Short entry.

Bismillahirahmanirrahim.

Final exam just around the corner.
Indeed. I'm not ready yet. 
Fuhh *inhaled*
This semester is so tough. Please focus and don't take it easy, Cnad.
In shaa Allah everything will going smoothly.
Allah please make everything ease. Ameen.
*****************
Masuk line bahasa melayu . Penat aku membantai speaking. Terabur. haha X)
Ehh, kat sini Aku nak mintak maaf kalau ada buat silap kat sesiapa yang kenal diri ini.
Banyak ohh silap & silap. Semoga semester ni aku and kawan kawan dapat buat yang terbaik.
Takut sungguh. hmmm. This semester is so tough. Really tough.
Subject sikit.5 je. 4 paper final.
Kalau ada rezeki lagi, aku nak kekalkan pointer lagi. Dean's List . In shaa Allah. Ameen.
**********************
21.3.2013 SPM keluar weyyhh. Ehh sorry aku ter excited.
Papepun aku tahu batch95 yang terbaik.Pandai pandai.
Sure result korang gempak, Ameen.
Hopefully all candidates SPM 2012 straight A .
Ameen.Pray the best fr you guys.
Especially Maisarah , Fnie, Zakiah, Yan
Guys, inshaa Allah 10A . *smile*
Mehh masuk Uitm kat sini teman akak :P haha !



Sincerely, Cnad    







*no title*

Assalammualaikum W.B.T


Semakin jarang aku mengupdate entry kat sini, walaupun banyak benda nk share kat sini. Sahaja membusykan diri walau sebenarnya memang busy tapi buat buat tk busy sebab aku tk suka rasa diri aku busy . Ayat keling. Abaikan. Dah berapa kali aku buka blog aku, nak tulis post baru. Dan akhirnya baru suku aku tulis entry, idea terus hilang melayang layang. Nampak sangat blog ni suruh aku jujur cerita kisah hidup aku yang real. Bukan bermadah pujangga sebab itu aku susah nk tulis blog akhir nih .

*Earphone kat telinga. Lagu The Girl who can't break up,The Boys who can't leave by Leessang*

Weekend nih aku memang berNIAT nak study. Serious. Tapi aku tk tahu nk study apa,bajet pandai tk juga sebab aku bukan pandai mana. Buka Costing, study CPP . Study tanpa buat latihan. Tengok Cash Budget, nak belajar sendiri tapi masih tak faham. Next week ada test. Kepala nih masih tk boleh terima. Costing tk habis belajar lagi. Tukar buku,buka buku Account plak. Ingat nk tengok tengok statement comprehensive dan buat adjustment sahaja. Tapi segala-galanya tak menjadi. Mood hilang macam itu je. Serabut. Itu je mampu aku kata. Penat semalam masih tk hilang. Satu badan cramp. Paling sakit , bahagian belakang badan. Fuhh susah nak tidur malam tadi. Sebab semalam aku main ganas sangat. Next entry aku share activity apa aku buat sabtu semalam okay.

*Change song to Pursuing the Happiness by Leessang*

Akhir akhir banyak benda aku fikir. Banyak sangat. Entahlah, tapi alhamdulillah aku suka diri aku yang sekarang pasal aku fikir benda yang betul. Tk macam dulu. Dulu dan sekarang mungkin orang tk nampak apa perbezaan diri aku, tapi tak perlu nak tunjuk perbezaan kat orang. Biar Dia je yang tahu. Allah. Akhir akhir ni aku adalah attended beberapa ceramah or usrah kat Uitm ni. Ilmu yang kurang sungguh teringin nak tambahkan lagi . *lagu tukar lagi : Tears by : Leessang * Banyak juga tambahkan ilmu dengan membaca buku. Best. Seronok. Bila fikir balik banyak betul benda yang belum diterokai. Kalau boleh sekarang bila ada masa lapang, takde benda nk buat dan dengan izinNya boleh je pergi lagi segala usrah atau ceramah. Sebab ilmu yang kita dapat untuk setiap ceramah berbeza bukan. 

Dan banyak benda dalam kepala nih nak tukar baru. Niat nak betulkan balik. Tak kiralah apa perkara, aku harap aku dapat buat sesuatu tu ikhlas kerana Allah. Sebab bak kata Hlovate Ikhlas itu bukan kita yang ukur tapi Allah. Jangan sampai kita tk nak rasa riak kepada manusia kita tak beribadah kepada Allah. Sebenarnya iulah tanda kita riak kepada Allah *note to myself* Itulah paling aku takut. Takpe kita buat je semua itu dan semoga diri kita semua tk termasuk dalam golongan tersebut. Ameen. Hati. Iman. Niat. Benda paling penting yang patut kita ambik tahu atau jaga. Dalam ceramah UstazSyed Abd Kadir, Beliau kata kita sekurang kurangnya sehari patut banyak selawat pada Nabi. Itu pun salah satu cara nk tingkatkan kecintaan pada Rasulullah. Sedangkan sahabat Nabi pada zaman Dahulu menganggap yang 200-300 selawaat untuk sehari pun ,masih sikit nak tunjukkan cintaNya pada Nabi. Apaetah lagi kita. Pernah ke kita selawat kat Nabi dalam sehari? .Kalau time kat Sam1 time perhimpunan mesti selawatkan :) . Rinduu . Kalau tk pernah selawat kat Nabi mulai harini kalau ada masa lapang kejap, nak tunggu lectr masuk, tunggu kawan sebelum pergi kelas ke, kita try lah. Istiqamah jom. Best sebenarnya :) Tak tipu .

*Lagu bertukar ke Number One for Me by Maher Zain *

Terasa seronok je tengok kawan kawan yang berubah 360 darjah depan mata kita sendiri. Alhamdulillah , syukur Allah bagi mereka peluang untuk mengapai SyurgaNya. Aku rasa diorang lebih bertuah dan lagi jauh bagusnya dari aku yang dah tahu dari dulu bab bab macamtuh tapi kurang mengamalkan. Sekarang, mereka nampak lagi jauh berbeza dari dulu . Suka . Bila tengok status kat twitter, facebook, semua yang diupdate bagus. Kalau pergi ceramah dah nampak diorang ada kat situ. Siapa tahu dulu mula mula aku kenal mereka sungguh berbeza dan tk sangka Allah itu Maha Mengetahui setiap hidup perjalanan hambanya. Dia juga lah yang gerakkan hati kita . Allahuakbar. Waallahualam sampai sini shaja entry kali ni. Idea sudah melayang layang. Semoga ada input untuk entry ini *smile*


p/s : Lagu yang sedang aku dengar dengan entry yang aku tulis agak bertentang. Mohon maaf. Sila jangan kaitkan kerana itu sekadar lagu. Leessang actually is duo group from Korea. Yeaah, I just love their lyrics.