neraka 30tahun akhirat(60 tahun dunia)

2)Meninggalkan solat zohor

*Dosanya seperti membunuh 1000 orang islam

3)Meninggalkan solat asar

*Dosanya seperti meruntuhkan baituallah(kaabah)

4)Meninggalkan solat maghrib

*Dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri

5)Meninggalkan solat isyak

*Allah tak redha mereka yang tinggal di muka bumi ini,berbumbungkan langitNYa dan makan dan minum KurniaanNYA.

'Ingatlah solat itu tiang agama' dan tujuan kita hidup adalah untuk beribadat dan taat atas perintahNYA iaitu mendirikan solat dan tiada gunanya azan bagi mereka yang tidak menunaikan solat .

*Renung-renugkan lah dan beramal :) 

NOTE: Saya tidak sempurna tetapi hanya sekadar perkongsian kita bersama,insyaALLAH



    

1 comment:

Chocolate Cake said...

cabaran paling besar untuk kita..kite doakan awak tabah untuk hadapinye..beri kekuatan kepada awak untuk bimbing mereka :)
insya'ALLAH cnad tabah ^^